Make your own free website on Tripod.com
Mahathir : Pengamal Ilmu Yang Menyalahi Akidah Islam...
 

1) MENYIMPAN PATUNG BUDDHA

Mengikut ceritanya. Tiga orang hamba Allah yang bekerja di  Bahagian Pembaikpulih TNB telah diarahkan pergi memeriksa   kejadian 'black out' di Sri Perdana tidak beberapa lama dahulu.
Setelah menjalankan pemeriksaan ke atas pencawang di Sri  Perdana, didapati tiada kerosakan di bahagian itu, kecuali di dalam   satu bilik khas di Sri Perdana.

     Apabila dimaklumkan kepada Datin Seri Dr. Siti Hasmah, beliau   berkata kunci bilik tersebut disimpan oleh Dr. Mahathir sendiri. Jadi  terpaksalah tiga hamba Allah ini berjumpa Dr. Mahathir untuk diberi permisi membuka pintu rahsia itu.

     Sebelum pintu itu dibuka, Dr. Mahathir meminta tiga hamba Allah ini bersumpah biar pecah di perut jangan pecah di mulut, atau mereka  tidak selamat lagi di bumi Malaysia ini.

     Apabila pintu dibuka, alangkah terperanjatnya mereka bertiga  mendapati ada sebuah patung Budha di dalam bilik itu seperti tempat memuja. Sehingga sekarang tidak dapat dilupakan peristiwa
itu oleh tiga orang hamba Allah ini.

     Seorang Neng dari Changlon memberitahu bahawa patung itu dibawa dari utara Changlon, sebagai penguat semangat dan  penghindar daripada dianiayai orang (melalui sihir).

     Kita minta fatwa dari Datuk Dr. Abdul Hamid Othman. Mungkin beliau akan berfatwa bahawa menyimpan patung Budha di dalam   rumah tak mengapa asalkan kita tidak menyembahnya.

Nauzubilah.
p/s : Cerita ini boleh dirujuk balik di TNB Bahagian Pembaikpulih. ~C.I.A REFORMASI

2) MENYIMPAN CEMARA BABI

Satu ketika dulu sewaktu menghadiri Majlis bersama Rakyat di Semarak,Kelantan.Mahathir telah didapati mengulum "cemara babi " di dalam mulutnya.Hal ini telah disahkan oleh orang-orang kampung tersebut.Untuk pengetahuan saudara semua, cemara adalah sejenis benda yg seakan-akan seperti gading kecil yang berada dlm mulut babi.Kegunaannya adalah untuk menjadikan seseorang itu menjadi kebal dan tidak lut dengan  peluru senjata.Mengapa Mahathir mengulum cemara sewaktu menghadiri Semarak itu?Ini kerana pada ketika itu, Ku Li sedang  mencabar jawatan Presiden Umno menentang Mahathir. Dan Mahathir amat takut sekali untuk datang ke Kelantan kerana takut ditembak mati oleh pengikut Ku Li.Namun demi kerana untuk mengukuhkan pengaruh dan jawatannya,digagahi jua berbekalkan cemara babi yang dikatakan si pemakainya itu tidak lut ditembak peluru.Dan kehadiran Mahathir disitu juga telah dikatakan bersama dengan sami-sami Buddha yang menjaga diri Mahathir dari sihir-sihir orang.Ini kerana dikatakan bahawa Orang Kelantan suka bermain dengan sihir ketika itu.~C.I.A.REFORMASI