Make your own free website on Tripod.com
Bezanya Leman dengan Fuad.

    Fuad bila tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berlaku terus bergegas di tempat kejadian.  Leman bila berlaku banjir di Kg Baru dan Keramat tidak nampak muka langsung.

    Fuad bila tragedi tanah runtuh menggerakkan segala jentera kerajaan untuk memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.  Leman hanya mengkritik pembangkang jangan politikkan isu banjir tetapi tidak bertindak untuk menggelak dari berulangnya banjir.

    Bila tanah runtuh berlaku sekurang-kurangnya kesungguhan Fuad mendapat kepujian mangsa dan orang ramai.  Leman dicemuh oleh penduduk Kg. Baru dengan menunjuk perasaan.

    Fuad dilihat mengarah para pekerja membersih dan menyediakan jalan alternatif.  Leman mengupah gangster untuk menakut-nakutkan orang ramai yang menjadi mangsa banjir.

    Dan Fuad, engkau dikenali sebagai anak seorang ustaz.  Leman dikenali dengan sejenis arak.
Tetapi Leman seorang Timbalan Menteri Pusat  .... apalah engkau Fuad  hanya seorang exco negeri.

Sekian
Ibrahim Baba
25 Mei 1999