Make your own free website on Tripod.com
 Sepintas Lalu ......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Reformis, Sepintas Lalu

     Tanpa kita sedari telah 4 bulan berlalu. Pelbagai peristiwa suka duka yang tak pernah
     kita termimpi ianya akan berlaku, namun Allah Maha Berkuasa. Setiap kejadian yang
     berlaku itu ada rahmat dan hikmah disebaliknya.

     Semenjak dari 2 September 1998 sehingga ke tarikh halaman ini ditulis, maka selama
     itulah kita di bumi Malaysia tercinta ini dihujani dengan pelbagai berita buruk dan fitnah.
     Perancangan konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim
     telah dibuat dengan begitu rapi dan teliti dengan melibatkan orang-orang yang
     berpangkat tertinggi di dalam sistem kerajaan dan perundangan. Namun... sebaik-baik
     perancangan yang dibuat oleh manusia, perancangan Allah yang mengatasi
     segala-galanya. Datuk Seri Anwar dijatuhkan dengan cara yang paling hina dan difitnah
     sebegitu rupa sehingga mejatuhkan seluruh maruah peribadi dan keluarganya.

     Keangkuhan Mahathir Banglakutty dan juga kezaliman yang dilakukannya itu tidak
     dapat lagi untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang sedar dan berpegang
     kepada ajaran agama khususnya agama Islam yang suci. Pelbagai kenyataan dan fitnah
     telah disebarkan melalui media-medianya untuk mengaburi mata seluruh rakyat bahawa
     DSAI adalah seorang pemimpin yang rendah moralnya. Tidak cukup dengan
     kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan melalui medianya, Mahathir laknatullah ini telah
     menggunakan iblis-iblis yang bertopengkan manusia untuk memperakui segala
     kata-katanya dengan disandarkan dengan bayaran jutaan ringgit. Namun begitu Allah
     itu Maha Agung dan Berkuasa, telah menunjukan kebenaran di dalam setiap
     perbicaraan DSAI dimana terdapat beberapa percanggahan di dalam setiap kenyataan
     yang dikeluarkan oleh Iblis-Iblis upahannya.

     Kenyataan Azizan yang akhirnya mengaku yang dia tidak diliwat oleh DSAI adalah
     merupakan satu kenyataan yang dibuat di dalam Mahkamah Mahathir itu sendiri,
     namun disebabkan oleh Hakim dan juga pendakwa-pendakwa Iblis juga yang
     menghakimi perbicaraan tersebut maka pelbagai tektik dan teknik digunakan untuk
     memastikan bahawa perancangan yang dibuat mencapai kejayaan.

     Namun begitu... di dalam kegairahannya, Mahathir lupa akan siapa sebenar dirinya. Dia
     lupa akan adanya satu kuasa lebih kuat dan hebat dari segala kuasa yang ada di atas
     muka bumi dan langit ini iaitu kuasa Allah. Mahathir leka dengan kuasa yang ada
     padanya dan tidak heranlah pada kita jika ia boleh memperlakukan DSAI sebegini
     rupa, mengkotak- katikan ulama' - ulama' kerana Mahathir Laknatullah ini boleh
     menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan menyatakan yang Nabi Muhammad tidak
     mempunyai pisau pencukur untuk memotong janggut baginda.

     Strategi Baru

     Setelah 4 bulan juga, segala perancangan yang dibuat oleh Mahathir Laknatullah ini
     telah mula menampakan kegagalannya, maka dia telah menukar strategi barunya.
     Apabila setelah semua rakyat sedar dan bangun menentang apa yang telah
     diperlakukannya, maka ia telah membuat strategi lain dan mungkin strategi ini adalah
     strategi terakhir baginya di dalam menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang tinggal
     beberapa hari saja. Pada 8 Januari 1999, beliau telah melantik Pak Lah sebagai
     Timbalan Perdana Menteri serta membuat kenyataan bahawa mengikut lazimnya TPM
     dengan automatik menggantikan PM bila ianya tiada. Sungguh bijak permainan politik
     Si Laknatullah ini.

     Tahukah wahai REFORMIS dan RAKYAT MALAYSIA semua, bahawa strategi ini
     merupakan strategi terakhir baginya setelah apa yang dirancangkan terhadap DSAI
     menampakan kegagalan setelah semua kroni-kroni konspirasinya mula menarik diri dari
     terus-menerus mengikut agenda jahatnya ini. Rahim Noor orang yang
     bertanggungjawab terhadap kecederaan DSAI semasa ditahan di Bukit Aman telah
     meletak jawatan dan mungkin selepas ini ramai yang akan mengikut langkah Rahim
     Noor. Kita lihat sajalah betul atau tidak apa yang dijangka/ nyatakan di sini.

     Menyedari akan hakikat ini, maka Si Laknatullah dengan segera membubarkan
     kabinetnya dan menyusun semula. Pada kali ini dia tidak memegang apa-apa potfolio
     dengan alasan untuk menumpukan kepada ROADSHOW sel;uruh negara. ak berjoget
     lambak kah? Macam Nero the Mad emperor? Walhal Si Laknatullah ini telah pun
     merasa bahang panas akibat dari doa-doa orang yang teraniaya serta
     sembahyang-sembahyang hajat yang telah dipanjatkan ke hadrat Allah yang Esa di
     Makkah dan Madinah, dimana-mana seluruh negara!! Laknat Allah kepadanya tidak
     dapat lagi ditarik balik. Akan berlaku dan terus berlaku sampai hayatnya tamat (atas
     izin Allah).

     Potfolio Menteri Dalam Negeri telah diserahkan kepada Pak Lah, agar Pak Lah yang
     akan membuat segala keputusan terhadap apa-apa isu yang telah semua kita jangkakan
     nanti. Peristiwa Memali masih lagi dalam ingatan kita, biar pun ianya telah lebih 10
     tahun berlalu. Ingatkah kita siapa yang bertindak mengarahkan polis untuk menggempur
     para syahadat- syahadat yang gugur??? Oleh yang demikian mungkin Pak Lah akan
     menerima nasib yang sama seperti Musa Hitam seandainya Pak Lah tidak berhati-hati
     dengan permainan politik syaitan Mahathir ini.

     Perlantikan Pak Lah adalah merupakan gula-gula yang diberikan oleh syaitan agar
     seluruh rakyat lupa dan leka akan kezaliman dan penindasan yang dia lakukan. Pak
     Lah juga harus beringat dan berhati-hati agar tidak termakan gula-gula ini kerana ianya
     manis untuk seketika, yang pastinya inti patinya adalah pahit. Pak Lah dalam kerisauan
     kerna kewibawaannya terhakis mendadak!! Hingga dia setaraf dengan Ibrahim
     "Katajk" Ali yang tidak bermaruah!!

     Menurut sumber berita (khabar angin lebih dipercayai) yang boleh dipercayai, Mahathir
     Laknatullah ini akan melepaskan jawatannya tidak berapa lama lagi. Ini adalah kerana
     beberapa kontena yang berisikan segala harta (perabut dan peralatan) Mahathir telah
     pun berlayar ke luar negara pada hari pengumuman perlantikan TPM, namun destinasi
     akhir kontena-kontena ini akan berlabuh masih lagi dalam teka-teki sama ada ianya
     akan berlabuh di Afrika Selatan atau pun di kepulauan Maldives (kepada sesiapa yang
     tahu ke mana destinasinya, harap dapat `update' dengan menghubungi webmaster
     AnjungReformasi - this is sincere amnd very serious request from rakyat Malaysia).

     Lihatlah bertapa cekapnya Si Laknatullah ini, setelah segala perancangannya
     menampakan kegagalan dia akan lari ke luar negara untuk belindung dan mungkin akan
     menemui ajalnya di sana setelah bumi Malaysia ini dan mungkin seluruh bumi Allah ini
     tidak akan menerima jasadnya.

     Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar segala perancangan jahatnya menemui
     kegagalan dan kebenaran tertegak di bumi Malaysia yang kita cintai ini.