WAJAH PRM : DULU DAN SEKARANG ( TAMAN MEDAN)

  Bas ekspres dari Pontian yang saya naiki ke Kuala Lumpur terlalu   perlahan rasanya. Pelekat plastik yang tertera “Saya pemandu   cermat”  pada cermin depan mungkin menjadi logo yang diamali sepenuhnya  olehpemandu bas yang syarikatnya selalu dikaitkan dengan kemalangan jalanraya. Ini satu perubahan sihat, fikir saya. Bukan politik  saja  perlu direformasi di negeri ini, tetapi amalan memandu jugaperlu  dilakukan sama.

  Sampai di Puduraya sudah hampir jam 9.30 malam. Sedang saya  perlu segera  ke Taman Medan di Petaling Jaya Selatan. Ceramah umum sudahpun  bermula.  Saya terlewat. Saya dapatkan sebuah teksi. Dari Puduraya, teksi itu meluncur laju melalu Jalan Kelang Lama ke Taman Jaya.

  “Encik hendak ke mana?” tanya pemandu Melayu umur lewat tiga   puluhanitu. “Saya hendak pergi ke Padang Rumah Pangsa di Taman Medan,”  jawab  saya. “Ada ceramah umum Parti Rakyat di sana.”

  “Itu kawasan ramai setinggan, Encik,” kata pemandu itu lagi.

  “Bukan setinggan. Mereka peneroka bandar” balas saya.

  “Encik datang dari Johor semata-mata hendak dengar ceramah?”

  “Benar. Ini ceramah parti saya” ujar saya terus terang.

  “Siapa datang berceramah?” tanya pemandu itu ingin tahu.

  “Dr Syed Husin dan Dr Wan Azizah. Pemimpin PAS dan DAP juga  ada.”
  “Kalau macam itu tentu ramai malam ini,” kata pemandu itu.  Kemudian dia
  senyap dan saya diam.

  Jalan Kelang Lama itu sempit dan sibuk. Banyak kedai di kiri  kanan. Adasebuah hotel besar dan kompleks. Sudah lama saya tidak melalui jalanitu. Tiba-tiba saya ternampak papan tanda sebelah kiri. Jalan  Kuchai Lama, bunyi nama jalan itu.

  Ini menjadikan jalan nostalgia saya imbas kembali hampir dua  puluh lima  tahun yang lalu. Saya masih ingat pada bulan Disember 1974,  Jalan  Kelang Lama dan Jalan Kuchai Lama inilah yang selalu saya lalui  untuk ke  Kampus UPM. Kali terakhir, saya bermotorsikal dari Bangsar Kuala
  Lumpur  untuk pulang ke kampus saya di Serdang. Anwar Ibrahim dan Dr  Syed Husin
  baru saja ditahan di bawah ISA. Hishamuddin Rais dan kawan-kawan  lain  telah berhijrah keluar negeri. Malam ini saya naik teksi untuk  ke Taman  Medan untuk mendengar Dr Syed dan Dr Wan Azizah,Presiden  Keadilan dan  isteri Sdr Anwar Ibrahim berucap. Nampaknya dalam tempoh suku
  abad  terakhir ini, sejarah orang-orang muda dan orang-orang tak lagi  muda  seperti saya sangat berkait rapat baik secara jauh atau dekad  dengan Sdr  Anwar. Beliau sama ada dalam tahanan atau bebas, baik dalam  kerajaan dan tahanan lagi sentiasa mewarnai kehidupan politik negara ini.
  Sebab itu  rasanya Anwar begitu popular di kalangan orang muda dan generasi yang
  hampir separuh umur ini. Biar Mahathir cuba cincang lumat imej  Anwar,  susah Mahathir hendak padam rasa dekat ramai generasi muda dan  generasi  sezaman saya dan zaman Anwar sendiri. Ini Mahathir dan kroninya  perlu  mengerti. Hormat dan kasih sayang adalah perasaan asasi
  manusiawi. Dia  kita bawa sampai ke mati.

  Teksi yang membawa kami masih belum sampai. Pemandu itu  menyedari saya
  agaknya orang politik juga, dia pun bercerita bahawa ramai orang  berhimpun di Dataran Merdeka petang Sabtu itu.

  “Ada yang kena tangkap tak?” tanya saya.

  “Tak pasti” jawabnya.

  Saya dengar khabar ramai pelajar akan mengadakan perhimpunan  aman di
  Dataran Merdeka itu.

 “Tapi polis ramai sangat,” pemandu itu memberitahu lagi. Malah  pemanduitu memberi pandangannya tentang apa yang dikatakan rusuhan  baru-baru  ini.

  “Orang-orang muda itu bukan nak buat kacau” kata pemandu itu.

  “Polis  yang kejar dulu dan pancut air. Jadi budak-budak itu marah.Mereka  kumpul cara aman pada mulanya.”

  Kemudian teksi kami mulai sampai ke kawasan Taman Medan.  Benarlah  kawasan ini kawasan kediaman ramai rakyat berpendapatan rendah.  Kawasan  Melayu miskin kota yang terpinggir dari pembangunan negara.  Ramai  setinggan atau peneroka bandar.Jalanraya masuk itu tidak rata,
  banyak  lubang dan berdebu dan berpasir. Malam itu tidak hujan dan  cerah,  walaupun agak panas. Cuaca paling baik untuk diadakan ceramah.  Saya  bersyukur.Sepanjang jalan itu banyak papan tanda cawangan UMNO.  Ini  kawasan UMNO asalnya. Saya faham. Tapi sekarang Mohd Ezam Bin  Mohd Noor,  bekas Setiausaha Politik bekas Timbalan Perdana Menteri, SdrAnwar  Ibrahim yang juga merupakan bekas orang kuat UMNO Bahagian PJ  Selatantelah dipecat daripada UMNO dan kini menjadi Ketua Pemuda Parti  KeadilanNasional (PKN). Mungkin lanskap politik  Melayu di PJ Selatan  juga sudah  mengalami perubahan.

  Teksi yang saya naiki itu akhirnya mengaku kalah. Pemandunya  berkata diatidak boleh membawa saya jauh ke depan lagi. “Maaf, Encik. Jalan  terlalu  sesak. Kita terpaksa berhenti di sini.” Katanya.

 “Tidak mengapa, saya boleh jalan kaki.” Jawab saya. Setelah  membayar RM  11.00 saya pun berjalan kaki. Jauh juga berjalan. Kereta  berderet  sepanjang tepi jalan. Semuanya menjadi saksi rakyat datang dari  jauh dan  dekat hendak mendengar ceramah. Ceramah kini adalah satu saluran
  langsung untuk mendapat berita sebenar apa yang berlaku di bawaharus  politik negara sekarang. Kereta-kereta tersusun kemasMotorsikal masihberduyun-duyun datang ke arah tapak ceramah. Nampaknya ceramahPresiden PRM dapat sambutan hebat.

  Saya lihat petugas-petugas keselamatan mengawal lalu lintas  dengan baik  sekali. Dari pengamatan saya mereka itu bukan orang PRM tetapi  ahli-ahli  PAS. Saya kemudian diberitahu bahawa PAS cawangan Taman Medan  telah  keluar sepenuhnya membantu PRM menjaga soal keselamatan lalu
lintas.  Orang-orang PAS ini sangat mengenali Dr Syed. Bukan saja Dr Syed  calonParlimen PJ Selatan dalam pilihanraya umum 1995 yang lalu,tetapi beliau  banyak terlibat dalam mempertahankan hak-hak perumahan golongan  peneroka bandar atau setinggan di kawasan tersebut.

  Ini petanda baik, pada fikir saya. Bukan saja pemimpin-pemimpin  PAS danPRM berkerjasama di atas pentas, tetapi di bawah pentas dan dijalanraya  mereka membahagi-bahagikan kerja dan tugas masing-masing.  Nampaknyaceramah umum di Taman Medan telah memulakan satu contoh yang  baik.Kerjasama di semua peringkat, pemimpin, dan organisasi parti di  peringkat akar umbi.Kalau beginilah maka “cerah masa depan” di  kalangan parti-parti pembangkang, fikir saya. Hendak bincang soal pembahagian kerusi pun akan jadi mudah nanti kalau dalam semua hal banyak
kerjasama telah dijalinkan di peringkat akar umbi. Tak macam dulu-dulu,  kerjasama tidak begitu telus. Kali ini kerjasama pembangkang lebih baik dan telus.

  Saya masuk ke tapak ceramah. Cantik sungguh tempat itu. Ceramah  diadakan di atas padang bola sepak yang luas sekali di kawasan perumahan  rumahpangsa itu yang dikelilingi pula rumah teres dua tingkat  dan   setingkat di kiri kanannya. Golongan kelas menengah pun ada di   kawasan
ceramah itu.

  Padang yang luas itu penuh dengan manusia sedang tekun mendengar  ceramah.Mereka duduk di atas rumput. Tertib sekali kelihatannya.  Waktu  itu Sdr Mohd Ezam, Ketua Pemuda PKN sedang berucap. Saya yang  terlewat itu tidak dapat mendengar ucapan Dr Syed Husin Ali, Presiden
  PRM, Ustaz  Supian Md Nordin, Ketua PAS PJ Selatan dan Sdr Sivarasa Rasiah,
  pemimpin  Suaram.

  Ini bukan ceramah kata hati saya. Ini rapat umum. Saya tak  pandai  mengira manusia. Saya masa muda dulu belajar sains pertanian.  Kira pokok  dan biji benih bolehlah agaknya.Angka 10,000 agak kecil bagi  saya. Saya   hendak kata 20,000 manusia yang hadir tak berani. Mungkin orang
nanti  kata melebih-lebih pula. Masuk bakul angkat sendiri. Tapi memang  ramai.
Ramai sungguh.

  Berdiri dua orang konstabal polis beruniform tak jauh di sebelah  kiri  saya. Kelihatannya dua anggota polis itu sedang asyik mendengar  Sdr Ezam   berucap. Mereka berdua ini nampaknya mesra rakyat. Rakyat pun tak   mengancam sesiapa. Petugas-petuga PRM juga kelihatan ramai
berada dimana-mana. Mungkin ditugaskan menjaga ketenteraman  agaknya.  Segak  dengan kemeja-T berlambang logo kepala seladang dan roda.  Ceramah yang  sebesar itu aman. Yang sedang duduk di atas pentas ceramah itu,   dari  semua parti. PRM, PAS, PKN dan DAP. Tak ada parti pembangkang   yang   tercicir agaknya.

  Ini barisan rakyat yang baru yang boleh dijadikan barisan  alternatif  untuk memerintah. Tidak ada kecoh, tidak ada rusuhan seperti  yang BN danmedia mereka cuba paksa rakyat percaya. Pemimpin-pemimpin  pembangkang diatas pentas itu bercakap dengan bertanggungjawab, berhemat danjuga berdisiplin. Rakyat umum yang mendengar juga berdisiplin.
  Semuanya aman  dan cintai keamanan. Jadi kenapa kerajaan BN takut sangat hendak  benarkan rapat umum? Rapat umum diharamkan mulai Pilihanraya  Umum tahun  1978. Sudah lebih 21 tahun. Sudah umur dewasa sekarang.  Kembalikan  semula hak rakyat untuk bersuara. Ini baru mesra rakyat. Pak Lah  kenafaham erti mesra rakyat sebenarnya.

  Ceramah Sdr Mohd Ezam Mohd Noor, Ketua Pemuda PKN memang ada  isi.Ceramah yang Sdr Ezam bawa ini sungguh berkesan untuk membawa  orang-orang UMNO berhijarh keluar dari UMNO. PRM atau PAS agak  sukaruntuk meyakinkan orang-orang UMNO yang tebal keUMNOannya untuk  tinggalkan parti itu. Tetapi dengan penjelasan yang Sdr Ezam  sampaikan,  ianya lebih meyakinkan. Bukan saja Sdr Ezam bekas orang UMNO  tetapi diaberada di kedudukan paling hampir dengan orang nombor dua dalam  hiraki kekuasaan negeri ini. Cakapnya meyakinkan. Lebih-lebih lagi  apabila Ezamberkata UMNO sekarang bukan lagi memperjuangkan kepentingan dan  ketuananMelayu. UMNO sekarang parti Mahathir yang mementingkan ketuanan  Mahathir. Seterusnya Ezam jemput orang-orang UMNO tinggalkan  parti itu.  Ezam ini pula bekas anggota UMNO Taman Medan. Dia bercakap di  bekas  cawangannya dulu. Ramai kawan-kawannya di kalangan UMNO  mendengar dia  berucap malam itu. Akan berubahkah mereka?

  Kawasan PJ Selatan ini 34.3% Melayu, 50.1% Cina dan 15.3% India.  Pengundinya dulu berjumlah 66786 orang. Untuk parti pembangkang  dapat   merampas kawasan ini daripada Lim Siang Chai (BN), parti   pembangkang   memerlukan sokongan 21.9% undi lagi. Apakah dengan krisis   politik yang   berlaku sekarang di mana UMNO berpecah, PKN ditubuhkan dan
parti-parti  pembangkang berkerjasama dan hampir ke tahap penggabungan, BN  dapat
dikalahkan?

  Selepas Sdr Ezam, Sdr Teng Chang Khim, ADUN DAP Bukit Gasing  berucap.  Kemudian diikuti dengan ucapan Dr Sanusi Osman, Setiausaha Agung  PRM. Dr  Wan Azizah, Presiden PKN yang merupakan tokoh politik terkini  yang  mempunyai daya tarikan rakyat menjadi penceramah yang terakhir.

  Kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang begitu jelas  kelihatan di  Taman Medan.Itulah yang nampaknya usaha yang tergambar di   ceramah PRM  Taman Medan. Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM telah menjadikan   kawasan  Taman Medan macam rumahnya yang kedua. Saya walaupun anggota PRM   tetapi   tak pernah lihat Sdr Dr Syed berinteraksi dengan orang-orang
biasa,   penyokong Parti Rakyat dan PAS serta pengundi di kawasan beliau  bertanding. Ini disebabkan daerah operasi dan kegiatan saya di  Johor.  Tetapi pada malam itu saya lihat sendiri bagaimana Persiden  Parti Rakyat   bukan saja menghimpunkan semua parti pembangkang di atas pentas   ceramah   umum anjuran PRM, tetapi beliau menghimpunkan kerjasama ahli-ahli biasa  PAS, PKN dan juga PRM dalam satu program bersama. Kehadiran Sdr   Teng  Chang Khim dari DAP semakin memantapkan gandingan kerjasama  pembangkang.  Sdr Teng ialah ADUN Bukit Gasing yang terletak di dalam Parlimen  PJ  Selatan.

  Dalam soal mengembleng kerjasama di kalangan parti-parti  pembangkang,  saya rasa Dr Syed Husin Ali tak pernah putus asa dan kecewa.  Ketika satu  demi satu parti embangkang meninggalkan Gagasan Rakyat pimpinan  Semangat 46 dulu, PRM di bawah pimpinan Dr Syed tak pernah  meninggalkan   fron pembangkang itu sehinggalah fron itu terkubur sendiri matitak  bernisan. Ketika semua orang bercakap tentang betapa susahnya  mengadakan permuafakatan antara parti-parti pembangkang terutama melibatkan  PAS dan DAP, tetapi PRM dan Dr Syed sentiasa optimistik, positif dan  yakin.

  Ceramah di Taman Medan  adalah satu contoh dari puluhan contoh  yang  sudah berlangsung dan akan terus berjalan di mana parti-parti  pembangkang sekarang iaitu PAS, PKN, DAP dan PRM akan  berkerjasama, akan bermuafakat dan bergabung dengan bentuk yang sedang dibincangkan
  formulanya di peringkat pimpinan tinggi parti-parti itu.  Semuanya akan  dipadukan untuk melahirkan satu kekuatan yang berkesan dan  meyakinkan   rakyat supaya sedia dan berani untuk membuat perubahan. Tolak BN   dan   gantikan dengan kerajaan yang baru.

  Tetapi kerja ini tidak mudah. Lebih mudah cakap sebenarnya. Ia   memerlukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan ini dapat dilihat   dari   kesungguhan dan keyakinan yang digambarkan oleh Dr Wan Azizah   Wan   Ismail,Presiden PKN. Sungguhpun Datin Seri Dr Wan Azizah agak   letih   kerana baru saja pulang berceramah di Pulau Pinang dan harus ke   Taman   Medan pula, tetapi kehadirannya saja sudah menjadi satu lambang   semangat   bahawa perjuangan mesti diteruskan. Keadilan mesti   diperjuangkan.   Perubahan tidak akan datang menggolek. Letih, penat, dan segala  macam   tanggungjawab dan pengorbanan perlu dipikul. Berat mata kini   memandang,
  berat lagi tanggungjawab Dr Wan Azizah memikul. Suami beradadalam   penjara. Anak enam orang di rumah perlu dijaga. Beliau pula kini  menerajui sebuah parti politik peringkat nasional. Bukancalang-calang  tanggungjawabnya.

  Dr Wan Azizah telah bersedia untuk menyahut cabaran ini. Beliau  adalah  satu lambang perjuangan seorang wanita Melayu, wanita Islam,  wanita   Malaysia moden di zaman serba mencabar ini yang mahu menegakkan  keadilan, demokrasi dan reformasi tulen di Malaysia tercinta ini.   Pemimpin-pemimpin seperti ini tidak selalu datang. Rakyat ada  tanggungjawab sendiri supaya tidak mengecewakan orang-orang  seperti Dr  Wan Azizah atau orang-orang seperti Dr Syed Husin Ali yang telah  menghabiskan zaman mudanya untuk perjuangan, kemudian, enam  tahun pula  merengkok di dalam tahanan ISA. Bersama pula ketika itu dengan  Sdr Anwar   Ibrahim. Keluar tahanan, Dr Syed  kembali mengajar di   universiti.Akhirnya sedia berhenti jadi profesor. Sambut cabaran   dan   berani pikul tanggungjawab untuk memimpin perjuangan.

  Rakyat ada tanggungjawab juga untuk tidak mengecewakan  pemimpin-pemimpin  sebenar Ramai pemimpin rakyat seperti Dr Syed Husin, dan Dr Wan  Azizah.  Malah pemimpin-pemimpin muda seperti Sdr Ezam  Mohd Noor, Sdr Hj  Bakar Chik dan Sdr Lim Guan Eng, termasuk yang tidak dikenali dan yang  amat dikenali di negeri ini hatta di seluruh dunia masa kini, iaituSdr Anwar
Ibrahim. Sepatah kata Sdr Ezam pada malam itu di Taman Medan,  “Kalau  dalam pilihanraya umum nanti rakyat masih lagi memberi mandat  kepada  orang seperti Dr Mahathir, jangan harap akan ada  pemimpin-pemimpin rakyat yang akan tampil lagi.”

  Apa yang mungkin Sdr Ezam maksudkan ialah, rakyat tidak boleh  hanya tahu  untuk menerima saja. Rakyat juga ada tanggungjawab untuk  memberi. Beri  undi. Beri sokongan. Beri mandat kepada parti-parti pembangkang  sekarang  untuk membuat perubahan dengan menumbangkan BN dalam  pilihanaraya umum  akan datang.

  Tetapi saya agak sabar sedikit berbanding Sdr Ezam. Pada fikir   saya  perjuangan untuk keadilan, demokrasi dan reformasi akan kita  teruskan  apa juga hasil pilihanraya nanti. Perjuangan seperti ini tiada  hentinya.  Insya Allah.
 
 Sumber : Hassan Karim. Terima Kasih