Make your own free website on Tripod.com
 Dr. Ristina?

     Siapa dia Dr. Ristina yang menjadi aktress penting dalam kes Anwar? Sedikit masa dulu gambarnya  sering terpampang di muka akhbar. Dah sama glamor dengan aktor dan aktress penting yang lain. Apa watak yang dimainkannya?

     Dr. Ristina adalah salah seorang dari empat anak perempuan Encik Majid dan Arwah
Mak Cik Mak Mon. Seorang lagi anak perempuan En Majid bernama Suzy. Suzy adalah isteri
kepada Dato Shamsudin Othman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Yang dua lagi tak
payah cerita. Saya amat kenal keluarga mereka.

     Menteri Dalam Negeri pula ialah Dr. Mahathir. Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah
Megat Junid. Salah seorang isteri Megat Junid bernama Norzila (nama glamor Ziela). Norzila pula
kawan rapat dengan Normala. Normala pula isteri ahli perniagaan yang juga kahwin dengan aktress
 Kuza. Si ahli perniagaan ini pula adalah proxy Mohd Isa (MB NS). Itukah sebabnya yang Mohd Isa  bersungguh  sangat hentam Anwar (selain dari dua lagi MB - lain-lain MB dah confirm support Dr.M di depan saja - diam-diam penyokong Anwar termasuk majoriti exco mereka. - cerita majoriti exco kebanyakan negeri sokong Anwar saya cerita lain kali)

     Balik cerita asal, teringatkah saudara pembaca hal Megat yang sudah sekian lama tidak
mahu  berganjak dan selesa (atau takut untuk melepaskan) dari kerusi Timbalan Menteri.
Tetapi oleh kerana "perancangan yang lebih besar" perlu dilaksanakan terpaksa di "naikkan" pangkat  keluar dari KDN.
 
Satu sebabnya ialah takut sangat pengantinya akan mengeluarkan kes lama Miss M
 yang dibunuh. Yang hairan secekap-cekap PDRM kita tidak dapat langsung "clue" untuk menyelesai kes ini. Walaupun bahan bukti semua telah dilenyapkan tapi beliau tidak tidur malam di
awal-awal dulu  kerana takut terbongkar kes perbunuhan tersebut jika tidak melutut dengan bossnya.

     Sebab kedua, beliau adalah salah seorang Timbalan Menteri yang paling kaya. Musa
Hitam yang lebih dahulu dalam kabinet dan pernah menjawat kedudukan yang kedua tertinggi pun
 tidak sekaya      Megat. (Tak payahlah kita nak banding dengan Anwar) Pergilah ke salah satu rumah  Megat di Kelana  Jaya. Tengoklah deretan kereta. Kalau Mercedes tu mungkin penuh jari sebelah. (takut  pulak lepas  artikel ini disiarkan - kereta-kereta tersebut disorok - letak di rumah lain separuh). Itu   baru di satu  rumah. Rumah-rumah lain lagi - di rumah isteri-isteri lain lagi. Tengoklah   rumah-rumahnya pulak.

     Bukankah di KDN banyak kontrak-kontrak yang besar.

     Apakah "perancangan yang lebih besar"? Ia itu supaya kaitan KSU KDN dengan  Timbalan Menteri  KDN tidak nyata. Bahawa orang terlupa Megat dulu Timbalan Menteri, KSUnya Dato      Shamsuddin.    KSU menerima arahan dari Menteri atau Timbalan. Ipar KSU pula Dr. Ristina. Itu je.

     Bila Megat dipindahkan, ianya adalah persediaan supaya orang awam tidak akan sedar
 bahawa  kaitan Megat/Norzila/Normala dan Megat/Shamsuddin/Isteri Shamsuddin/Ipar
 Shamsuddin (Dr. Ristina).

     Kenapa Dr. Ristina "selindung" Azizan dan Umi Felda? Kenapa Polis kena pecah
 rumah Dr. Ristina  untuk dapatkan Azizan dan Umi Felda? Bukankah Polis di bawah jagaan Menteri dan   Timbalan Menteri Dalam Negeri? Bukankah Ketua Polis Negara "report" kepada Dr. M dan  Megat bukannya   Anwar?

     Kenapa ketika Polis pergi ke rumahnya untuk menangkap Ummi dan Azizan, Dr.
 Ristina memainkan peranan penting untuk melambat-lambatkan penangkapan itu? Atas arahan siapa   Ristina bertindak  untuk membiarkan Polis menunggu beberapa jam di luar? Kalaulah tidak kerana arahan   masakan  berani Dr. Ristina melanggar perintah Polis? Sebabnya ianya menjadi satu kesalahan  untuk  menhalang Polis menjalankan tugasnya.

     Dahlah tu, Dr. Ristina tidak pula ditahan atas kesalahan menghalang Polis menjalankan   tugas. Takkan tak ada arahan atasan.

     Semuanya ini adalah lakunan - yang harus menerima segala "award" terbaik dari  Academy Film   Hollywood mahupun yang di Cannes. Untuk semua kategori - termasuk lawak terbaik.