MR BEAN MALAYSIA DI LONDON
     Oleh kerana sambutan Mr Bean di luar jangkaan maka PM Malaysia berhajat untuk
 menandingi pelawak Mr Bean. maka mahathir pun ke Malaysia Hall untuk      mempersembahkan lawak bodohnya di hadapan pelajar-pelajar Malaysia. kerana telah  lama pelajar Malaysia disitu tidak dihidangkan dengan lawak bodoh. Cerita dia tak sanggup lagi jadi PM dan  kalau  boleh sekarang dia nak tumpukan pada ibadat saja. Masalahnya pasal nak letak  jawatan ni kita dengar dah lama dah dari kita  belum datang ke sini (London ) lagi....tapi tak  berhenti-henti lagi. mahathir pun buat muka sedih gaya Mr Bean merayu agar pelajar  faham kehendaknya.

Namun dijangka Mr Bean Malaysia bakal menewaskan Mr Bean UK. Sebab Mr Bean Malaysia akan  menewaskannya hanya dengan setitik dua air mata buaya, teknik yang tak pernah
 dilakukan oleh Mr Bean UK di dalam menjayakan lawak jenakanya.

     Tetapi mungkin kesannya kali ini tidak serupa seperti dahulu, kerana kalau dulu penonton akan turut menitis-nitis, tetapi kali ini mereka akan menitis juga, cuma menitis erana kelawakan yang tidak terkawal!!!!. ~C.I.A REFORMASI

Sumber : Pelajar Malaysia di London