Siapa Dato' Rais  Zainuddin??
Kalau anda pernah dengar kaset atau lihat video pengakuan Komando  tentang konspirasi, anda tentu pernah terdengar nama Dato' Rais  Zainuddin. Beliau didakwa oleh komando tersebut sebagai salah seorang yang merancang untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  ~C.I.A REFORMASI.

Disini saya ingin menceritakan siapa dia Dato' Rais Zainuddin setakat yang saya ketahui. Beliau berasal dari kampung saya iaitu Rembau, Negeri Sembilan. Di Rembau, beliau memang telah dikenali sebagai putar alam. Kerana telah banyak kerja-kerja penipuan yang dijalankan.

Sebelum ini beliau ada memakai sebuah kereta Mercedes Bendz yang bernombor NX 53. Kereta itu adalah hasil penipuan beliau pada seorang Tokey Cina. Beliau juga ada beberapa jenis perniagaan seperti kilang tayar, syarikat kontraktor, konsultan dan sebagainya. Tetapi kilang
tayarnya telah pun ditutup kerana penipuannya tak begitu menjadi.

Beliau digelar Dato' hanya kerana beliau pernah dilantik oleh Undang Luak Rembau untuk menjadi Dato' Lembaga dalam adat di daerah Rembau. Tetapi beliau telah terlibat dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan Dato' Undang Luak Rembau pada masa itu. Tetapi cubaan beliau telah
gagal dan beliau telah dipecat dari menyandang dari menjadi Dato' Lembaga. Tetapi beliau tetap juga menggunakan 'title' Dato' tersebut.

Beliau juga ada mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat kursus Motivasi Jati Diri untuk pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Syarikat tersebut bernama Tiara Inspirasi telah menjalankan kursusnya keseluruh negara. Tetapi beliau telah gagal untuk membayar gaji kepada jurulatih dan Trainer yang bertungkus lumus tersebut.

Beliau juga selalu kelihatan bersama seorang wanita kaya yang didakwa sebagai isteri kedua beliau. Wanita itu dikenali sebagai Datin Azizah, dan merupakan pemilik Metro Kajang. Selepas saya menyiasat latar belakang wanita tersebut, rupanya wanita tersebut masih lagi isteri orang yang suaminya menetap di Bangi.

Sekarang angin sedang hebat bertiup di tempat saya menyatakan bahawa beliau akan bertanding sebagai wakil rakyat di DUN Chembong.

Saya berharap agar tuhan menggagalkan rancangannya dan jatuhkan ia dalam keadaan yang aib. Ya Allah, selamatkan lah negeri ku. Amin ya rabbal alamin.  ~C.I.A REFORMASI.

resources:Spy Malaysia