Dato' Isa tak dapat sambutan.

Petang tadi (7/2/99), Dato' Seri Utama Tan Sri Mohd Isa iaitu MBNegeri Sembilan ada buat jamuan Hariraya Aidilfitri di Balairaya Kg Senama,Rembau. Mungkin dia nak lawan dengan Pengerusi ADIL Datin Seri Dr Wan Azizah yang datang di Kampung Astana Raja, Rembau.  ~C.I.A REFORMASI. 

Tapi malang bagi MB NS ni, kehadiran orang ramai tak sampai seratus orang, sedangkan majlis yang dianjurkan oleh ADIL tidak kurang dari 5,000 orang. Dalam majlis itu MB NS seperti biasa akan membuat tugasan mengutuk DSAI, Reformasi, Pas, ADIL dengan lawaknya.

Dato' Rais Zainuddin (salah seorang konspirator: sila rujuk keset pengakuan komando) juga turut hadir sama. Sejak kebelakangan ini, dimana ada MB NS, disitu ada Dato' Rais ini. Dengar khabarnya Dato' Rais ini akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat pada pilihanraya akan datang ini di DUN Chembong.

Bangunlah wahai rakyat NS. Kita tentang BN habis-habisan. Salah seorang tukang fitnah hendak jadi pemimpin di tempat kita.~C.I.A REFORMASI.

resources:Spy Malaysia