Laporan Perjumpaan Hariraya di Rembau, NS.
 

Hari ini, penduduk kampung di sekitar daerah Rembau Negeri Sembilan telah keluar beramai-ramai untuk  menyambut kedatangan pengerusi ADIL iaitu Dati Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Kampung Astana Raja. Kehadirannya telah ditemani oleh anak kesayangan iaitu Nurul Izzah.
Pengerusi ADIL mengajak agar rakyat bersatu untuk memperjuangkan keadilan dan ketepikan soal perkauman. ~C.I.A REFORMASI.

Orang ramai yang membanjiri kawasan itu tidak kurang dari 5,000 orang menjadikan lalulintas di kawasan itu sesak.

Antara tokoh politik yang sempat datang bersama-sama dalam majlis itu ialah Ustaz Roslan Kassim. Orang ramai telah mendesak beliau untuk memberikan sedikit ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa semangat perjuangannya tidak pernah luntur walaupun beliau telah ditahan dalam ISA selama dua bulan. Beliau juga menasihatkan agar semangat perjuangan untuk menentang kezaliman jangan luntur. Beliau berucap sambil menitiskan airmatanya terharu apabila mengenangkan nasib yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan kali pertama Ustaz Roslan Kassim membuat ucapan umum setelah beliau dibebaskan dari ISA.~C.I.A REFORMASI.

resources:Spy Malaysia