CUKUPLAH MAHATHIR! CUKUPLAH...
Menjadi perumus mewakili rakan-rakan sejawat, saya amat merasa keliru pada mulanya. Betapa tidaknya, sebagai seorang ahli UMNO yang berjawatan di peringkat Bahagian, saya diperlukan supaya sentiasa akur kepada keputusan parti. Semua ahli-ahli parti bagi mana-mana jua parti politik,
harus mengikut  peraturan itu.

Lima Bulan Dalam Dilema......
Tiap kali kami berbincang, saya tidak dapat mencari satu alasan yang manasabah untuk dikemukan bagi membela keadaan parti yang kian meruncing. Berusaha saya mencari rakan yang dapat memberi input supaya hujah saya akan diterima oleh pendengar dengan yakin. Namun, saya
setiasa gagal. Saya teliti semua peritiwa yang berlaku, saya kaji dan padankan. Keputusan saya memperlihatkan, tidak ada gunanya saya bersandiwara menipu diri sendiri. Bawah-sadar saya menuduh bahawa saya akan menjadi seorang penjenayah dan pembohong jika saya menyatakan yang salah sebagai benar.

Sebenarnya saya bukan keseorangan. Hari ini nampak jelas, bahawa Mahathir dan kuncu-kuncu garang lagi samsengnya (sewaktu MKT bersidang memutuskan perlucutan DS Anwar dari jawatan Timbalan President dan ahli UMNO), telah bertukar menjadi 'tikus kehujanan'. Hari ini juga nampak
jelas -- masing-masing tidak lagi memberi komen yang explosive, janggal dan paling mengaibkan sepertu dulu. Ini adalah petanda jelas bahawa saya tidak akan dicakap pengkhianat jika mengikut apa yang saya yakini!!

Rahsia Terbongkar Sudah...
Dari edaran puluhan ribu pita rakaman yang tersebar termasuk dari sumber internet, rakyat sudah dapat mendengar siapa dikalangan MKT yang benar-benar ingin melihat DS Anwar dilucutkan dari jawatan. Rakyat tidak menyangka bahawa pemimpin-pemimpin yang bermuka-muka seperti manusia, sanggup tergolong kepada kelompok syaitan dan iblis yang tidak langsung
memaparkan roh manusia yang mengakui Islam sebagai ugama mereka. Banyak orang terfikir, apakah mereka ini wajar dijadikan pemimpin yang beramanah jika masing-masing mengikat diri dan menurut arahan seorang ketua yang mempunyai nafsu dan agenda bagaikan bapak segala syaitan dan iblis?

Dicap Kominis?
Terdengar suara-suara sumbang beberapa orang pemimpin dari kelompok berilmu ugama seperti Yusof Nor dan Hamid Osman. Tersentak kami apabila Yusof Nor mengecap penentang Mahathir sebagai KOMINIS!! Jika menentang Dr. Mahathir dicap kominis, apakah pula 'brand name' bagi manusia yang mengkhianat ugama dan menunggang-terbalikkan perundangan syraiah dan
Islam hingga menyindir Nabi Junjungan kita?  Seolah-olah mereka bukan terdiri dari orang yang mengerti apa dia ajaran Islam dalam konteks petuduhan dan pengadilan. Tolak tepilah orang dangkal ilmu sepertri Ibrahim Ali, Megat Joned dan samseng berkepentingan seperti Sanusi Joned
itu. Mereka boleh dikira sebagai sampah masyarakat yang hanya hidup bagai 'cacing kekeringan'. Mereka akan patuh selagi mereka dapat makan. Mereka sanggup melakukan apa jua maksiat mengikut arahan ketua. Adakah ini pemimpin yang wujud dalam UNO sekrang?

Pun begitu juga; orang seperti Rafidah Aziz yang bercambah dalam rohnya perasaan dendam kesumat; mustahil akan dapat menahan emosi untuk mengambil kesempatan 'membahan' musuhnya (ie. DS Anwar). Tetapi ramai yang terperanjat bila Datuk Seri Abdullah Ahmad Bedawi, dari jauh
merentetkan sokongan yang tidak berbelah-bagi langsung  terhadap Dr. Mahathir; walaupun beliau berada beribu batu dari  tanahair.  Sebagai seorang vetren politik (pernah juga dia main lompat-lompat parti), Abdullah dijangkakan akan mengambil jalan yang paling 'tengah' dalam isu
seumpama ini.  Paling kurang ahli-ahli UMNO dapat menyaksikan seorang yang berpendirian kukuh dalam menegakkan keadilan dan keutuhan parti. Malangnya beliau juga termasuk dalam kelompok 'penyerang' terhebat.

Mengapa Sekarang Senyap?
Saya hadiri kebanyakan ceramah UMNO yang ditugaskan supaya saya sendiri memberi ceramah-ceramah tersebut. Pelbagai persoalan dibicarakan rakyat dimerata pelusuk kampung dan desa. Jawapan yang mereka dapati ia alah…"Kerana pemimpin MKT sendiri mulai merasa bahawa perancangan mereka sudah terbengkalai dan gagal sekerat jalan; maka segala keceluparan
mereka sudah diketahui rakyat. Diketahui kini, adalah benar terwujud sebuah KONSPIRA yang paling mengaibkan negara, bangsa dan ugama, kerajaan yang mereka pimpin, dan atas segala-gelanya 'kebodohan' mereka kerana menyokong Mahathir; maka rakyat tidak dapat lagi ditipu semudah itu".

Malangnya pemimpin di MKT sudah terlajak jauh, terlambat dan terlalu aib untuk menarik kembali segala apa yang mereka katakan sebelum ini.

Sejak dari mula lagi mereka tahu bahawa Mahathir adalah "salah dan bersalah besar" membuat keputusan melulu-mendadak tanpa banyak pertimbangan. Hingga, hari ini, apa yang dapat dilihat oleh rakyat dan dunia; kepada mereka yang menyokong Mahathir dulu (hingga DS Anwar
dipenjarkan) merasa sangat berdosa besar. Akhirnya, perbuatan mereka telah menjahanamkan seluruh karier politik dan kepimpinan masing-masing. Bersekali dengan mereka yang ikut jatuh terbenam adalah pasti, iaitu seorang yang sudah masuk iblis yang menjadi 'ketua besar' mereka: Dr.
Mahathir Mohammad, Perdana Menteri dan Presiden Parti!  Si Ketua ini sentiasa mengugut supaya mereka menganggap beliau sebagai seorang 'nabi yang berdaulat' atas 'prerogative' yang  tersalah anugerahkan oleh pemimpin UMNO, kununnya sebagai tanda akur dan taat-taksub kepada ketua.

Apa yang nyata kini, kecuali seorang berdua, hampir semua pemimpin MKT yang ada sekarang sudah terperangkap dan diperangkap oleh si Mahathir yang licik. Ahli-ahli UMNO sudah tahu siapa ketua-ketua diperingkat Pemimpin Pertengahan diantara merka yang sudah berpaling tadah dan tidak lagi menyokong Mahathir dan UMNO. Mereka saling berkomunikasi dengan pelbagai cara. Bermula dengan hubungan 'face to face' hinggalah kepada hubungan talipon dan fax, e-mail, E-Groupmail yang eksklusif, internet Forum dan perjumpaan rahasia. Mereka dapat berbincang secara terperinci. Pada mulanya mungkin perbincangan biasa. Tetapi akhirnya mereka kian
bosan dan masing-masing sudah mulai mengatur strategi untuk menumbangkan Ketua yang sudah tidak layak lagi diangkat menjadi ketua.

Empat Bulan yang Menyiksakan...
Sebagai ahli UMNO yang pernah menyandang pelbagai jawatan dalam UMNO, saya dan kelompok Pemimpin Pertengahan merasa bahawa yang menjadi titik tolak panduan kami ialah perjalanan kes DS Anwar di Mahkamah.  Dr. Mahathir menjanjikan bahawa perbicaraan itu akan membuktikan kenbenaran petuduhan beliau dan MKT keatas ketidaksesuaian DS Anwar sebagai
pemimpin. Kata-kata beliau kami anggap sebagai 'starting point' bagi kami bertindak. Kami tidak mahu beremosi dalam melihat keseluruhan senario yang wujud secara tiba-tiba itu.

Tetapi, makin hari makin terlihat bahawa kemungkin DS Anwar difitnah oleh sebuah 'komplot politik' berbentun "KONSPIRASI" untuk  menjatuhkan beliau -- makin ketara. Walaupun Dr. Mahathir memperlihatkan campur-tangan yang tidak ketara dimata kami/rakyat, namun makin dapat
dirasakan bahawa kesemua pihak Pendakwa, Saksi-saksi, Penyelidek forensik, Polis, Peguan Negara dan Hakim yang diberi amanah membukti kebersalahan DS Anwar; tidak meyakinkan ramai orang (termasuk kami ahli-ahli dan pemimpin UMNO). Hinggakan,  'Tilam" yang bisu juga
seakan-akan mengakui bahawa DS Anwar telah terfitnah oleh insan-insan yang sudah dirasuk 'jembalang' beragenda!!

Untuk mengimbangi pendapat ratusan ribu (pasti sudah berjuta sekarang) penyokong DS Anwar, kami selongkar pendapat beberapa kerat penulis di Hompej/Lamanweb UMNO dan penyokong Mahathir, akhbar-akhbar dan Berita yang dipaparkan dikaca TV. Kami hadiri ceramah pemimpin-peminpin UMNO yang datang ke kawasan kami. Kami teliti setiap patah hujah mereka. Kami perincikan sebarang jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh ahli-ahli UMNO kepada mereka. Maka jelas kepada kami bahawa semuanya menjurus kepada hujah menegakkan 'benang basah' belaka. Penceramah seperi Aziz Shamsuddin dan Ibrahim Ali memang 100% tidak waras dan sukar diterima sebagai orang yang mempunyai daya pemikiran yang dapat
mempertahankan UMNO.

Salah dan Benar!!
Kami tidak suka mengungkit perkara yang lalu. Tetapi sebagai seorang  manusia yang prihatin, kami terpaksa berfikir panjang. Jika DS Anwar terus-terusan diadili dan disingkir semudah itu, dizalimi hingga merengkok menahan kesakitan umat-umat zalim, jika ratusan rakyat dikasari semata-mata kerana ingin menunjukkan runtunan hati di Dataran Merdeka, apakah UMNO dan pemimpin UMNO/BN sebuah parti dan pemimpin yang berjiwa rakyat?

Bagaimana kisahnya hingga Rahim Thamby Chik yang dituduh merogol seorang gadis bawah umur masih bebas lepas sementara gadis malang itu dipenjarakan? Bagaimana pula Mohd Taib yang jelas korap terlepas begitu saja? Dimanakah kewarasan Mahathir jika DS Anwar yang belum tentu
salah-benarnya sudah dipenjarakan? Apakah Mahathir tepat janji supaya Surat Layang dan Korupsi akan dibanteras oleh UMNO. Apa yang dapat diliihat sekarang ialah: MAHATHIR adalah bapak segala surat layang, bapak segala korupsi, dan bapak segala pemfitnah!!

Saban hari bukti-bukti terserlah.  Alasan untuk mematahkan hujah rakyat yang bermaklumat amat sukar dipatahkan. Sebaliknya sebarang jawapan dari pemimpin UMNO dibalas dengan ratusan soalan yang tiba bagai air hujan. Inilah yang membuat rakyat makin nampak bahawa Mahathir, UMNO/Bn sudah kalau sebelum berperang!!

Isu Ekonomi - Suatu "Methos"
UMNO diperingkat kami makin sukar menggunakan alasan bahawa ekonomi negara kununnya telah mulai mencerah. Rakyat lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku dibidang ini. Anak-anak mereka adalah terdiri dari mereka yang berpendidikan dan terpelajar. Malah kami pemimpin UMNO kerap
tidak lengkap dan sukar mendapat bahan rujukan untuk berbahas dengan mereka. Tidak bermakna apa yang pemimpin UMNO cakap adalah berdasarkan ilmu. Malahan banyak diantara pemimpin UMNO lebih banyak berbahas menggunakan emosi yang tidak terkawal.

Dr. Mahathir menganggap bahawa rakyat  di kampung-kampung hari ini masih bodoh dan bersifat "Feudal'.  Tanggapan itu salah. Kami yang dari kampung-kampung sudah mengalami kepahitan berdebat dengan rakayat di kampung-kampung. Mereka sebaliknya mengejek kami dengan pelbagai andaian dan hujah yang lebih matang dari pemimpin UMNO sendiri.

Lebih elok kalau Dr. Mahathir membatalkan saja "Road-Show"  yang dirancang itu. Rakyat pasti akan mengatakan bahawa "Dr. Mahathir mau jual ubat kaki-lima". Bagaimana kami mahu berhujah?

Ceramah atau Ugutan?
Setiap kali kami menghadiri ceramah-ceramah yang dipaksakan kami hadir, setiap kali itu pula kami merasa penceramah-penceramah UMNO itu tidak mempunyai modal tambahan yang konkrit untuk menangkis hujah yang melambak-lambak dari penyokong DS Anwar.  Ini menjadikan kami sangat
bosan. Maka pulanglah kami dengan hati yang kian kecewa dan membara!! Akan singgah beberapa orang diantara mereka di warong-warong kopi dan berbincang. Keputusan yang jelas hanya satu: Dr. mahathir sebenarnya mempunyai masalah besar, iaitu:

1) DR. Mahathir mahu terus-menerus berkuasa sampai bila-bila. Beliau mempunyai obligasi untuk menyelamatkan harta suku-sakat/anak-anaknya dan kroni-kroninya yang menjadi proksi beliau dan kuncu-kuncunya seperti Daim Zainuddin. Untuk meneruskan agenda itu, jelaslah bahawa Dr.
Mahathir perlu berada di tampuk kuasa, menggunakan apa jua cara supaya beliau akan terus berkuasa.

2) Dr. Mahathir telah merancang dengan baik untuk menjadi DIKTATOR sepanjang hayat melalui kekuasaan UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang terulung. Sebab itulah maka beliau membina sebuah MAHLIGAI berharga beratus-ratus juta, menempah sebuah Jet Eksekutif terbaru ala "Air Force One" milik Kerajaan Amerika untuk Presiden mereka. Dengan itu akan memboleh Dr. Mahathir terbang kesana kemari keliling dunia dan hidup bersenang lenang tanpa ganggu-gugat sesiapa. Walhal, rakyat hidup dalam kesulitan berpanjangan dibebankan hutang!!

3) Dr. Mahathir berhasrat dan berimpian supaya rakyat dinegara ini dan dunia  menganggap dan menghormati beliau sebagai  seorang yang memiliki kemewahan dan kemakmuran hidup setanding dengan:
 

a) KEKAYAAN: Sultan Brunei/Raja Arab Emirates,  
b) KEKUASAAN: seorang Diktator,  
c) KEHEBATAN: Presiden Amerika,  
d) KEBIJAKSAAN: umpama Aristotle,  
e) KEUGAMAAN: umpama seorang Ulamak/Mufti Besar. 
4) Dr. Mahathir berangan-angan untuk menjalani sisa-sisa hidupnya dalam nikmat dan penuh penghormatan. Mungkin pada waktu itu ia telah bersara dari politik, tetapi dalam hatinya dia masih lagi mempunyai BONEKA yang akan menurut sebarang apa jua arahannyanya. Dia mahu dijadikan pakar rujuk dalam sebarang hal. Dia telah melihat bagainama Deng Xioa Ping mampu bertahan dan dihormati hingga kedetik akhir hayatnya. Jika Deng Xioa Ping boleh menyuasai lebih satu billion rakyat, Mahathir berfikir mengapa dia tidak boleh menguasai 20 juta rakyat yang 'DOCILE' yang
telah di 'feudal'kan nya!!

5) Percubaan juga telah berkali-kali dilaksakannya bagaimana dia mampu menggunakan kuasa semua jentera kerajaan seperti Jabatan-jabatan Polis, Peguam Negara, Kehakiman, dll yang tertakluk dibawa kekuasaannya untuk mempertahankan maruah dan kepentingannya. Andainya ada sesiapa diantara para menteri dan rakyat yang membantah, maka contoh denda yang dikendakan adalah seperti yang dialamai oleh DS Anwar dan pengalaman mereka yang terlibat dalam peristiwa-peritiwa di Jalan TAR, Dataran Merdeka dan Kg. Baru."

6) Terlalu banyak institusi rakyat yang telah dirosakkan oleh Dr. Mahathir. Ini meliputi sistem Kehakiman dan Perundangan, Ekonomi dan Pentadbiran, Politik,dll. hingga lah Perlembagaan negara. Kesemuanya sudah diletakkan dibawah kuasa dan amalannya beliau sehari-hari. Ini
menjadikan Dr. Mahathir telalu bongkak dan merasa dirinya sangat berkuasa di negara ini.  Wajarkah rakyat memberi amanah lagi kepada seorang dan parti yang merasa bongkak?

Nah! Itulah enam (6) kesimpulan yang dapat ditimba oleh rakyat setiapkali mereka berbincang. Sebaliknya, pemimpin UMNO yang berkepentingan dan telah termakan rasuah dan 'pengampunan' dari Mahathir;  tidak pula menunaikan tanggungjawap yang diamanahkan kepada
mereka. Pemimpin atasan yang naik keatas atas keizinan rakyat dan pemimpin bawahan kini memaksa, mengugut dan menghasut  pemimpin bawahan dan rakyat supaya mengikut telunjuk mereka pula. Tidak kah wajar mereka "diajar" barang sekali bahawa "mereka naik kerana orang bawah yang menaikkan mereka".  Kali ini mereka PASTI  "bertemu buku dengan ruas"!!

Suatu ALTERNATIF
Rakyat sudah melihat yang cerah sekarang. Mereka sudah ada ALTERNATIF yang lebih telus sekarang. Jalan luas sudah terbuka lebar bahawa UMNO/BN bukanlah parti tunggal yang mampu membawa mereka kearah yang lebih makmur dalam abad ke-21 ini. Rakyat sudah berjaya menyemai bibit-bibit keyakinan bahawa BN wajar diganti dengan sebuah parti yang baru. Dunia
sudah memperakukan kezaliman dan keserakahan Dr. Mahathir dan pemerintahannya. Keptusan muktamad sanbat-sangat diperlukan kini.

Malang Seribu Kali Malang, Mahathir!
Sayang seribu kali sayang. Habis manis sepah dibuang. Dr. Mahathir sudah 3 kali membuang 'sepah' setelah habis manisanya dihirup.  Seperti lagak seorang tandil meludahkan serpah sirih apabila zatnya sudah kehabisan. Setelah Tan Sri Musa Hitam dinyahkan, maka beralih pula kepada Tun
Ghaffar Baba. Kali terakhir ini ialah DS Anwar. Karier politiknya dibunuh oleh Dr. Mahathir dengan cara yang paling zalim dalam sejarah Melayu moden.  Adakah ini sesuatu yang benar? Adakah karier politik DS Anwar sudah terbunuh, habis kikis? ~C.I.A REFORMASI

Perhatikan ini, wahai Mahathir!!:

1) Sejak lima (5) bulan berlalu,  pemecatan DS Anwar dan kezaliman yang kamu lakukan keatas penyokong KEADILAN rakyat - sebaliknya telah menyebabkan mereka lebih bersatu-padu, teguh membantah segala perbuatan kamu. Pertama kali dalam sejarah negara ini semua parti pembangkang telah merapatkan barisan, mengenepikan perbalahan remeh dan kian jelas menghayati perpaduan sebagai asas kemakmuran dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk yang berdaulat. Mereka telah mendapat sokongan rakyat!! Dr. Mahathir, UMNO/BN adalah musuh tunggal!!

2) Semua NGO telah berdiri tenguh menyuarakan bantahan mewakili rakyat, bersekutu membantah segala perbuatan zalim dan curang kamu dan kuncu-kuncu kamu. Cendikiawan dan tenaga profesional telah meneliti segala apa yang telah, sedang dan akan kamu lakukan. Pelbagai pendedahan telah ketara di mata rakyat kini. Sebenarnya kamu sudah dibicarakan oleh rakyat dan keputusan pengadilan keatas mu hanya membilang hari, cuma.

3) Rakyat tidak mengizinkan negara ini dizalimi oleh seorang DIKTATOR. Walaup[un kuncu-kluncu upahan kamu berdiskusi di media massa mengangkat kamu setinggi langit; namun hati rakyat sudah bosan dengan puji-pujian yang dihamburkan terhadap mu. Rakyat sudah cukup-cukup faham siapa dia Mahathir, Pemimpin politik penyokongnya, agenda mereka, dan strategi mereka untuk mengekalkan kuasa seterusnya.

4) Hari-hari yang berlalu dan yang mendatang, amat jelas masa mu kian pendek untuk kembali kepangkal jalan. Kebosanan rakyat sudah timbul dan membara. Hari ini wajar dijadikan pelajaran bagi mu untuk menentukan bahawa kamu TIDAK LAGI DIKEHENDAKI rakyat dan dunia. Serta orang UMNO sendiri melalungkan:

CUKUP MAHATHIR!!……. CUKUPLAH!! UNDUR MAHATHIR!! …….UNDUR LAH!!

Undurlah kau sebelum kau dipaksa berundur! Kau sudah ibarat "Orang tua kehilangan tongkat". Pasti kamu ingat…."Sehebat TITANIC pun boleh tenggelam"!! ~C.I.A REFORMASI

Oleh:
Ajis Mohd. Takhir Ali.
UMNO (Wakil Utara Johor)

5 Februari, 1999.