Make your own free website on Tripod.com
 
 DANAMODAL DAN DANAHARTA
 

APA YANG ANDA PERLU KETAHUI DAN FAHAMI MENGENAI DANAMODAL DAN DANAHARTA

OBJEKTIF

Objektif penubohan DANAMODAL dan DANAHARTA adalah untuk memenuhi
hasrat Kerajaan untuk memulihkan semula kegawatan ekonomi negara.Untuk
memenohi hasrat ini Kerajaan Malaysia memerlui wang sebanyak RM62
BILLION.Sehingga kini kerajaan telah memperolehi pinjaman sebanyak RM9
Billion.

1. CARA CARA UNTUK MEMPEROLEHI RM62 BILLIONS MELALUI   DANAMODAL
 

Cara yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia Untuk memperolehi
wang yang diperlui ini adalah melalui pinjaman dari dalam dan luar
negeri.Hingga kini pihak Kerajaan Malaysia telah berjaya meminjam
sebanyak RM9.5 Billion daripada beberapa sumber saperti berikut:

i. US 1.2 Billion telah dipinjam daripada bank bank asing yang sedang
beroperasi diMalaysia.
ii. RM 300 Million daripada Bank Dunia.
iii. Rm 5 Billion daripada Kerajaan Jepun.

Cagaran untuk pinjaman diatas adalah secara pengeluaran BON BON
Kerajaan sebagai sekuriti.

2. MELALUI DANAHARTA

DANAHARTA pulak akan membeli harta harta daripada syarikat syarikat
yang sedang didalam kesusahan dengan harga yang akan ditetapkan oleh
DANAHARTA .Mereka akan menyimpan harta harta ini untuk dijual semasa
harganya naik kelak atau akan menjualnya jika harganya berlebihan
daripada harga yang dibeli untuk memperolehi wang.
 
 
 
 

3 .CARA CARA UNTUK MEMBELANJAKAN WANG
    DANAMODAL DAN DANAHARTA UNTUK MEMULIHKAN
    KEGAWATAN EKONOMI NEGARA.
 

Danamodal dan Danaharta sekarang berhak untuk membuat apa sahaja
sesukahati mereka untuk membelanjakan wang wang yang telah dipinjam
ini.Bagi Bank Bank dan institusi kewangan yang telah tidak mampu
berfungsi sebagai sabuah Bank dimana jumlah kerugian telah melebihi
modal masing masing DANAMODAL akan mencarumkan modal modal baru untuk
bank bank berikut berfungsi semula.Misalnya Mbf Finance Berhad.
Danamodal dan Danaharta boleh menyalahgunakan wang wang ini untuk
menolong individu dan syarikat syarikat kepunyaan kroni kroni , adik
beradik dan anak anak orang kenamaan diMalaysia yang
terpengaroh.Banyak penyalahgunaan boleh berlaku terhadap wang wang
Danamodal dan Danaharta.
 

4. PERSOALAN YANG PERLU DIPERSOALKAN OLEH RAKYAT
     RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN MENGENAI DANAMODAL
     DAN  DANAHARTA.

Apabila pihak Kerajaan mulai meminjam wang dari mana mana pihak
masaalah ini telah menjadi masaalah rakyat rakyat Malaysian
sekalian.Ianya telah menjadi masaalah kita, anak anak dan cucu cicit
kita sekalian.Apabila masaalah Dato' Loy daripada Mbf Finance Berhad
telah bertukar tangan menjadi masaalah kita,dan apabila Kerajaan
Malaysia mula meminjami wang daripada mana mana pihak , kita adalah
diwajibkan untuk mengetahui segala gerak geri DANAMODAL dan
DANAHARTA.Disini kita dapat lihat dimana kecuaian penakbiran Barisan
Nasional telah membebankan rakyat rakyat jelata anak anak dan cucu
kita yang akan bertanggongjawab untuk membayar kembali utang utang
berikut dan utang berikut tidak digunakan untuk kepentingan rakyat
rakyat sekalian.

Jika Kerajaan Malaysia mempunyai niat yang ikhlas menubohkan DANAMODAL
dan DANAHARTA semata mata untuk memulihkan kegawatan ekonomi negara
dan bukan hanya untuk menolong kroni kroni dan anak anak ahli ahli
politik sahaja,Kerajaan Malaysia perlulah membentangkan penyata
penyata berikut untuk makluman rakyat rakyat Malaysia sekalian untuk
pengetahuan umum.

i. Rakyat Malaysia perlu mengtahui bagaimana DANAMODAL akan
menguruskan wang sajumlah RM62 Billion yang akan dipinjam dan yang
telah diperolehi.Apakah cagaran yang akan diberi oleh Kerajaan
terhadap pinjaman pinjaman ini.Segala syarat syarat terhadap pinjaman
berikut perlulah diumumkan.
ii. Siapa dan syarikat manakah yang mereka akan mencarumkan dan agih
agihkan wang wang berikut.
iii. Atas dasar apakah wang wang ini dicarum dan diagih agihkan kepada
syarikat syarikat berkenaan.
iv. Apakah syarat syarat yang diberi kepada individu individu dan
syarikat syarikat yang disalorkan bantuan bantuan ini dan bagaimanakah
cara mereka akan membayar balik kepada pihak Kerajaan dan apakah
tindakan jika mereka mereka ini tidak membayarbalik.
v. Apakah kriteria dan bagaimanakah DANAHARTA akan menetapkan harga
harga harta yang akan bibeli dan dijual.
vi. Siapakah yang bertanggongjawap dan dipertanggong jawabkan terhadap
semua wang wang ini.

Jika pemimpin pemimpin, pentadbir negara ,ahli ahli politik dan
Barisan Nasional adalah ikhlas  dengan niat mereka untuk memulihkan
kegawatan ekonimi negara dan bukan hanya untuk menolong kroni kroni
,anak anak dan perut mereka sendiri maka segala urusan DANAMODAL dan
DANAHARTA perlulah dibentangkan kepada rakyat jelata sekalian oleh
kerana hutang hutang ini adalah tanggongjawab semua rakyat, anak anak
dan cucu cicik kami sekalian kelak.Janganlah lagi membebankan
rakyat.Jaki juga mengerti segala tipu helah ini.

Laporan laporan ini perlulah dibentangkan diParlimen untuk pengetahuan
umum.Buat masa ini laporan ini hanyalah untuk tatapan Tun Daim
Zainuddin sahaja.Rakyat jelata sekarang tidak lagi mempercayai
keikhlasan Tun Daim Zainuddin. ~C.I.A REFORMASI
 
SUMBER: Seorang hamba Allah yang menggelarkan diri beliau "WAKIL RAKYAT "