Make your own free website on Tripod.com
FORUM UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN DI FEDERAL HOTEL 27/1/99
 
Satu forum hangat bertajuk "Law and Justice" telah berlangsung di Federal Hotel, Kuala Lumpur di hadiri oleh hampir seribu penyokong keadilan dan demokrasi Malaysia. Ramai peserta yang terpaksa berdiri bila semua kerusi penuh sehingga melimpah keluar dewan hotel tersebut. Forum anjuran DAP itu dimulakan dengan ucapan oleh Lim Kit Siang yang mempersoalkan tindakan Mangosteen Paul menafikan ikat jamin terhadap Anwar Ibrahim. Rupa-rupanya, Hakim Paul telah menggunakan buku undang-undang lapuk berusia 50 tahun untuk menolak permohonan ikat jamin
Anwar Ibrahim sedangkan buku terbaru sudah diterbitkan pada tahun 1997. Inilah
gelagat hakim di mahkamah kangaroo Mahathir.

Sebelum Lim Kit Siang menutup ucapannya, satu insiden yang mengharukan berlaku bilamana anak gadis budak sekolah yang telah dirogol oleh Rahim Tamby Chik dan ditahan selama 3 tahun telah muncul untuk menyampaikan petisyen rayuan membebaskan Lim Guan Eng kepada YDP Agong dan Yang Di Pertuan  Negeri Melaka. Anak gadis itu datang bersama neneknya yang telah meminta bantuan Lim Guan Eng sehingga menyebabkan ahli parlimen itu dipenjarakan selama 18 bulan kerana ingin menolong seorang gadis Melayu Islam yang telah diperkosa Rahim Tamby Chik, bekas
Ketua Menteri Melaka anak emas Mahathir.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil dari Hak Asasi Malaysia (HAKAM) yang mempersoalkan tindakan zalim Mahathir memenjarakan musuh politiknya dibawah ISA. Beliau juga mengingatkan hadirin bahawa perintah darurat 1969 masih belum dibatalkan oleh kerajaan sehingga sekarang.  Secara teknikalnya, Malaysia masih diperintah di dalam darurat. Buktinya, Anwar Ibrahim sekarang dibicarakan di bawah Ordinan Darurat. Sungguh menggemparkan!

Param Cumaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam membicarakan tentang konsep pertanggungjawaban dengan mengaitkan insiden Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam tahanan. Sepatutnya, sebagai Ketua Polis yang bermoral dan bertanggungjawab, Rahim Noor sepatutnya mengumumkan insiden "black eye" Anwar dengan serta merta tanpa perlu menunggu sehingga dia dibawa ke mahkamah. Rahim Noor yang bersifat lanun itu sepatutnya telah meletakkan jawatannya pada malam 20hb September 1998 tanpa perlu menunggu hasil siastan polis jika dia seorang yang betul-betul jujur dan bertanggungjawab. Apa yang berlaku ialah Rahim Noor terus terang erbohong
bila mengatakan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan sihat dan selamat dalam satu sidang akhbar 4 hari selepas Anwar dipukul. Mahathir sebagai Meneteri dalam negeri mesti juga bertanggungjawab ke atas kes tersebut. Memang dah dasar lanun...

Panel seterusnya ialah Prof. Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden ADIL yang menjelaskan kepada hadirin tentang keganasan kaum di Indonesia yang ditaja oleh Suharto untuk dijadikan alasan menghancurkan gerakan reformasi pelajar-pelajar dan golongan pertengahan. Jika kita kaji apa yang berlaku di sini, Mahathir nampaknya cuba menggunakan taktik yang sama dengan menyuruh polis dan SB merusuh supaya tindakan keganasan dan kezaliman keatas penyokong reformasi dapat
dijustifikasikan.

Karpal Singh menyusul selepas itu dengan mempersoalkan tindakan Mahathir membelakangkan perlembagaan dengan memecat Anwar Ibrahim tanpa merujuk kepada Agong. Kata Karpal lagi, oleh kerana nama Mahathir tidak ternaktub dalam perlembagaan negara sebagai Agong Malaysia, tindakan memecat Anwar adalah tidak sah. Karpal juga merujuk kepada laporan Doktor Zahari yang bertarikh 9hb September 1998 yang membuktikan Sukma tidak pernah diliwat. Persoalannya ialah kenapa laporan perubatan tersebut tidak digunakan oleh makhkamah kanggaroo Mahathir sebelum menjatuhkan hukuman keatas Sukma.

Majlis diserikan dengan soalan-soalan dan pendapat dari hadirin pada malam itu yang turut menggamatkan suasana forum. Kesimpulan yang dapat dibuat dari forum itu ialah tentang ketidakdilan yang menjadi-jadi dibawah rejim Mahathir Diktator yang dengan rakusnya menggunakan undang-undang untuk menjahanamkan musuh-musuhpolitiknya. Hanya satu jalan keluar yang paling berkesan - TUMBANGKAN MAHATHIR ..DIKTATOR DAN BN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG! ALLAHUAKBAR! ~C.I.A REFORMASI