KENYATAAN MEDIA:
  UMNO, BN DAN MEDIA MASSA MENGHENTAM NOVEL ‘SHIT’ UNTUK MENUTUP   KEBURUKAN   DAN KEBUSUKAN MEREKA SENDIRI
 
  Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru kepada pemimpin Umno dan Barisan   Nasional (BN) supaya menghentikan perbuatan menuding jari kepada orang lain   dengan meletakkan kesalahan dan keburukan hanya kepada orang lain dalam isu novel ‘SHIT’. Pemimpin Umno dan BN ghairah menuding jari kepada   orang lain adalah semata- mata untuk menutup keburukan dan   kebusukan diri   mereka sendiri. 

  Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan sejauh mana pihak BN melihat novel ‘SHIT’ ini dari sudut unsur-unsur lucah,sedangkan Kementerian   Dalam   Negeri (KDN) sendiri mengizinkan  puluhan majalah hiburan  berunsur lucah   walaupun bertentangan dengan  syarat yang ditetapkan oleh KDN   sendiri.   Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar memorandum kepada KDN   bertarikh 
17hb Mac 1997 iaitu ‘Memorandum membantah kelulusan yang diberi   kepada   penerbitan-penerbitan majalah hiburan berunsur lucah, separuh   lucah di   pasaran’. Tujuan memorandum ini dihantar adalah sebagai   peringatan kepada KDN yang mengabaikan tanggungjawab dengan membiarkan   puluhan   majalah hiburan berunsur lucah berada di pasaran yang   bertentangan   dengan dasar KDN sendiri iaitu ‘Garispanduan mengenai   gambar-gambar dan 
iklan-iklan yang dilarang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan 
majalah-majalah’. 

  Oleh sebab itu Dewan Pemuda PAS Pusat melihat langkah- langkah   yang dibuat oleh pemimpin Umno/BN dan media dengan menimbulkan isu novel   ‘SHIT’ yang kontroversi adalah bagi mengabui dan mengalihkan perhatian   rakyat dari isi kandungan sebenar novel tersebut. Novel yang menjadi kontroversi kepada puak-puak BN adalah kerana novel ini sarat dengan sindiran tajam yang mungkin menyentuh perbuatan buruk dan keji pemimpin 
  Umno/BN serta alat-alat kepada Umno/BN seperti pihak media massa menyebabkan mereka seolah-olah cacing kepanasan kerana terkena  sindiran tajam. 

  Umno/BN adalah tidak rasional apabila cuba mengheret mana- mana parti politik pembagkang khususnya PAS dalam isu novel ini.  Jika begitu caranya apakah Umno/BN boleh menafikan penglibatan Kassim Ahmad   yang menyebarkan ajaran sesat lagi menyesatkan iaitu penyebaran fahaman anti hadis.  Walaupun buku Kassim Ahmad pernah diharamkan tetapi pemikiran beliau tidak pernah diharamkan bahkan diberi ruang menulis di akhbar-akhbar utama dengan secara tidak langsung menyuntikkan fahaman sesat beliau kepada pembaca akhbar-akhbar berkenaan. 

  Dewan Pemuda PAS Pusat melihat bahawa kontoversi novel ‘SHIT’ ini hanyalah kerana novel ini berani membincangkan isu-isu politik   yang   sedang hangat diperkatakan sehingga novel ini dituduh kononnya   memburukkan berbagai-bagai pihak begitu juga dengan isu lucah   dan sebagainya. Sedangkan sebelum ini Dr. Mahathir mereka-reka pertuduhan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penulisan dan laporan   dalam media cetak dan elektronik dengan unsur-unsur lucah   contohnya   liwat dan dihurai dengan terperinci sekali definisi liwat   tersebut.   Begitu juga perkataan air mani, bulu, tilam bertompok-tompok dan
bermacam-macam lagi disebarkan meluas oleh media massa sehingga   menjadi tanda tanya kepada anak-anak kecil maksud perkataan-perkataan lucah yang dipelopori oleh Dr. Mahathir. 

  Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa pemimpin Umno dan BN 
menghentikan amalan menuding jari kepada orang lain untuk menutup keburukan mereka dan kebusukan mereka sendiri. Manifestasi kebencian rakyat kepada Umno dan BN melahirkan pelbagai cara penentangan terbuka rakyat kepada mereka adalah akibat kemungkaran, keburukan dan kebusukan Umno dan BN sendiri. Justeru itu Umno dan BN sudah tidak relevan di hati rakyat dan 
rakyat mestilah bersedia dengan pemikiran yang tajam menghadapi 
berbagai-bagai   propaganda BN yang berniat jahat untuk menghalang rakyat dari   menolak BN   dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. 

  Dewan Pemuda PAS Pusat memberi amaran kepada pihak media cetak   dan media   elektronik  supaya mereka menghentikan amalan propaganda jahat   terhadap  PAS dan juga gerakan perjuangan rakyat menuntut keadilan kerana   adalah   buruk padahnya apabila media massa sendiri berperang dengan   rakyat  Perbuatan propaganda jahat media perlu dihentikan kerana Dewan   Pemuda 
PAS Pusat tidak akan teragak-agak menggerakkan seluruh rakyat 
untuk   memboikot semua media massa yang terlibat dalam konspirasi jahat   dalam   negara kita. 
 

  “BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN”  
  “BANGKIT TOLAK BN”  
 

  HAJI MAHFUZ HAJI OMAR 
  Naib Ketua 
  Dewan Pemuda PAS Pusat 
  (27 April 1999 / 11 Muharam 1420)