Mahathir Pelopor Bahasa Lucah
Di Malaysia?
 

  Sejak bilakah orang awam di Malaysia diajar bahasa lucah? 
 Seorang penulis dalam sebuah artikel dilaman-laman REFORMASI 
mengatakan bahawa majalah “Mangga” keluaran Utusan Melayu S/B   adalah sebuah majalah lucah.  Baik dari bahasa mahupun 
gambar-gambar yang dihiasi dalam majalah tersebut. 

https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/gtg2.html 
http://members.xoom.com/r4mac/27April 

  Saya turut bersetuju dengan beliau malah sebelum itu, saya teringat di zaman persekolahan dulu, beberapa rakan saya yang suka membaca majalah keluaran Utusan Melayu juga (kalau tak silap UFF – Utusan Fesyen dan Filem) banyak mempunyai   cerita-cerita pendek di dalamnya sekitar perhubungan lelaki   dengan perempuan.  Termasuk juga kadang-kadang babak ranjang pun   diceritakan. 

  Kemudian, di dalam Mingguan Malaysia turut dimuatkan rencana dan cerita-cerita pendek sekitar topik yang sama (saya tak ingat 
sangat tajuk rencana – sebab saya sudah bertahun-tahun tidak baca Mingguan dan Utusan Malaysia – antaranya kerana terlalu banyak gosip dan fitnah tentang artis).  Ada dua-tiga rencana tiap -tiap minggu di bahagian tengah akhbar tersebut yang menceritakan sekitar topik-topik yang lucah. 

  Bukankah semua itu berbentuk lucah?  Dan bukankah ianya disebar   dengan meluas oleh media kerajaan? 

  Lagi pun, sehari selepas pemecatan DSAI, seluruh media kerajaan, 
  RTM, TV3, Utusan, Berita, NSTP, dll – semuanya memuatkan 
  laporan-laporan “explicit” yang “detail” sehinggakan perkataan 
  seperti dxxxx, zxxxx, axx mxxx dan beberapa lagi yang saya 
  sendiri segan hendak sebut disiarkan di awal berita utama atau 
  muka depan akhbar. 

  Bukankah semasa perbicaraan DSAI katil diusung berkali-kali? 
  Bukankah perkataan-perkataan kotor dan lucah tadi diulang lagi 
  berkali-kali?  Anak-anak remaja saya membaca dan mendengar 
  berita dan cerita itu pun menjadi malu. 

  Kalau dulu, kanak-kanak kecil tidak pernah dengar perkataan -perkataan lucah seperti itu sudah pun dedahkan oleh  media kerajaan secara terang-terangan. 

  Mengapa pula ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh sasterawan yang 
“ampu-sini wa ampu sana” sebelum ini diam membisu apabila 
didedahkan dengan bahasa-bahasa lucah oleh tokoh konspirasi 
termasuk Mahathir sendiri dan disogokkan melalui pelbagai bentuk 
media untuk tempoh yang berhari-hari – sampai hendak muntah 
didengar? 

  Sebagai penutup, saya ingin bawa ingatan saudara kepada 
perkataan yang Mahathir sendiri ucapkan di khalayak ramai dan 
disiarkan berkali-kali dalam TV ketika cuba menghina DSAI. 
Ingatkah apa perkataan itu?  Mahathir sebut “masturbation” iaitu melancap.  Maafkan saya. Saya yang hendak taip ini pun berat rasa nak sebut. 
 

Sumber:  Ibrahim Baba . Terima Kasih.