Dalam Bahasa Melayu                 English


 
 
  KENYATAAN BERSAMA PARTI-PARTI PEMBANGKANG 
  JANGAN CUBA PECAH BELAH TENAGA PEMBANGKANG 

  Pemimpin-pemimpin parti pembangkang, iaitu Parti Tindakan 
Demokratik (DAP),   Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Parti Islam SeMalaysia (PAS)   dan Parti   Rakyat Malaysia (PRM) telah mengadakan pertemuan pada 27hb April   1999.

  Tujuan pertemuan itu ialah untuk mempertingkatkan kerjasama di 
antara  parti-parti pembangkang bagi menegakkan keadilan dalam sebuah Malaysia Adil. 

  Dalam hubungan ini, kami telah berbincang tentang taktik-taktik 
kotor yang   digunakan oleh pemerintah Barisan Nasional untuk memecah-belah   serta   melemahkan tenaga pembangkang. Mereka memperalatkan media, yang   secara   tidak beretika sering memutar-belit berita-berita mengenai   parti-parti   pembangkang dengan tujuan memberi gambaran seolah-olah mereka   berpecah atau   sentiasa bercakaran di antara satu sama lain. Akhir-akhir ini 
pihak media   membesarkan apa yang dianggap sebagai"perpecahan" dalam parti  pembangkang tertentu dan percubaan kononnya satu parti cuba menarik anggota  daripada   parti yang lain. 

  Kami menyeru kepada rakyat supaya berwaspada terhadap 
taktik-taktik kotor   ini. Sehubungan ini  kami menegaskan tiga prinsip di bawah: 

  a)      Mengutamakan kerjasama dan ini mengatasi segala pertimbangan   lain; 

  b)      Menghormati hak seseorang menyertai mana-mana pertubuhan,  sesuai dengan semangat Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Malaysia; dan 

  c)      Tidak akan melayan permohonan untuk masuk parti daripada 
  mana-mana pihak  yang terlibat dengan sebarang kontroversi yang menjejaskan  kerjasama di antara parti-parti pembangkang. 
 

  Ditandatangani Oleh: 
  Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden, KeADILan) 
  YB Dato Fadzil Mohd Noor (Presiden, PAS) 
  YB Lim Kit Siang (Setiausaha Agung, DAP) 
  Dr Syed Husin Ali (Presiden, PRM) 
  
    28April 1999 
 
 



 
  Joint Statement of Opposition Parties 
  Do Not Try To Split Opposition Forces 

       Leaders of the opposition parties, namely, Democratic 
Action Party   (DAP), National Justice Party (keADILan), All-
Malaysia Islamic  Party (PAS) and Malaysian Peoples' Party (PRM) held a meeting on 27th April 1999. The objective of the meeting is to strengthen co-operation between these parties in order to establish justice in a Just Malaysia. 

  In this meeting we discussed dirty tactics used by the National 
Front government to split and weaken the opposition forces. The 
government manipulates the media, which unethically twist news about the opposition parties with the intention of giving the impression as if they are disunited or always bickering with one another. Lately the media have been playing up on what is perceived as a serious 'split' within a particular party and an attempt by one party to woo members from another party. 

  We call upon the people to be vigilant of these dirty tactics. 
In view of this we would like to emphasise the following three principles: 

  a) To give  priority to co-operation and this should override   all other   matters; 

  b) To respect the individual  right of free association, consistent with   the spirit of Fundamental Human Rights and the  Constitution of   Malaysia; 

  c) Not to entertain membership application from anyone involved 
in controversies, which may jeopardise co-operation between the 
opposition   parties. 
 
 

  Signed by: 

  Dr Wan Azizah Wan Ismail (President, KeADILan) 
  YB Dato Fadzil Mohd Noor (President, PAS) 
  YB Lim Kit Siang (Secretary General, DAP) 
  Dr Syed Husin Ali (President, PRM) 
  28th April 1999