Make your own free website on Tripod.com
     SEBANYAK MANAKAH WANG RM1O BILION?

     Kuala Lumpur, Rabu 27 Jan. Laporan kewangan KWSP bagi tahun      1997 menunjukkan tabung wang rakyat itu kerugian RM10 bilion akibat jatuhnya nilai-nilai saham yang dibelinya.

     Jikalau sebuah mahligai Dr. Mahathir berharga RM200 juta, wang RM10 bilion boleh
     membina 50 buah mahligai seperti itu!

     Jika sebuah rumah murah berharga RM25 ribu, wang RM10 bilion boleh membina
     40,000 buah rumah murah.

     Pada bulan Julai 1997, apabila harga-harga saham mulai jatuh merudum, KWSP
     diarahkan membeli saham-saham di BSKL bagi menyekat kejatuhan yang lebih rendah.

     Pada bulan September 1998, apabila Dr. Mahathir memperkenalkan langkah-langkah
     kawalan modal yang menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak berminat membeli
     saham-saham di BSKL, KWSP diarahkan supaya membeli lebih banyak saham
     supaya kelihatan seolah-olah langkah kawalan modal itu berjaya menaikkan
     saham-saham di BSKL.

     Kesatuan-kesatuan sekerja, PAS dan DAP membantah tindakan kerajaan
     menggunakan wang rakyat untuk tujuan seperti itu tetapi bantahan mereka tidak
     dihiraukan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir yang juga Menteri Kewangan Pertama
     waktu itu. ~C.I.A REFORMASI
 
    source: Md.Desa,Langkawi