Make your own free website on Tripod.com
     MAHATHIR DAN UMNO/BN: API DALAM SEKAM!!
     (rumusan sentimen peserta E-Groupmail UMNO/BN)
 

     Dalam sebuah E-Groupmail ditemui beberapa pemimpin UMN0/BN secara rahsia
     berbincang sesama sendiri mengenai perkembangan kegawatan politik semasa.
     Nampaknya kumpulan itu sudah bertambah dari semasa kesemasa. Walaupun pada
     mulanya hanya merupakan pertukaran pendapat bagi meluahkan perasaan gusar, tetapi
     kebelakangan ini bilangan peserta-peserta Forum E-Groupmail bertambah dan
     berganda-ganda. Nampaknya, menjelang Pilihanraya ini, mereka sudah mulai
     membentuk strategi bagi melaksanakan rancangan menghapuskan Mahathir dan
     kuncu-kuncunya dari arena politik tanahair.

     Suatu Petanda Dari Dalam
     Ini adalah suatu perkembangan yang sangat luar biasa yang tidak disangka-sangka.
     Dikatakan begitu kerana selama ini kita hanya berhadapan dengan Forum Website
     terbuka. Tetapi 'exclusivity' Forum E-Groupmail para pemimpin UMNO/BN yang
     membantah (memberontak?) pentadbiran Mahathir sedemikian wajar diberi tumpuan
     kerana ia memberi petunjuk yang paling hebat. Sentimen itu pasti akan memusnahkan
     kekuatan dan pengaruh Mahathir, UMNO/BN sendiri. Suatu petanda baik dalam
     proses merombak dan merobah Kuasa dan Pemerentahan negara.

     Perkembangan ini adalah sehaluan dengan mesej yang dikemukakan oleh rakyat. Jelas
     bahawa ramai bilangan pemimpin UMNO/BN diperingkat "Pertengahan" (peringkat
     Bahagian) sendiri telah sehaluan dan seirama dengan sentimen penyokong Reformasi,
     ADIL dan GERAK dan puluhan NGO yang membantah karenah dan
     keDIKTATORan Mahathir!! Mereka sedar dan insaf dengan keburukan sifat dan
     amalan Korap, Konspirasi dan kezaliman yang dilakukan oleh polis dan kedunguan
     prosiding mahkamah yang dihakimkan oleh Paul Agostin dengan petuduhan yang
     dibawakan oleh seorang yang terperangkap seperti Peguam Negara Mokhtar Abdullah
     dan budak-budak suruhannya: Ghani Patail & Bros atas bantuan budak-budak khianat
     yang hilang pedoman seperti Musa Hassan dan Said; kesemuanya telah dibincangkan
     dengan panjang lebar sejak beberapa bulan yang lalu.

     Demi hari, nampak jelas bahawa UMNO/BN sendiri telah mengalami peroses "reput
     dari dalam". Usaha pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang sudah semakin bosan
     dengan karenah dan keDIKTATORan Mahathir itu diperhatikan sangat mendalam dan
     menyeluruh. Peserta terimbau dari seluruh pelusuk negara - dari Perlis hingga ke
     Sabah!! Pengaruh dan sentimen pemimpin peringkat Pertengahan begini, jika negatif
     memang sukar dibanteras, jauh sekali dari dimusnahkan. Mereka lebih berpengaruh
     dari seorang Perdana Menteri (walau bagaima berkuasa dan berpengaruh sekali pun)
     atau wakil-wakil rakyat tempatan. Malah ramai diantaranya dalah wakil-wakil rakyat
     UMNO/BN sendiri!!

     Mereka inilah "King-Maker" sebenar!! Mahathir dan pemimpin MKT tidak mampu
     berbuat apa-apa kerana "api dalam sekam" begini hanya nampak marak hanya setelah
     tiba masa "angin bertiup kencang". Pemimpin pertengahan begini adalah sebahagian
     rakyat dan mereka saban hari bergelimang dengan rakyat - dikampung-kampung dan
     merata ceruk desa.

     Reformasi Makin Menguat

     Hari ini, penyokong Reformasi, ADIL dan GERAK dan puluhan NGO yang
     membantah karenah dan keDIKTATORan Mahathir makin kuat dan berpengaruh.
     Ditokok dengan sentimen sokongan pemimpin UMNO/BN yang "anti-Mahathir", kian
     mampanlah kekuatan, pengaruh dan sentimen penyokong REFORMASI, ADIL dan
     GERAK dan puluhan NGO tersebut. Dalam keadaan yang tidak menentu itu,
     kekacauan penghakiman DS Anwar yang makin menampakkan "Pembohongan dan
     Pengkhianatan Mahathir" secara peribadi terhadap DS Anwar sangat menyakitkan hati
     rakyat yang cintakan Keadilan!! Faktor "Keadilan" dan "KeDIKATORan" Mahathir
     dan kedunguan pemimpin atasan yang berselingkuh dengan Mahathir ini lah yang
     menyebabkan tumbuh dan merebaknya sentimen "ANTI-MAHATHIR" dan kebencian
     penyokong/pemimpinan UMNO/BN pertengahan yang kian menular kedalam
     UMNO/BN sendiri!! Bermakna UMNO/BN sudah terlalu rapuh untuk memenangi
     Pilihanraya kali ini. Secara langsung, berkemungkinan besar UMNO/BN tidak akan
     lagi menerajui Kerajaan dipenggal akan datang!!

     Apa akan jadi?
     Ramai yang menduga Mahathir akan memainkan sentimen perkauman untuk mendapat
     sokongan UMN0 dan rakyat!! Jika ini benar, Mahathir sedang menggali kubur politik
     sendiri. UMNO/BN juga akan terkubur bersama Mahathir. Jika Dharurat diistiharkan
     dan Mahathir terus berkuasa melalui MAGERAN, bermakna Mahathir telah memaku
     paku terakhir ke kerandanya sendiri!! Dia akan senasib dengan Marcos dan
     Soeharto!!

     Selama ini penyokong Reformasi, ADIL dan GERAK dan puluhan NGO yang
     membantah karenah dan keDIKTATORan Mahathir setiasa bersatu-padu sesama
     sendiri tanpa mengira kaum dan klas. Integriti mereka tidak pernah terjejas. Mereka
     menunjukkan bahawa bantahan terhadap Mahathir bukan milik dan kegusaran satu
     kaum tertentu, tetapi adalah desakan cita rasa semua kaum. Mahathir telah dibencii
     oleh rakyat umum. KEADILAN adalah hak bersama. Rakyat sudah cukup-cukup
     maklum bahawa "Bukan mahathir seorang saja yang mampu menyatukan rakyat
     berbilang kaum dinegara ini, malah rakyat sendiri memang sudah prihatin dan
     menghargai perpaduan kaum"!!

     Ini adalah suatu sikap yang membuatkan Mahathir lebih awal telah kalah sebelum
     berperang. Jika Mahathir menggunkan sentimen perkauman, mengistiharkan dharurat
     dan memerentah melalui MAGERAN, bermakna Mahathir sedang "berperang dan
     bermusuhan" dengan rakyat sendiri!! Rakyat sudah terlalu cerdik untuk diperbodohkan
     oleh Mahathir yang jelas kian putus asa dan 'sewel' !!

     Beberapa majlis Berbuka Puasa dan Aidulfitri di seluruh negara memberi petanda
     besar; rata-rata rakyat menunjukkan betapa hebatnya perbincangan mengenai
     keDIKTATORan Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam menangani kes DS Anwar.
     Kesimpulan umum menunjukkan sentimen bahawa jika Mahathir dibenarkan masih
     menguasai kerajaan, jika BN masih lagi diberi mandat lima tahun lagi, Malaysia akan
     diheret ke jurang kehancuran politik, sosial dan keruntuhan ekonomi!! Rakyat tidak
     akan dapat lagi bersuara, Demokrasi akan terkubur, masyarakat akan berpecah dan
     fabrik sosial akan musnah. Rakyat berbilang kaum dinegara ini tidak mahu keadaan
     begitu. Oleh itu sebagai pilihan: Mahathir dan kuncu-kuncunya, UMNO/BN wajar
     disingkirkan mulai Pilihanraya akan datang!! Mereka harus diheret ke muka
     penghakiman.

     Petualang: Regu Mahathir-Daim

     Ekonomi? Inilah permasalahan yang sangat-sangat mensangsikan rakyat. Mereka
     terlalu sangsi dengan kejujuran regu Mahathir-Daim!! Terlalu sangsi. Dengan team
     Mahathir-Daim dan Kroninya, rakyat tidak akan dapat ketelusan lagi untuk mengetahui
     apakah dana rakyat akan ditadbir oleh regim Mahathir betul-betul digunakan untuk
     kepentingan rakyat. Apa yang jelas sekarang Kroni dan proksi Mahathir-Daim sudah
     porak-peranda oleh hutang berpuluh billion. Padahal, mereka yang berhutang itu hanya
     seghelintir. Dalam waktu yang sama, 20 juta rakyat memerlukan pembangunan yang
     lebih saksama dan 'equitable'. Sebaliknya mereka dibebankan dengan hutang untuk
     beberapa generasi lagi. Masakan sentimen pelabur luar akan sanggup melabur disebuah
     negara yang dipimpin oleh seorang Diktator yang bermusuh dengan rakyat!!

     Hari ini, rakyat diberi kata-kata "manis-merdu" yang menyedapkan telinga, hati dan
     hempedu. Apabila Mahathir, UMNO/BN berkuasa semula, rakyat sudah dapat
     menduga peristiwa yang berlaku keatas DS Anwar, kejadian di Kg. Baru, Dataran
     Merdeka, Jalan TAR, mahkamah "kanggaroo", FRU dan ISA akan diulang semula.
     Mungkin lebih dahsyat dan lebih ramai lagi rakyat diheret dan dizalimi dari yang pernah
     dilihat dan dialami sebelum ini. Rakyat sudah tidak yakin dengan slogan "MESRA"
     yang dilaungkan oleh sesiapa dari barisan pemimpin UMNO/BN. Kerana mereka yang
     berslogan itu tidak lebih dari pemimpin yang diangkat secara "default" sebagai petanda
     "betapa kuku-besinya" pucuk pimpinan yang kian rakus, kejam, tamak dan mempunyai
     kepentingan diri!!!

     Kesimpulannya:

     1) Rakyat sudah bosan dengan Mahathir yang mengetuai Kerajaan UMNO/BN yang
     tidak lagi bersih seperti sekarang. Sekali gus, UMNO/BN sudah kian tersisih dari
     senarai parti pilihan rakyat!!

     2) Rakyat sudah nampak sejauhmana kewibawaan negara dan rakyat akan mampu
     diperjuangkan oleh Mahathir dan Kerajaan UMNO/BN. Dunia sedang memencilkan
     Malaysia dan para pelabur asing sudah bertukar arah!!

     3) Rakyat mahu perubahan kepada sebuah Kerajaan yang menjanjikan ketelusan
     berasaskan kekuatan keperibadian pemimpin yang lebih dihormati dan bersikap
     "bertanggungjawab", mempunyai kredibiliti yang belum tercemar dan prihatin kepada
     demokrasi dan sungutan rakyat,

     4) Hanya perubahan kepada Kerajaan yang baru saja yang dapat mengembalikan
     kedaulatan negara yang sudah terlalu tercemar. Dengan itu dasar negara akan
     disehaluankan dengan rentak dunia yang menjurus kearah "Globalisasi" dibidang politik,
     sosial, ekonomi, kewangan dan perbankan, pembangunan hidup rakyat, perdagangan
     antarabangsa, perundagan dan kehakiman, Hak asasi manusia, keselamatan dan hak
     bersuara tanpa gangguan dan ugutan (ISA), dll.

     Rakyat makin teguh berdiri dibelakang REFORMASI dan KEADILAN hasil saranan
     DS Anwar serta mereka yang menentang kekejaman dan pembohongan regim
     Mahathir dan kerakusan Daim. Eloklah mereka yang bersekongkol dalam regim
     Mahathir mencari jalan mudah untuk menyelamatkan diri - jika jalan itu masih wujud
     lagi!!