Sultan Brunei : Tidak Memahami Sensitiviti
Rakyat Malaysia
 
        Rakyat Malaysia tersinggung dan merasa amat dukacita di atas           keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Brunei ke Malaysia pada 14 April 1999 (Rabu) iaitu tarikh pencabulan sistem  kehakiman Malaysia. Mungkin Dato' Seri Anwar Ibrahim memahami hubungan dua hala Brunei-Malaysia tetapi rakyat Malaysia yang selama  ini menghormati Tuanku Sultan Brunei merasa kesal kerana seolah-olah   Tuanku Sultan Brunei menolak perasaan dan sensitiviti rakyat Malaysia ketika itu; apatah lagi Tuanku Sultan Brunei berangkat menghadap Dr Mahathir pada saat hukuman yang kejam dijatuhkan ke atas Dato'Seri  Anwar Ibrahim atas arahan Dr Mahathir. Tuanku Sultan Brunei harus lebih arif bahawa Dr Mahathir sakit bukan kerana jantung atau paru-parunya; tetapi kerana tekanan dari rakyat yang sudah bosan dan menolak kepimpinannya yang zalim dan bersifat diktator. Rakyat Malaysia pohon kefahaman sensitiviti ini dari Tuanku Sultan Brunei. ~C.I.A REFORMASI

          Rakyat Malaysia juga terkilan dan kecewa kerana pada hari yang sama, Tuanku Sultan Brunei berangkat ke santapan tengahari bersama Dato' Abdullah Badawi dan kemudiannya berangkat  ke kediaman peribadi Tun Daim Zainuddin untuk majlis jamuan teh. Dato'  Abdullah Badawi dan Tun Daim Zainuddin sedang dikecam oleh seluruh  rakyat Malaysia kerana mereka berdua adalah dalang di dalam konspirasi  politik terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

          Persoalannya, mengapa Tuanku Sultan Brunei memberikan layanan 
istimewa kepada mereka berdua? Apa motifnya? Rakyat Malaysia tuntut penjelasan dari Tuanku Sultan Brunei. ~C.I.A REFORMASI

 

Sumber :Pejuang Islah