PDRM : Iblis Atau Malaikat ???
 
 
          Assalamualaikum wr wbt.... 

          Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah merupakan sebuah pasukan keselamatan negara yang pada suatu masa dahulu begitu harum 
namanya, berhemah tinggi dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat negara 
ini khasnya dan seluruh dunia amnya. Bakti dan sumbangan pasukan ini 
tidak dapat dinafikan malah diiktirafkan dengan penganugerahan “Diraja” 
dengan terbuktinya khidmat cemerlang penuh kepahlawanan di dalam 
menentang ancaman pengganas kominis ketika dharurat hinggalah ketika 
masa aman. 

          Segala sumbangan dan pengorbanan itu bukanlah sia sia dan 
sememangnya tidak dilupai oleh setiap rakyat di negara ini dan kebanyakkannya pula amat merasa bangga sekliranya ada di antara ahli 
ahli keluarga mereka yang menganggotai pasukan polis. Di sekolah sekolah menengah pasukan Kedet Polis telah ditubuhkan dan ramai di kalangan ibu bapa mendorong anak anak mereka untuk menganggotainya dan merasa bangga melihat semangat anak anak remaja mereka yang telah mula menjiwai semangat untuk menegak dan mempertahankan undang undang serta menjadi pembela dan penyelamat kepada maruah masyarakat dan negara. 

          Pengorbanan besar yang ikhlas terhadap keselamatan rakyat di dalam tanah air yang tercinta amatlah disanjung tinggi, biar pun ganjaran gaji dan kebajikan lain yang mereka perolehi hanyalah di bawah tahap yang 
memadai dan sentiasa dilupai oleh orang atasan, seandainya dibandingkan 
dengan ganjaran yang diperolehi dengan menjadi talibarut atau kaki ampu 
ahli politik. Namun demi ikrar dan sumpah setia pahlawan kesemua itu 
bukanlah menjadi penghalang untuk pasukan ini menjalankan tanggungjawab dan amanah demi menjaga keselamatan rakyat dan ketenteraman negara dengan penuh rasa prihatin, tanggungjawab dan 
dedikasi. 

          Kehebatan pasukan ini jelas diiktiraf oleh dunia bilamana pasukan ini diberi kepercayaan menyertai missi missi pasukan pengaman Bangsa Bangsa Bersatu di Bosnia, Kemboja dan sebagainya, iaitu satu pengiktirafan hanya diberikan kepada pasukan pasukan polis yang berwibawa dan mempunyai tahap professional yang tinggi sahaja di   seluruh dunia. Sesungguhnya seluruh rakyat ketika itu amat berbangga kerana negara kita yang sekecil ini mampu menyumbangkan khidmat           kepada keadilan, kemaknusiaan, keamanan dan ketenteraman sejagat 
serta mempunyai sebuah pasukan penjaga keamanan yang diiktiraf dan 
disegani di seluruh dunia yang mampu duduk sama rendah dan berdiri 
sama tinggi dengan pasukan pasukan pengaman negara negara maju yang 
lain dari berbagai segi dan keupayaan. 

          Apatah lagi dengan mempunyai sebuah wawasan untuk menghadapi alaf baru, uniform yang cukup segak, lagu lagu patriotik, slogan slogan serta    motto pasukan yang menyemarakkan semangat, memang cukup ‘ideal’. Seluruh negara sentiasa menantikan dan amatlah berharap agar pasukan polis ini terus mengukirkan nama yang harum baginya dan negara sebagai sebuah pasukan yang mempunyai rekod perkhidmatan yang cukup ‘exemplary’ pada abad ke 20 dan dapatlah dikenang sebagai ‘a force to 
be reckoned with in the next millennium’. 

          “ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari………” 
 

          Kesemua yang tersebut tadi kini hanya merupakan sebuah mimpi indah di malam hari yang telah lenyap sama sekali apabila terjaga daripada lena iaitu pada 2 September 1998. Bermula daripada itu PDRM kini lebih 
layak dan selesa dipanggil Penyangak DiRasuk Mahasyaitan atau Polis 
DR Mahathir atau Pengkhianat Dayus Rasuah dan Munafik atau Patail 
Daim Rahim dan Mahathir atau beberapa gelaran ‘glamour’ yang lain 
yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Kerana PDRM telah 
melacurkan maruah mereka dengan mengambil sikap untuk menjaga 
kepentingan dan bersekongkol melaksanakan kezaliman seekor haiwan 
yang bergelar Kingthir yang banyak mengumpankan ‘carrots’ kepada 
kepala kepala penyangak tersebut. 

          Malah dunia kini telah merasa tertipu oleh sikap hipokrit PDRM, Bosnia merasa tertipu oleh kehadiran pasukan PDRM ke missi pengaman PBB, Kemboja merasa tertipu dengan kehadiran PDRM untuk mengawasi 
 proses pilihanraya di sana setelah segala belang babi dan kurap PDRM 
terserlah dengan peranan samseng yang dibawakannya ketika pilihanraya 
di Sabah baru baru ini. Raja Raja Melayu yang berkenan menganugerahkan gelaran Di Raja, merasa dihinakan dan dikhianati oleh PDRM yang mana dengan jelasnya ditunjukkan di akhbar dan ditayangkan di TV perihal keganasan dan kebiadapan anggota PDRM sendiri yang merusuh, ‘vandalised’ menyeksa dan mengganggu orang orang awam semasa setiap kali berlaku demonstrasi aman di Kuala Lumpur. Muka muka yang disiarkan di akhbar akhbar dan laman laman Internet andainya diamat amati dengan teliti dari segi pakaian, potongan badan, rambut dan riak muka sememangnya adalah wajah wajah bengis anggota anggota PDRM samada daripada cawangan Khas ataupun CID, ini berdasarkan pengakuan daripada beberapa saudara mara ataupun kenalan yang mengenali mereka. Rakyat merasa lebih dikhianati, dizalimi dan dicabuli setiap masa. 

          Insyaallah tiba masanya segala bukti bukti yang telah diperolehi dan 
dikumpulkan akan dibawa ke mahkamah pengadilan oleh rakyat, yang 
pasti ianya tidak boleh dibawakan ke mahkamah kerajaan Babi Nasional 
yang masih lagi mempunyai hakim hakim khianat yang berat sebelah, peguam negara yang rasuah dan pegawai pegawai atasan polis yang 
 berperangai seperti anjing anjing buruan. Institusi kehakiman,  perundangan dan kemanusiaan sudah berkubur di negara ini, keadilan dan  kebebasan sudah menjadi bahan sejarah cuma. 

          Rosak dan runtuhnya imej serta kewibawaan PDRM adalah disebabkan oleh teraju pimpinan negara dan ketua ketua pasukan itu sendiri yang sanggup mengkhianati ikrar setia dan sumpah wira pasukan. Rasuah 
 bukan sahaja dilakukan di peringkat bawahan seperti pak pacak sahaja, 
malah semakin tinggi semakin hebat lagi ‘carrot’nya, tanyalah si Rahim 
Noor bekas PIG berapa banyakkah ‘carrot’ yang Mahathir dan Daim 
sogokkan ke duburnya, hinggakan sempat berbini muda lak kawan tu ha! 
Andai kata pukulan ‘karate chop’ dahulu tu boleh terus KO kan DSAI 
pasti ada bayaran bonus, tetapi disebabkan TKO sahaja, maka kenalah si 
Bapa Anjing pencen awal sikit untuk ‘cover up’. Setelah didesak dan 
dipaksa maka ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja menyiasat, nak 
menyiasat apa? Dunia semua sudah tahu lebih awal daripada itu dan 
akhirnya sandiwara lapuk pun dimainkan semula dengan adengan exPIG 
dibawa ke mahkamah sebagai seorang yang angkuh, tuduhan diolah dan 
digubah sebegitu rupa seolah oleh jenayah yang dilakukannya hanyalah 
cukup ringan umpama ‘lupa pakai name tag ke tempat kerja’ sahaja. 
Kiranya rakyat yang paling bodoh di negara ini pun sudah tahu apakah 
hukuman yang bakal dijatuhkan oleh si ‘yang arif’ hakim mahkamah tinggi 
Babiland ini, yang mana semuanya menggunakan ‘remote control’ 
daripada Sri Perdana. “Not guilty” di mana pihak pendakwa didapati 
gagal membuktikan kes si Bapa Anjing tersebut, buang kes! 

          Apa lagi yang nak dibanggakan dan diharapkan daripada PDRM kini dan seterusnya? Hanyalah satu kesinambungan siri siri kezaliman, 
pengkhianatan, ugutan, keganasan dan pencabulan yang sistematik dan 
terancang terhadap rakyat biasa yang tidak berupaya dan serba tersepit 
yang tidak ada penghujungnya. Jangan hairan akan tiba satu ketika di 
mana anggota anggota PDRM ini akan mengganas dengan lebih rakus lagi 
hatta sanggup merogol, membunuh dan menyamun orang awam di mana 
mana sahaja dan pada bila bila masa sahaja, memandangkan segala 
tindak tanduk mereka kini adalah cukup biadap dan keterlaluan tanpa 
batas batas peri kemanusiaan, mereka hanya lebih ‘mesra’ mengganas 
dan berubah menjadi haiwan buas tanpa segan silunya lagi. 

          Pasukan ini cuma berfungsi sebagai ‘toys to the Old Man, his family and cronies’, tidak lagi mempunyai maruah atau harga diri sebagai pasukan 
pengaman, penegak undang undang dan pembela keadilan. Sangat tepat 
seperti pengakuan ikhlas ex PIG bahawa dia “Bapa Anjing”, kerana 
kebanyakkan anggota anggota (yang berkenaan) PDRM memang pun 
sekarang ini jauh lebih rendah martabatnya daripada anjing, serigala atau 
babi. Serba rakus, ganas, dan menjijikkan.