Kenyataan Zul Aznam yang Di 'black-out'kan : 24 Februari 1999

Berikut disiarkan beberapa kenyataan yang telah di'blackout'kan dari penjelasan yang dibuat oleh Zul Aznam, bekas pegawai pengiring DSAI dan tidak disiarkan oleh media: ~C.I.A REFORMASI

Pada Ogos 1998: IGP dan Dato' Yaacob Md Amin datang berjumpa DSAI. Beliau (DSAI) memberitahu saya bahawa Rahim Noor menarik tangan beliau dengan rapat, memegangnya dan Rahim Noor memaklumkan bahawa apa yang sedang berlaku inisebenarnya 'very political' dan Rahim juga menasihati DSAI agar beliaumenyelesaikan segera perkara ini dengan PM.

Mengenai laporan polis pada tahun 1997 kepada ASP Zul Muhd, setelah diberitahuoleh Said Awang dan Musa Hasan tentang ungkapan serta perkataan yang betuluntuk laporan, saya ditanya adakah permintaan (berkenaan laporan) dibuat olehDSAI melalui saya. Saya menjawab 'ya' dan memaklumkan kepada Said Awang bahawadengan adanya laporan, dapatlah mereka menjalankan siasatan terperincimengenai surat-surat Ummi dan Azizan.

Pada Jun 1998, mengenai kenyataan saya berhubung siasatan buku '50 Dalil': Beberapa hari sebelum ke mahkamah, saya dipanggil ke Pejabat Peguam Negara dansaya menunggu diluar pejabat Gani Patail. Kemudian di bilik mesyuarat, antarayang hadir adalah semua DPP (Timbalan Pendakwaraya), saksi-saksi Polis danpegawai penyiasat termasuk Said Awang dan Musa Hasan. Ketika saya disoal olehGani Patail, Musa Hasan yang membuat catatan tentang semua soalan dan jawapan.Selepas itu saya diarah untuk memberi kenyataan kepada ASP Mazeli berasaskan
kepada catatan Musa iaitu soalan-soalan yang diajukan oleh Gani Patail. Ianya direkodkan keesokan harinya di pejabat Mazeli di Bukit Aman. DSP Aziz turuthadir. ~C.I.A REFORMASI

Kemudian,semasa perbicaraan tuduhan penyalahgunaan kuasa DSAI sedang berjalan di mahkamah, iaitu dibilik rehat VIP Mahkamah, DSP Aziz memberitahu saya bahawa dia ada membawa pesanan dari Pihak DPP. DPP meminta saya agar tidak mendedahkan tentang mesyuarat dan perkara- perkara yang berbangkit dalam mesyuarat tersebut. Saya haruslah berhati-hati kerana pada akhirnya kita masih ada DPP dan Hakim.

Dia (DSP Aziz) juga menambah " kalau tidak betul-betul nanti you akan datangjumpa I di pejabat dan saya boleh sediakan satu bilik istimewa untuk anda" .Kemudiannya, dia sekali lagi bertemu saya di kaki lima Mahkamah danmemberitahu saya bahawa pihak polis ada bercadang untuk memberikan pangkat pemangku DSP kepada saya tetapi "we put this on hold pending your performance
in court" ~C.I.A REFORMASI