Internet Malaysia Akan Dilumpuhkan?

Disini saya ingin memberitahu semua "Netters" agar bersedia untuk menghadapikemungkinan (peratusan kebarangkalian adalah 97%) laluan (akses) ke Internetakan lumpuh sepenuhnya pada bulan Jun sehingga lewat Julai ini kerana pihakkerajaan tidak mahu menanggung risiko kalah dalam Pilihanraya Umum atas kesan Internet. ~C.I.A REFORMASI

Maklumat yang saya dapat mengatakan kemungkinan besar pilihanraya Umum akan dijalankan pada 13 Julai 1999 setelah parlimen dibubarkan pada 18 Jun 1999. Oleh yang demikian maka hendaklah semua pengguna Internet (Jaring dan TMNET)agar bersedia untuk menghadapi ketiadaan akses ke Internet.

Saya amat berharap mana-mana individu atau organisasi yang mempunyai capaian ke Internet secara terus (melalui Microsoft Network atau UUNET dan sebagainya)agar menyediakan satu "Remote Access Server" yang mempunyai beberapa modem pool agar semua "Netters" masih boleh menggunakan Internet. bagi mana-mana organisasi atau individu yang mempunyai akses ini akan tetapi kurang kepakaran untuk membina RAS maka bolehlah dapatkan bantuan, sebab saya
rasa ramai yang berkepakaran membinanya. ~C.I.A REFORMASI

Kalaupun tidak dapat laluan secara terus (web atau irc), bolehlah juga  dibangunkan sistem BBS agar boleh dimanfaatkan sebagai capaian alternatif bagi menghadapi kemungkinan ini. Saya amat berharap agar pada tarikh tersebut capaian ke Internet masih boleh beroperasi. Khabarnya Telekom akan mengatakan pada tarikh tersebut mereka akan melalukan satu rombakan bagi semua sistem
akses ke Internet (Upgrade System).