Cikgu Pilih PAS Setelah Mendengar
Ceramah Hassan Ali Di Machang.

   Di Machang semalam (25/2/99), Hassan Haji Ali bersama Tok Guru Nik Aziz telah menyampaikan ceramahnya dalam ceramah " Amanat Khas".Orang ramai menghadiri ceramah tersebut  sejak pukul 8.00 lagi. Saya dapat menganggarkan lebih kurang 38 ribu jumlah orang ramai semalam.Ketika saya masih dalam BN sebulan yg lalu , saya pernah menghadiri majlis berbuka puasa bersama PM di Labok pada bulan puasa yg lalu, tetamu yang hadir ialah sedikit jumlahnya orang kampung dan yg ramainya ialah para pelajar Sekolah Sains Labok.Itu pun setelah dipaksa & setelah saya interview para pelajar disitu beberapa orang, mereka mengatakan bahawa alangkah meluatnya bila melihat muka Mahathir  yg tua keparat itu.Ini kerana kebanyakan para pelajar sekolah menjadikan idola mereka ialah Anwar Ibrahim. Pada masa itu, saya masih ragu ragu untuk menukarkan pendirian perjuangan saya. ~C.I.A REFORMASI

Saya mencari posisi yang akan tersorok sedikit & akan terlindung dan gelap , kerana saya takut kalau kalau ada antara orang UMNO terjumpa dengan saya,Nahaslah saya !!.Dato' Dr. Hassan Ali memulakan ceramahnya dengan dengan memberitahu ceramahnya di Sepang telah dihadiri seramai 60 ribu orang manakala di Sarang Semut seramai 100 ribu orang yang kebanyakannya bekas penyokong umno dan masih Umno lagi.Disitu beliau telah menjumpai seorang orang tua yang berumur sekitar 81 tahun telah berjalan sejauh 3 km selama 1 jam 1/2 dengan bertongkat semata mata untuk mendengar perkembangan terkini perjuangan kebangkitan Islam di  Malaysia.Hassan Ali kemudiannya bercerita mengenai sukan lumba lari. Semasa di permulaannya , pengadil akan membilang "own your mark",  "get set" , "go!".Disini beliau ingin menukarkan dari "get set" kepada "GET KET". Beliau menafsirkan Get Ket itu sebagai, "Ge"= gerakan , "t" = tawan 100%, "ke"=Kelantan ,"t"= tahun ini.Gerakan Tawan Kelantan 100% Tahun Ini @ Get Ket disambut dengan Allahu Akbar bertalu talu. "Perasaan saya tersentak!! Saya belum pernah menghadiri ceramah PAS sebelum ini dan ini kali pertama saya menghadirinya. Jiwa saya mengatakan ini adalah perjuangan Islam sebenar & saya harus meninggalkan BN..Namun hati saya yg keras ini (kononnya semangat nasionalisme ) serba salah dan berkata "Fikir 2 kali dulu cikgu..."
 
 Kemudian Hassan Ali meneruskan ceramahnya dengan menerangkan kepada kami tentang hutang negara sekarang iaitu 220.4 bilion .Projek mega seperti menara berkembar Petronas yg menelan belanja 5 billion dan KLIA yg menelan belanja 11 bilion juga ditimbulkan.Hati saya terus terdetik
 semakin kencang.Hasan Ali memberitahu bahawa projek Mega ini didalangi oleh hanya kroni-kroni dan suku sakat tertentu,anak menteri,anak Perdana Menteri  & dll. Kalau projek mereka untung , mereka akan kaya raya tetapi kalau mereka rugi teruk , mereka tetap kaya raya kerana kerajaan akan memeras duit dari rakyat untuk menampung kerugian kroni kroni tadi.Jadi Kita yang mengkayakan mereka dan kita yang menampung kerugian mereka?? Saya semakin geram dan meluat terhadap Umno dan Mahathir yang satu waktu tadi masih saya menyanjungi mereka  Hati saya mula terbuka untuk menerima perjuangan Islam yang suci dan murni ini  ...
Pelbagai isu yang telah ditimbulkan oleh penceramah Hassan Ali yang cukup bersemangat dan mempunyai pelbagai hujah yang bernas.Isu Panel Peguam(UMNO) yang terpaksa mendengar lebih kurang  400 tape yang direkodkan  semalaman semata mata untuk menyaman mereka yang menuduh kerajaan Umno.Alangkah bodohnya mereka ini kerana terpaksa menjadi kuda tunggangan Mahathir.Alangkah bodohnya !!~C.I.A REFORMASI

Lain lain isu iaitu berkaitan jumlah remaja yg menagih dadah di Malaysia melebihi 500 ribu orang .Atau 36 orang sehari @ 40 minit sekali seorang remaja di Malaysia akan bergelar penagih dadah!!!
Inilah yang dikatakan "Pembangunan Umno Yang menyisihkan Agama Islam"

Kemudiannya  saya mendengar YAB Dato'Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan). Walau pun agak keletihan kerana baru balikdari sidang di raja , namun beliau menggagahi juga untuk berceramah.Dan satu lagi saya terperanjat iaitu walaupun bergelar title " Tok Guru ", beliau memang suka bergurau . Ini kali pertama saya mendengar ceramahnya dan saya dapati rakyat Kelantan rupanya begitu sayang sekali pada Tok Guru Nik Aziz.Mereka seakan akan begitu mesra sekali.Gurau senda Tok Guru Nik Aziz pada malam itu begitu bermakna bagi saya kerana saya tak pernah mengenali beliau secara dekat.Saya cuba bandingkan Tok Guru Nik Aziz dengan Anuar Musa , Ibrahim Ali dan Lawyer Syukri yang saya kenali , namun saya menggeleng kepala..mengucap panjang. Rupa-rupanya baru saya sedar,saya ini telah dibawa oleh nafsu dan syaitan untuk mengikuti UMNO yang selalu saya puja.~C.I.A REFORMASI

Semasa dalam perjalanan balik,saya memberitahu isteri saya tentang hasrat saya untuk memangkah PAS dalam pilihanraya nanti.Untuk memasuki PAS sebagai ahli , saya rasa agak sukar untuk berbuat demikian kerana saya masih berkerja dengan kementerian pendidikan.Namun saya akan mengikut kata Tok Guru Nik Aziz (sekarang ni, dah jadi tok guru saya sendiri..) iaitu " kalau tak nak masuk PAS pun,Pangkah lah PAS!!". Jadi sebagai sumbangan saya kepada PAS,saya memilih untuk memilih perjuangan Islam & memangkah PAs.Saya berjanji pada diri saya bahawa seandainya PAS berjaya menawan MALAYSIA.Saya akan menjadi ahlinya.  Insya Allah!!!Dan saya berseru kepada cikgu-cikgu seluruh malaysia , tolonglah dengar ceramah dari Hassan Ali dan Tok Guru, kemudian buatlah penilaian yang terbaik!!!"

"Ya Allah!! Jatuhkan kerajaan UMNO yg rakus ini!!!"

 p/s:Kpd Lawyer Syukri (UMNO) di Machang tu...Baik la engkau lari ke tempat lain!!!Kalau kau terus still di  Machang  tu, cikgu takut engkau tu habis duit deposit jer!!

 Sumber: "Cikgu Ismail ".Terima Kasih

 
 
 
 
 
 

.