ANWAR MUSA BAWA PENGUNDI UMNO KE PERINGAT

Saya mendapat perkhabaran berita yang sahih bahawa Dato' Anuar Musa  telah berbincang dengan UMNO Johor untuk membawa seramai 5000 orang  pengundi UMNO Johor Ke Kawasan Peringat. Sementara Dato' Ibrahim Ali  pula telah berjumpa dengan taukeh kilang di Sekitar Lembah Kelang untuk  membawa pengundi ke Parlimen Pasir Mas seramai 3000 orang. Dato'
Mustapha Muhammad telahpun membawa masuk seramai 6000 orang ke Jeli dan  berbelanja hampir RM200,000.00 untuk tujuan ini. ~C.I.A REFORMASI

Perpindahan pengundi ini jelas menunjukkan bahawa UMNO telah hilang  keyakinan terhadap pengundinya sendiri di Kelantan dan terpaksa membawa  masuk orang luar mengundi di Kelantan. Inilah dikatakan senjata sulit  yang disebut oleh Mahathir dalam kenyataannya di Kelantan baru-baru  ini.

Saya ingin memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menolak  UMNO dan BN secara total dalam Pilihanraya umum nanti. Undilah parti  yang berjuang untuk keadilan, kebebasan bersuara, tidak korup, tidak  kronisme, tidak nepotisme dan yang pentingnya UMNO harus di tolak. ~C.I.A REFORMASI

Sumber: Tok Ayah Peringat Agen 39 Terima Kasih..