Bagaimana PAS boleh Memerintah Malaysia?
 
Saudara/I para Reformis,
Banyak telah diperkatakan mengenai Pilihanraya Umum yang akan tiba selewat-lewatnya Jun 2000. Dengan perkembangan pilihanraya negeri Sabah sekarang menjadikan isu ini semakin gamat. Perkembangan politik tanahair semakin rancak, disamping PAS, DAP, PRM telah muncul parti baru seperti HAK. Di Sabah pula disamping PAS, PBS, DAP timbul pula parti BERSEKUTU.
Semua cuba mempengaruhi rakyat bagi membolehkannya memerintah. ~C.I.A REFORMASI

Bagi PAS yang telah lama memperjuangkan politik islam di Malaysia, setakat ini telah berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu menerajui pemerintah negara. Setakat ini PAS telah pun berjaya menawan semula Kelantan. Namun majoriti rakyat masih memihak kepada BN bagi memerintah Malaysia.

Persoalan sekarang adalah;  Bagaimana PAS boleh Memerintah Malaysia?

Pada pandangan saya PAS perlu melaksanakan beberapa pendekatan yang betul selama lebih kurang 1 tahun dari sekarang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. Jika ini berjaya maka PAS berpeluang memerintah Malaysia.

Pertama, PAS perlu menawan hati majoriti rakyat Malaysia untuk membolehkannya membentuk sebuah pemerintah berlandaskan Islam. Untuk ini usaha perlu dijalankan untuk memberikan penjelasan sejelas-jelasnya apakah MODEL NEGARA ISLAM yang bakal PAS gunakan. Ini penting kerana sehingga kini rakyat terutama BUKAN ISLAM kabur dengan konsep pemerintahan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Adakah model itu seperti IRAQ dengan Saddamn Hussien, atau AFGHANISTAN dengan pemerintahan ala TALEBAN, atau IRAN dengan AYATOLLAH? Atau PAS mempunyai MODEL tersendiri yang disesuaikan dengan masyarakat MALAYSIA. Penjelasan ini akan dapat menghilangkan keraguan mengenai banyak perkara yang menjadi kebimbangan
kepada pengundi-pengundi BUKAN ISLAM. ~C.I.A REFORMASI

Kedua, PAS perlu mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak seperti DAP, PRM, NGO-NGO yang terlibat secara terus dalam kancah politik tanah air bagi membentuk Deklarasi-deklarasi yang dapat memberikan keyakinan kepada pengundi mengenai kerjasama dan jaminan masa depan mereka jika pemerintahan Islam terbentuk melalui kerjasama PAS dan parti politik dan NGO yang lain. Deklarasi memerlukan kebijaksanaan ahli politik PAS.

Ketiga, PAS mulai sekarang perlu membentuk "pasukan" yang bakal menerajui pemerintahan Malaysia. Untuk ini PAS perlu mempunyai ahli politik di kalangan profesional Islam yang sanggup berjuang di bawah panji-panji PAS. PAS perlu ada pakar ekonomi Islam , perundangan islam,
pendidikan islam , perdagangan antarabangsa dan segala yang diperlukan untuk memerintah sebuah negara. PAS perlu menonjolkan Individu ini bagi menyakinkan pengundi terutama BUKAN ISLAM bahawa PAS berkebolehan mengendalikan sebuah negara. PAS perlu keluar dari hanya sebuah parti "politik ceramah agama" kepada "politik pentadbiran islam" yang syumul. PAS perlu mengambil iktibar dari pengalaman memerintah Kelantan sekarang.  Pada masa ini "ceramah" PAS hanya dikunjungi oleh dikalangan ahli PAS sahaja. PAS perlu mempunyai program penerangan yang lebih
terbuka yang dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat bagi membincangkan pelbagai isu semasa disamping menerangkan dasar perjuangan PAS.

Keempat, disamping deklarasi-deklarasi kerjasama, PAS juga perlu menerangkan dengan jelas DASAR-DASAR pemerintahan islam yang baru spt DASAR PENDIDIKAN ISLAM, DASAR EKONOMI ISLAM, DASAR PERDAGANGAN, DASAR PERTANIAN dan sebagainya yang tentunya lebih baik dan menarik kepada pengundi-pengundi. Dengan ini akan  dapat menyakinkan di kalangan ahli perniagaan BUKAN ISLAM yang banyak pengaruh dan pengikut. Bagaimana
dasar poltik antarabangsa PAS bila memerintah ? Adakah dasar politik antarabangsa PAS akan menjejaskan ekonomi negara? Kalau tidak bagaimana?Ahli perniagaan ini sebenarnya perlu diyakinkan bahawa melalui pemerintahan Islam mereka masih dapat meneruskan perniagaannya tanpa banyak masalah.

Kelima, PAS melalui kajian dan penyelidikannya perlu mengariskan pelbagai penyelesaian kepada isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti Penghapusan TOL. Ini merupakan satu cabaran yang memerlukan kepakaran dalam pengurusan kewangan. Apakah cara untuk mengatasi maslah ini?
Begitu juga masalah sosial seperti penagihan dadah. Adakah penyelesaian alternatif yang lebih berkesan selain dari PEMADAM, PUSAT SERENTI dan lain-lain program yang menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat? Isu lain ialah bagaimana PAS boleh menguruskan kewangan negara dengan lebih berkesan disamping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. ~C.I.A REFORMASI

Akhirnya PAS boleh menggunakan segala kelemahan yang ada dalam jentera UMNO sekarang yang lebih kepada politik "kebendaan". Tetapi PAS dalam menyampaikan mesej perlu mengurangkan tekanan kepada menghentam individu sebaliknya lebih memberikan penyelesaian kepada permasalahan sekarang. Seperti komen dari pengundi mengenai Y B Mat Sabu hanya menghabiskan masa berceramah saja untuk menghentam kerajaan tanpa menunjukkan usaha
untuk memajukan kawasan. PAS memerlukan tenaga baru di kalangan ahlipolitik professional yang dapat melaksanakan program yang dijanjikan. Kelemahan UMNO ialah ianya dijalankan dalam bentuk yang sekian lama berteraskan "politik wang" yang gagal membina ekonomi Islam yang kukuh. Kalau ada pun ianya lebih kepada di kalangan kroni-kroni sahaja. Saya sangat berharap PAS dapat menunjukkan kemampuan sebenar bagi dapat penerimaan dari majoriti pengundi. ~C.I.A REFORMASI
 
 Sumber:"Chon Kong" .Terima Kasih