Make your own free website on Tripod.com
RESOLUSI PER. PEMUDA UMNO BAHAGIAN
PERMATANG PAUH

Bahawa Mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh yang diadakan pada hari ini, 19hb.Februari 1999, Jumaat jam 9.00 malam telah mengambil ketetapan seperti berikut :-~C.I.A REFORMASI

1.      Merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke atas perlantikan YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri yang baru.

2.      Akur dan patuh dengan keputusan Majlis Tertinggi Parti untuk menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat, namun begitu Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh juga ingin menyatakan rasa kesal yang amat sangat di atas penangguhan ini kerana ianya adalah lebih merupakan suatu penghakisan kepada amalan-amalan dan prinsip-prinsip demokrasi di mana ianya telah menafikan hak ahli-ahli Umno secara keseluruhannya untuk memilih ketua-ketua mereka sendiri.

3.      Mendesak pihak kerajaan untuk mengkaji semula dan seterusnya menolak sebarang cadangan kenaikan tol di dalam keadaan kegawatan ekonomi negara sekarang kerana ianya jelas akan membebankan rakyat terbanyak. Sehubungan dengan itu Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh juga dengan ini menyatakan rasa kesal yang teramat sangat dengan kenyataan Dato' Seri S. Samy Vellu, Menteri Kerja Raya yang jelas dikeluarkan secara tidak matang dan berbau angkuh serta
menggambarkan sikap yang kurang sopan dan bercanggah dengan budaya Malaysia serta tidak sensitif dengan keluhan rakyat.

4.      Mendesak pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memainkan peranan yang lebih efisien di dalam mengawal harga barangan keperluan yang semakin hari semakin meningkat seperti tidak terkawal lagi. Sehubungan dengan itu juga, Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh dengan ini menyatakan rasa kesal yang amat sangat terhadap Kementerian tersebut yang telah gagal bertindak pro aktif terhadap masalah rakyat, malahan isu kenaikan
harga barang ini telah menjadi semakin serius semenjak Kementerian tersebut beroleh pimpinan yang baru.

5.      Memandang serius kenyataan Tan Sri Dato' Mohtar bin Abdullah, Peguam Negara bahawa pihak Polis Di Raja Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kecederaan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh mendapati bahawa suatu krisis keyakinan telah merebak di kalangan rakyat terbanyak terhadap imej dan kredibiliti pihak PDRM (yang telah terjejas teruk) sebagai suatu institusi yang neutral, akibat daripada episod ini. Sehubungan dengan itu, Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh dengan ini menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Menteri Dalam Negeri yang baru ini untuk melakukan suatu reformasi yang menyeluruh di dalam PDRM bagi memulihkansemula imej dan kredibiliti pihak PDRM di mata rakyat khususnya dan bagi mematikan tohmahan-tohmahan bahawa Malaysia mengamalkan pemerintahan ala 'Negara Polis'~C.I.A REFORMASI
.
6.      Menyokong dan mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja ke atas
kecederaan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim semasa di dalam tahanan polis dan beranggapan bahawa ianya menggambarkan keikhlasan kerajaan di dalam menangani isu ini. Oleh itu, Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh dengan ini menyeru kepada Suruhanjaya tersebut untuk bukan sahaja berlaku adil dan telus di dalam penyiasatannya tetapi harus juga kelihatan adil dan telus. Untuk membuktikan
kewibawaan Suruhanjaya ini di mata rakyat, maka beberapa persoalan penting haruslah diumumkan dalam hasil siasatan, iaitu :-

        a). Kenapakah tangkapan keatas Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dilakukan dengan cara yang sedemikian rupa? Cara tangkapan itu dilaksanakan jelas telah menimbulkan ketegangan awam. Siapakah yang telah memberi arahan tangkapan tersebut dan kenapakah tawaran Dato' Seri Anwar bin Ibrahim untuk menyerahkan diri secara aman tidak dipertimbangkan ?

        b). Butir-butir terperinci tentang pergerakan Dato' Seri Anwar bin Ibrahimdaripada saat beliau ditangkap, termasuk di mana beliau ditahan dandipindahkan haruslah didedahkan kepada umum ;

        c). Butir-butir terperinci tentang bila, di mana dan kenapa Dato' Seri Anwarbin Ibrahim dipukul serta siapa yang terlibat memukulnya mestilah didedahkansecara spesifik ;

        d). Bilakah Menteri Dalam Negeri pada ketika itu mendapat tahu bahawa Dato'Seri Anwar bin Ibrahim telah dibelasah?

        e). Kenapakah terdapat kelewatan untuk memberikan rawatan perubatan kepada Dato' Seri Anwar bin Ibrahim selepas beliau dibelasah? dan

       f). Kenapakah Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan yang tiada kaitan langsung dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

7.      Menggesa pihak Jabatan Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan terhadap
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di atas dakwaan salahlaku seks dengan secepat mungkin bagi membuktikan segala tuduhan-tuduhan keji terhadap beliau atau menggugurkan sahaja pertuduhan-pertuduhan jenayah salahlaku seks tersebut oleh kerana sehinggalah ke hari ini masih belum ada lagi sebarang bukti-bukti yang jelas mahupun kukuh yang dikemukakan bagi menyokong tuduhan-tuduhan salahlaku seks tersebut. Di dalam hal ini, Per Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh memandang amat serius terhadap perkara ini memandangkan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim,
seorang Timbalan Presiden Parti (pada ketika itu) yang juga seorang saudara separti yang mempunyai hak-hak yang sama seperti lain-lain ahli, telah dipecat daripada Umno hanyalah di atas alasan salahlaku seks semata-mata dan bukan lain-lain alasan. Oleh yang demikian, kesahihan alasan pemecatan tersebut perlulah dibuktikan kebenarannya secepat mungkin demi memuaskan hati ahli-ahli Umno khasnya dan rakyat amnya. ~C.I.A REFORMASI

Selaras dengan ini, Per. Pemuda Umno Bahagian Pmtg Pauh ingin menyeru kepada seluruh ahli-ahli Umno, khasnya ahli-ahli Per. Pemuda Umno untuk terus memperjuangkan semangat dan tradisi mulia Parti Umno iaitu Tradisi Membela Rakyat dan berharap bahawa pendirian dan resolusi yang dibuat pada hari ini akan diberi keutamaan sebagai hasil perbincangan yang sah melalui saluran
rasmi Parti demi untuk memulihkan semula imej Umno yang kian tercemar di mata rakyat.

DIPERSETUJUI SEBULAT SUARA