MUSA HITAM :ANEH TAPI BENAR

(SUMPAH MEREKA MEREKA YANG MENGINAYAI  ORANG ORANG KAMPONG DAN RAKYAT BIASA YANG TIDAK BERMAYA.)

 Berita yang akan disampaikan ini adalah aneh tetapi ianya adalah benar.  Ianya telah terjadi kepada saorang makhlok yang telah menginayai orang orang kampong dan rakyat biasa yang tidak bermaya.  Rakyat Malaysia belum pernah melihat kejadian saorang  pemimpin perjuangan mati bersama pengikut pengikutnya kerana bertempur dengan pihak Kerajaan untuk mempertahankan kepercayaan mereka.  Oleh sebab itu apabila peristiwa diMemali , Baling, Kedah, meletus pada 19
November 1985, rakyat pun turut gempar.  Yang kelihatan tenang hanyalah Tan Sri Musa Hitam.  Dia telah menyampaikan berita peristiwa berdarah itu secara langsung dari dalam Parlimen.  Yang dilaporkan berita kematian empat orang anggota polis bertempur dengan pihak Ibrahim Libya , dan 14 orang orang kampong terkorban bertempor dengan anggota polis.~C.I.A REFORMASI

Sebagai manusia biasa peristiwa ngeri itu menimbulkan kemarahan umum lebih lebih lagi rakyat diDaerah Baling dan diseluruh Malaysia amnya.  Perdana Menteri  tidak ada didalam negeri pada masa itu.  Tan Sri Musa Hitam yang menjadi Pemangku Perdana Menteri dan terlibat didalam
arahan penangkapan Ibrahim Libya, nampaknya relax macam tidak ada apa apa.  Padahal dia yang mengarahkan anggota polis menangkap Ibrahim Libya.  Didalam hal ini dua orang sahaja yang bertanggong jawab, pertama adalah Tan Sri Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Dalam Negri dan Dr. Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan ini adalah tidak diterima akal oleh orang orang kampong  Memali dan orang orang Daerah Baling.  Persoalan persoalan yang tertimbul adalah mengapa mereka bertindak secara demikian.  Apakah polis tidak mempunyai cara lain yang lebih berperikemanusiaan untuk menyelesaikan masaalah itu?  Apakah ini kes merancangkan  hukuman sabelum perbicaraan  ini mempunyai matlamat politik?  Semua penjelasan ini sedang dinanti nantikan oleh orang orang Memali dan orang orang Daerah Baling hingga kehari ini.  Adakah nilai nyawa orang orang Memali begitu murah , boleh membunuh mereka dan melupakan semua persoalan persoalan mereka begitu sahaja.  Adakah kematian orang orang diMemali ini boleh dianggapkan sebagai mati katak begitu sahaja.
Adakah  orang orang Memali  ini adalah sampah masyarakat yang tidak mempunyai hak untuk menyoal kenapa orang orang kampong mereka dibunuh begitu sahaja.  Adakah ini hukuman tuhan yang tidak boleh dipersoalkan sehingga kehari ini. Kenapakah mereka mereka yang bersalah melakukan pembunohan beramai ramai mengunakan anggota polis ini  tidak dihadapkan keMahkamah untuk perbicaraan untuk kita semua mengtahui perkara perkara yang sabenar yang telah berlaku dan kita biarkan rakyat Malaysia untuk menentukan siapa yang bersalah.  Namun demikian rayuan ini hanyalah saperti meyiram ayer didaun keladi.

Sebagai orang Kampong biasa mereka tidak berputus asa.  Nampaknya mereka tidak mempunyai cara lain melainkan memohon doa kehadrat Allah.  Mereka bersembahyang hajat siang dan malam.  Mereka berdoa kepada Allah siang dan malam.  Mereka memohon pertunjok daripada Allah ,
memohon supaya orang orang yang bersalah dihukum.  Memohon supaya Allah menunjukkan kepada semua umat Islam  jalan yang benar. ~C.I.A REFORMASI

Dengan berkat doa dan sembahyang hajat yang telah ditunaikan oleh orang orang Kampong Memali dan orang orang Daerah Baling , beberapa perkara aneh telah berlaku kepada Tan Sri Musa Hitam.  Ianya aneh tetapi benar . Susah hendak dipercayai tetapi kita tidak boleh menafikan kehendak kehendak Allah.  Adakah peristiwa peristiwa yang berlaku ini ada kaitannya dengan peristiwa berdarah diMemali , Allah sahaja yang mengetahui.

1. Peristiwa Polis menyerang kampong Memali berlaku pada 19 November 1985.
2. Tan Sri Musa Hitam berkahwin dengan Ines Maria Reyna ataupun dikenali sebagai Datin Maria pada tahun 1959 dan telah bercerai juga didalam tahun 1985.
3. Tiga bulan kemudian beliau dipaksa  meletakkan jawatan pada 27 Februari 1986.  Dengan perletakan jawatan ini maka musnahlah kareer politiknya didalam UMNO.
4. Didalam peristiwa tregidi berdarah diHighland Towers pada bulan Disember 1993 lalu yang telah mengorbankan 48 nyawa, tiga daripada mereka yang terkorban adalah orang orang kesayangan Tan Sri Musa Hitam sendiri. Anaknya  Rashid Musa atau dikenali sebagai Carlos Rashid yang
berumor 31 tahun pada masa itu  telah terkorban menantunnya iaitu isteri kepada Carlos Rashid dan anak mereka juga menjadi korban didalam peristiwa tregidi berdarah ini.

Adakah semuanya ini berlaku secara koinsiden  atau pun adakah ianya adalah balasan didunia terhadap mereka mereka yang telah menginayai orang orang kampong yang tidak berdosa dan yang tidak bermaya.  Ini adalah sesuatu yang perlu direnungi oleh mereka mereka yang  telah
dimandatkan oleh rakyat untuk memerintah negeri dengan adil dan saksama.   Untuk mereka mereka yang telah dimandatkan oleh rakyat , janganlah sia siakan harapan mereka.   Mereka tidak melantikkan kamu untuk memusohi mereka sendiri.~C.I.A REFORMASI

STRANGE BUT TRUE

Sumber :Reformalteur.Terima Kasih.