KONSPIRASI AYAM

Sewaktu menjamu selera di rumah seorang sahabat pada hari kedua 'Aidil Fitri, Hamid bertanyakan pada tuan rumah, Rafie mengenai rendang ayam yang disajikan. Hamid berkata, "Sedap bini engkau buat rendang ni. Ayam daging ke, ayam kampong?" Jawab Rafie, "Rasanya ayam daging le." Kemudian sambil tersenyum Rafie berkata, "Mid, kau nak tahu pasal ayam tak?" Hamid berhenti mengunyah daging ayam. Dia berasa tidak sedap hati, lantas bertanya, "Apasal? Ayam ni tak elok ke?" Rafie ketawa besar dan menjawab, "Taklah. Cuma aku teringat kisah aku waktu student di overseas dulu. Pasal pengalaman aku pergi ke tempat sembelih ayam."~C.I.A REFORMASI

Menurut Rafie, ayam-ayam yang hendak disembelih akan diletakkan dalam peti-peti plastik dan dimasukkan ke dalam lori. Sampai saja di tempat sembelihan, pekerja-pekerja akan menurunkan peti-peti ayam ini dan diletakkan di luar bangunan penyembelihan. Ayam-ayam ini "menunggu giliran" untuk disembelih. Kadangkala ada peti yang retak sehingga ayam boleh menyelit keluar. Yang anehnya tambah Rafie, ayam yang berjaya keluar tidak pula melarikan diri dari situ. Malahan ayam ini akan mencari makanan di sekitar kawasan itu.

Apabila tiba "giliran" untuk dibawa masuk ke tempat sembelihan, pekerja akan mengeluarkan ayam-ayam ini dari peti dan mencangkut kaki ayam ke pencangkuk yang digerakkan oleh satu sistem konveyor. Ayam yang disangkut dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah tidak dapat bergerak atau melarikan diri. Di peringkat ini ayam-ayam itu masih tidak menghiraukan keselamatan diri masing-masing. Pencangkuk yang bergerak akan membawa ayam ke satu alat "stun" di mana arus elektrik dialirkan ke tubuh ayam itu. Ayam yang terkena kejutan elektrik ini akan pengsan seketika. Setelah melepasi alat elektrik ini ayam tersebut akan melalui petak pisau otomatik. Pisau yang sangat tajam ini akan mengelar leher ayam seperti cara manusia menyembelih ayam. Maka akan bersemburlah darah ayam yang disembelih.

Ayam yang pengsan tadi akan sedar dan menggelupur sambil mengeluarkan bunyi bising. "Mana tak menjerit kuat-kuat kalau leher sudah kena kerat," sampuk isteri Hamid, Norziah yang berhenti makan sejak cerita ayam dimulakan. "Tapi menggelupur time tu dah guna lagi. Bukannya boleh selamatkan diri lagi," celah isteri Rafie, Sharifah. "Alah, bagilah dia habiskan cerita," kata Hamid. "Lepas kena pisau, ayam akan dibawa konveyor tu masuk ke dalam air panas yang menggelegak. Selalunya pada masa ni ayam tadi dah kojol," sambung Rafie.

"Macam mana pula ayam-ayam lain yang kena gantung tu? Diaorang tak buat apa-apa ke?", tanya Norziah. Jawab Rafie, "Geng yang lain tak buat apa-apa pun. Menjerit tidak, meronta pun tidak." Sharifah menambah, "Agaknya ayam lain fikir - Ini bukan masaalah aku. Yang kena pisau ayam lain. Aku masih okay." Norziah membalas sambil menggeleng kepalanya, "Tak patut betul. Member kena sembelih diaorang buat dek aje." Hamid yang khusyuk mendengar cerita Rafie memberi komen, "Aku rasa kalau ada ayam kampong di luar sana mesti dia datang tolong ayam tadi." "Tapi macam mana ayam kampong nak tolong kalau sampai saja kat pagar pak guard ambil kayu dan perambat diaorang?" tanya Norziah dengan nada serius.

Rafie yang tersenyum lebar berkata, "Aku bawak cerita ayam ni ada sebab." "Apa sebab?" tanya Hamid. Balas Rafie, "Ha...korang tengok lah keadaan negara kita sekarang ni semenjak Anwar kena pecat. Kau tak nampak ke persamaan cerita ayam aku tadi dengan hal kezaliman, reformasi dan sebagainya?"  Mereka cuma menggelengkan kepala masing-masing. Sambung Rafie, "Ayam yang kena sembelih tu macam Anwar..." "Apasal pulak?" celah Hamid dengan spontan. "Selepas dah kena pecat oleh Mahathir barulah Anwar nak melawan. Tapi dah lambat sebab Mahathir guna semua jentera polis, mahkamah dan media untuk tekan Anwar."

"Kalau macam tu Mahathir macam tukang sembelihlah," kata Sharifiah. "Okay, okay bagi can I teka pula," kata Norziah. "Pak guard tu macam polis, FRU dan SB, betul tak?" Rafie mengangguk tanda setuju sambil ketawa berdekah-dekah. ~C.I.A REFORMASI

"Ayam kampong tu siapa pula?" tanya Rafie dengan nada riang.  "Orang kampong," jawab Hamid. "Kurang tepat," balas Rafie. "Hah, I tahu. Kitalah - puak RE-FOR-MA-SI!" sahut Norziah sambil mengajuk cara reformis berdemonstrasi. Riuh rendah suasana rumah diselangi tepukan meja oleh Rafie.

"Oh! ya. Sebelum aku terlupa. Agaknya ayam di luar peti tadi macam golongan mana?" sambung soal jawab Rafei. "Orang kampong," cuba Hamid sekali lagi. "Eh, I rasa orang DAP - duduk atas pagar", celah Norziah. "Bukan, bukan. Rasanya orang yang tak dapat cukup maklumat pasal hal ini semua," jawab Sharifah. "Sharifah tak boleh kira sebab dia dah dengar cerita ni," ujar Rafie sambil membuat tanda X dengan kedua-dua jari telunjuknya.

" Okay, last one. Siapa pula ayam yang tergantung tunggu giliran nak kena sembelih?" tanya Rafie. "Diaorang ni...," mula Sharifah sebelum Rafie menyampuk, "You tak boleh jawab. Bagilah orang lain teka." Norziah menyahut, "Ayam tergantung tu orang-orang tak berparti." "Tet!!! Kurang tepat," kata Rafie dengan nada berseloroh. "Mid, siapa diaorang ni?" tanya Rafie sambil menoleh ke sebelah kanannya. Hamid menjawab, "Itulah rakyat Malaysia yang anggap soal-soal kezaliman yang berlaku sekarang bukannya masalah mereka. Kalau tak kacau periuk nasi mereka, diaorang tak ambil hal pasal masalah orang lain. Orang macam ni kalau masa mereka pula terkena, jangan haraplah orang lain nak tolong. " ulas Hamid dengan bersemangat.

"Bang, lepas dengar cerita ni tak selera pula Zie nak pergi makan di KFC," ujar Norziah sambil ketawa.

Sekian buat renungan,
Sumber: Insan Berfikir,Ulu Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor Terima Kasih.~C.I.A REFORMASI