PENYAMUN TARBUS KEMBALI KE BANK NEGARA

Semasa menjadi Menteri Kewangan buat kali pertama, Daim Zainuddin telah melantik Tan Sri Jaffar Hussein sebagai Gabenor Bank Negara pada tahun 1985. Tan Sri Jaffar dan penasihat kanannya, Nor Mohamed Yackop telah melancarkan  program dagangan matawang yang disifatkan oleh ahli-ahli bank dan pedagang matawang antarabangsa sebagai berisiko amat tinggi. Bank Negara di bawah pimpinan mereka berdua ini kerap melakukan spekulasi yang agresif di pasaran matawang jangka pendek. ~C.I.A REFORMASI

Kegiatan yang melibatkan berbillion ringgit simpanan negara pada mulanya mendatangkan hasil yang lumayan. Kejayaan ini membuat Jaffar dan Nor Mohamed bertambah yakin dengan strategi mereka. Keghairahan mengaut keuntungan berlipat-ganda menyebabkan pimpinan Bank Negara lupa akan tanggungjawab utama bank pusat yakni menjamin nilai simpanan negara tidak tergugat. Mereka lupa bahawa pada yang sama perjudian sebegini mendedahkan Bank Negara kepada risiko yang sangat besar.

Keagresifan spekulasi Bank Negara Malaysia sampai ke satu tahap yang mencemaskan sehinggakan Bank of England, Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat (US Federal Reserve) dan banyak bank-bank antarabangsa menganggapnya sebagai faktor porak-peranda (destabilizing influence) di pasaran matawang antarabangsa. Yang pasti pihak-pihak ini tidak menyenangi tindak-tanduk Bank Negara.

Pada tahun 1992 Jaffar dan Nor Mohamed telah membuat spekulasi berani terhadap matawang Pound British. Malangnya pada masa yang sama pedagang matawang, George Soros telah memulakan serangan spekulasi terhadap Pound.  Bank of England gagal mempertahankan nilai matawang UK dari serangan Soros. Perjudian Jaffar dan Nor Mohamed menjadi punah apabila nilai matawang Pound jatuh menjunam . Strategi spekulator Malaysia berdua ini tidak dapat menyaingi kehebatan Soros. ~C.I.A REFORMASI

Apabila tindakan susulan untuk memulihkan keadaan tidak berhasil, Bank Negara terpaksa mengakui kerugian yang dialami.  Kerugian yang ditanggung oleh Malaysia pada tahun 1992 sahaja dianggarkan  di sekitar 12 billion ringgit! Bagi tahun 1993 Bank Negara telah mengumumkan kerugian dagangan matawang tambahan sebanyak 5.7 billion ringgit.   Ini bererti kerugian keseluruhan mencecah angka 17 billion ringgit!

Ketika skandal kerugian dagangan matawang masih belum diketahui umum, Daim melepaskan jawatan Menteri Kewangan dengan alasan kononnya tidak lagi berminat menjadi seorang menteri. Pada 3 April 1994  Anwar Ibrahim yang menggantikan Daim mengumumkan perletakan jawatan Jaffar sebagai Gabenor Bank Negara disusuli dengan Nor Mohamed beberapa hari kemudian. Jaffar mengakui melakukan kesilapan dalam mengendalikan kegiatan spekulasi matawang. Akan tetapi dia tidak pula memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan sumber kewangan negara yang telah diamanahkan kepadanya.

Peristiwa penyalahgunaan simpanan negara tidak pernah didedahkan secara terperinci oleh Dr Mahathir kepada rakyat Malaysia.  Banyak persoalan masih tidak berjawab :-

* Apakah Jaffar dan Nor Mohamed bertindak secara bersendirian?

* Tidakkah Daim Zainuddin mengetahui kegiatan spekulasi matawang Bank Negara?

* Mengapa Dr Mahathir menyifatkan hanya aktiviti spekulasi matawang oleh Soros tidak bermoral? Tidakkah spekulasi matawang oleh Jaffar dan Nor Mohamed juga TIDAK BERMORAL?

Selepas Anwar dipecat, Abul Hassan yang mempunyai kes rasuah di EPU telah dilantik menjadi Gabenor Bank Negara. Daim kembali memegang jawatan Menteri Kewangan. Nor Mohamed pula telah melepaskan jawatannya di Abrar Group dan menyertai Bank Negara semula!  Apakah akan selamat khazanah negara di tangan-tangan penyamun tarbus ini?~C.I.A REFORMASI

*  Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat yang diperolehi di laman www.freemalaysia.com
Sumber:  Rasputin