Masa Depan DSAI dan Pilihan Survival
bangsa Malaysia
Mahkamah telah menentukan nasib DSAI bersalah didalam tuduhan melakukan rasuah, yang mana tidak pernah terfikir oleh kita sanggup dilakukan oleh pihak-pihak tertentu melalui pendakwaan
keatas seorang pemimpin yang berjiwa rakyat,berakhlak dan mempunyai perwatakan berjiwa Islam di negara tercinta ini. ~C.I.A REFORMASI 

Bebagai andaian dan teori dikemukakan mengenai pemecatan DSAI dan pada hemat saya ianya boleh dikelasifikasikan kepada beberapa teori:

1.Kesemuanya adalah berunsurkan politik terutamanya melalui konspirasi politik yang diketuai oleh pemimpin negara sendiri(seperti didakwa DSAI) ,memandangkan suasana kegawatan ekonomi telah menampilkan pelbagai kemungkaran ekonomi dan politik di negara tercinta ini terutamanya yang
berkaitan kronisme,korupsi,pilih kasih, nepotisme,diktatorship dan sebagainya.Dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara di Asia termasuk Malaysia dan kejatuhan Presiden Suharto yang telah memerintan Indonesia selama 37 tahun, telah mewujudkan rasa cemas dan takut yang amat sangat kepada segelintir pemimpin politik di Malaysia yang merasakan kepentingan mereka terancam dan masih menganggap diri mereka adalah yang terbaik dikalangan pemimpin negara ini.Keadaan ini telah memaksakan satu perencanaan rapi dilakukan untuk menidakkan keupayaan DSAI untuk mentadbir negara tercinta ini dengan apa cara sekalipun walaupun melalui cara yang
begitu dasyat dan menjijikkan dan tidak pernah berlaku dalam tamaddun manusia khususnya dizaman moden ini.Tambahan pula media antarabangsa sentiasa menceritakan mengenai keburukan pemerintahan negara dan menonjolkan DSAI sebagai altenatif yang terbaik didalam menanggani
kegawatan ekonomi negara.. ~C.I.A REFORMASI 

2.Pemecatan ini di ilhamkan oleh orang-orang rapat/kanan dengan pemimpin negara(semua tahu) yang mempunyai kepentingan diri seperti yang pernah terjadi keatas  Hang Tuah di Melaka,Hang Nadin di Kemasik(Singapura).Mereka-mereka ini merupakan dalang, kroni-kroni dan hulubalang yang sentiasa menjaga kepentingan diri  dan mencocok pemimpin negara didalam pelbagai urusan negara.Nasihat-nasihat jahat inilah yang telah mewujukkan kegawatan sekarang.

3.Pemecatan kemungkinan didalangi oleh kuasa luar(asing) yang ingin membendong kebangkitan Islam di Malaysia yang bakal diterajui oleh DSAI.Potensi DSAI yang begitu menyerlah telah menimbulkan ketakutan sehinggalah berbagai usaha dilakukan untuk memusnahkan kareer politik
DSAI.Memang tabiat kuasa besar terutamanya yang ada hubungan dengan yahudi melakukan apa sahaja unuk menjaga kepentingan mereka.Tambahan pula dalam UMNO sendiri memang ada sebilangan" ahli "yang tidak suka kepada perkara-perkara agama.

4.DSAI  adalah rival dan mempunyai cita-cita dan matlamat politik yang besar.Kehebatanya didalam melonjak dengan pantas dalam hieraki politik Malaysia didalam tempuh 17 tahun,telah menimbulkan iri hati,suspicious, dan ketakutan kepada yang berkuasa dan dalam politik semuanya adalah possible
dan akan berlaku pada bila-bila masa seperti yang pernah berlaku kepada Tun Ghaffar BaBa yang dinafikan jawatan Timbalan Presiden.Situasi ini menimbulkan pelbagai tafsiran. Sebelum menjadi kenyataan biarlah ia dibunuh terlebih dahulu sebelum sukar dikawal. ~C.I.A REFORMASI 

Sekiranya DSAI didapati tidak bersalah semuanya akan berasa lega(tidak bagi pemerintah) tetapi jika sebaliknya berlaku ,apakah impikasinya?Salah atau tidak salah tidak penting lagi dan memang sebahagian besar rakyat tidak percaya lagi kepada sistem keadilan dan pemerintahan negara.Dalam hal ini bagaimanakah kedudukan politik DSAI?  Adakan beliau akan diterima semula dalam UMNO,masuk PAS,tubuh parti baru atau bagaimana?

Dalam hal ini saya ingin mencadangkan sebagai anak bangsa Malaysia,supaya DSAI mengadakan perbincangan dengan semua parti-parti politik pembangkang di Malaysia seperti DAP,PAS,PBS dan sebagainya dan dicadangkan penubuhan sebuah parti politik baru yang berteraskan perpaduan dan pembaharuan dinegara ini yang meliputi pelbagai bangsa dengan Melayu Islam memegang
beberapa jawatan penting dalam parti dan pemerintahan negara(Perlu dimasukkan dalam perlembagaan parti dan mesti dipersetujui oleh bangsa-bangsa yang lain dan jika menang pilihanraya mesti dimasukkan dalam perlembagaan negara bahawa Perdana Menteri sampai bila-bila mestilah
seorang MELAYU ISLAM dan tidak seperti sekarang ini yang bergantung kepada parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen yang terbanyak).Perlu di terperincikan lagi.

Strukturnya mestilah mewakili pelbagai bangsa dengan DSAI sebagai Presiden dan  didokong oleh wakil-wakil lain.Parti asal setiap wakil perlu dibubarkan dan setiap ahli parti secara otomatik akan menjadi ahli parti yang baru ini yang dicadangkan namanya "Parti perpaduan dan pembaharuan
rakyat malaysia( PPPRM)" selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di negara ini sekarang. ~C.I.A REFORMASI 

Kita tidak mahu lagi parti yang berbentuk perkauman seperti yang ada dalam barisan nasional  sekarang yang hipokrit tetapi kita memerlukan sebuah parti yang akan memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia terutamanya yang miskin,tertindas dan ketinggalan dalam serba serbi yang kebetulanya adalah bangsa Melayu dan Bumiputra yang lain.Parti baru pelbagai bangsa tetapi
kepimpinan utamanya adalah diterajui oleh Melayu Islam didalam erti kata yang sebenarnya.

Kemungkinan proses mewujudkanya akan menghadapi sedikit masalah teknikal terutamanya nilai "kepercayaan" dan semangat kuat kepartian ahli masing-masing tetapi insyaallah dengan kesedaran dan semangat untuk menumbangkan BN yang telah memerintah terlalu lama dan masa yang amat
kritikal dan sesuai sekarang ini bagi melakukan perubahan dalam sistem politik negara,inilah pilihan yang terbaik demi menjamin keamanan dan kemakmuran negara dimasa depan.

Orang yang bolih memberi pimpinan dan menjayakanya adalah tidak lain dan tidak bukan DSAI sendiri.Itulah kelebihan Allah berikan untuk DSAI dan percayalah usaha murni ini jika dirancangkan dengan teliti dan diberi kefahaman yang jelas kepada seluruh rakyat,insyaalah akan menerima sambutan yang baik dan tidak berlaku seperti parti negara yang ditubuhkan oleh Allahyarhan Dato ONN bin Jaafar dahulu. ~C.I.A REFORMASI 

Setiap pemimpin parti politik perlu berkorban dan melihat kehadapan untuk negara.Marilah kita membuat perubahan melalui perpaduan dan pembaharuan demi masa depan rakyat dan negara tercinta ini.Hidup keadilan dan mampus segala bentuk kemungkaran yang berlaku dinegara ini.Percayalah bukan BN sahaja yang bolih memberi kesejahteraan kepada rakyat negara ini.Altenatif yang terbaik  ialah melalui satu parti yang diterima semua bangsa untuk kebaikan bersama.Bersama kita menuju KEMAKMURAN dan inilah masa yang paling sesuai sebelum peluang keemasan ini meninggallkan kita buat selama-lamanya..Wassalam.
 
Sumber:"Fauziah"