TAN SRI MUSA DAN REFORMASI

Tan Sri Musa Hitam Bekas Timbalan Perdana Menteri I merupakan seorang tokoh politik yang tersingkir dalam arus politik Mahathir. Saya melihat ketokohan Musa Hitam adalah setanding dengan Anwar Ibrahim. Otaknya amat tajam dan percakapannya tersusun semasa berhujjah. Tidak seperti Pak Lah yang tergagap-gagap dalam memberikan hujahnya. ~C.I.A REFORMASI

Tan Sri Musa Hitam telah di wawancara oleh Utusan Malaysia dan beliau telah banyak beri panduan kepada Pak Lah untuk menghadapi DR M. Satu komennya ialah bahawa DR M tidak bersedia berkongsi kuasa dengan TPM dalam banyak hal. Beliau mengaku kesilapannya kerana terlalu syok dengan gandingan 2M. Hasil dari komen tersebut Pak Lah dalam wawancara dalam TV
tempoh hari telah secara jelas mengambil nasihat Musa Hitam. Pak Lah mengaku dan akur beliau hanya Pembantu DR M. Akan buat apa yang disuruh.

Mengenai Tan Sri Musa Hitam, walaupun telah mengaku bersara tapi masih berbisa. Semasa sesi pidato umum di UKM baru-baru ini telah menunjukkan sikap yang gentlemen dengan memberikan pandangan yang berani. UMNO perlu ingat 3 'dirty words' yang tidak boleh ada dalam kerajaan secara berleluasa RASUAH, KRONISME, NEPOTISME. Nak benteras 100% mungkin susah
tapi jangan ianya jadi amalan dalam kerajaan.

Sesi Pidato Umum itu jadi gamat dengan senda gurau yang sinis yang kalau di amati mencerminkan pandangan sebenar beliau mengenai situasi politik semasa tanahair. Walaupun beliau masih berada dalam UMNO beliau akur tentang riak-riak dan ombak Reformasi yang boleh menghancurkan UMNO. Katanya UMNO ditubuh dengan tujuan untuk membantu orang Melayu. UMNO itu
Melayu dan Melayu itu UMNO....tapi kini UMNO tercabar. Kerana sikap pemimpin yang mementingkan kebendaan hingga lupa tentang khidmat yang perlu diberikan kepada orang Melayu.

Belaiu mengimbas kembali bagimana Tunku diingatkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 bahawa Tunku sudah tidak relevan kerana sudah terlalu lama memerintah (lebih 10 tahun). Kerana terlalu lama memerintah orang disekelilingnya menjadi 'yes man' yang memberikan kata-kata manis sahaja
yang jauh dari realiti sebenar.

Kini situasi yang sama berlaku ke atas Mahathir. Katanya Mahathir tentunya tidak akan memerintah selama-lamanya. Dari peringatan ini sepatutnya Mahathir sudah menyiapkan diri untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada orang yang paling dipercayai. Selama 16 tahun DSAI telah diasuh dan rakyat telah menerima DSAI sebagai bakal pemimpin yang dinantikan untuk membawa arus baru dalam alaf mendatang. Kalau lah kes pemecatan DSAI tidak berlaku dan DR M menyerahkan tampuk pemerintahan kepada DSAI selepas pilihan raya umum akan datang, maka sudah tentu DR M akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin agung Malaysia dan Bapa Perindustrian Malaysia. Tapi ini tidak berlaku. ~C.I.A REFORMASI

Tan Sri Musa Hitam mengakui bahawa DR M merupakan seorang pemimpin yang jauh ke depan dalam banyak segi. Cerita tentang bagaimana DR M sangat teliti sehingga tiang lampu senget pun diberi perhatian mengambarkan betapa telitinya DR M dalam urusan pentadbirannya. Usahanya memajukan negara memang tidak dinafikan. Cuma katanya sifat Self Confidence yang ada pada DR M sangat tinggi. DR M sangat percaya kepada apa yang hendak dilakukkannya. Ini mungkin menimbulkan sedikit masalah kerana kadangkala lupa melihat realiti sebenarnya.

Menyentuh tentang perjuangan UMNO dalam pendidikan orang Melayu, Tan Sri Musa Hitam amat sedih mendengarkan bahawa Melayu masih di takok lama juga. Usaha perlu dibuat untuk menyedarkan pemimpin UMNO tentang pentingnya agenda pendidikan kebangsaan diperjuangkan. Beliau sendiri menawarkan diri untuk membantu para cendiakiawan Melayu bagi membolehkan
isu ini dibawa ke peringkat tertinggi UMNO dan kerajaan. Ini jelas menunjukkan semangat juang Tan Sri Musa masih panas walaupun dalam usia lebih 65 tahun.~C.I.A REFORMASI

Saya melihat ini satu dari semangat reformasi yang ada dalam jiwa seorang pejuang bangsa yang ada pada beliau. Beliau merupakan seorang yang amat lembut dan sentiasa terukir senyuman  semasa berbicara tapi tegas dalam prinsipnya. Satu impian saya dahulu ialah ingin melihat beliau menjadi PM menteri tidak kesampaian. Tapi siapa tahu ALLAH menentukan segalanya.

Sumber:Seorang reformis yg menggelarkan dirinya"Chon Kong".Terima kasih.