Menjawab Saranan Rakan DAP

     Assalamu’alaikum.
     Saya tidak bersetuju bahawa PAS harus mengorbankan matlamat penegakan negara
     Islam semata-mata kerana ingin memenangi pilihanraya secara menyeluruh dalam siri
     pilihanraya yang akan datang ini.~C.I.A REFORMASI

     Biar bagaimana indah sekalipun prospek di hadapan kita dari segi kemenangan dalam
     perjuangan yang panjang ini, namun ia tidak seharusnya membuatkan kita lupa akan
     matlamat sebenar perjuangan tersebut.

     Sebagaimana yang disebut oleh rakan kita dari DAP ini (dalam extract di bawah artikel
     ini) yang diambil dari:

     http://www.malaysia.net/dap/view.htm;

     “Undecided non Muslims might also shy off such a coalition. They fear a DAP-Pas
     coalition would lead to either 1) an islamic state, or 2) a breakdown in the partnership
     because DAP wouldn't accept an Islamic state after the polls.”~C.I.A REFORMASI

     Jadi nampaknya punca masalah bagi mereka ini telah dijelaskan oleh mereka sendiri
     iaitu “they fear” (mereka takut). Setelah punca masalah ini dikenalpasti, maka akan
     timbul beberapa persoalan:

     1. Apakah sebuah matlamat agung, sebuah ideologi agung, dan sebuah negara agung,
     harus dikorbankan hanya kerana sebuah “ketakutan” yang mungkin tidak berasas sama
     sekali?

     2. Atau apakah Islam itu sendiri mahu dikompromikan untuk menutup sebuah
     ketakutan yang mereka sendiri tidak tahu apa puncanya dan kerana mereka enggan
     mencari penyelesaian kepada punca ketakutan itu?

     3. Atau apakah kita juga turut tidak memainkan peranan secukupnya dalam
     menjelaskan kepada mereka bahawa ketakutan mereka itu sebenarnya tidak berasas
     sama sekali?

     Persoalan pertama dan kedua mungkin dapat dijawab dengan mudah, seperti: 1. Tidak
     harus, dan 2. Tiada kompromi.

     Tetapi bolehkah kita menjawab soalan ketiga itu dengan memuaskan?

     Maka sebab itulah saya berpendapat bahawa perjuangan politik seumpama PAS harus
     bertitik-tolak daripada konsep asalnya yakni, dakwah -- dakwah sebelum menang,
     dakwah dalam proses kemenangan dan dakwah selepas mencapai kemenangan. Dan
     dakwah juga bil-lisan (mulut) dan dakwah bil-hal (contoh perbuatan).

     Sebelum kemenangan, apa yang dapat dilakukan oleh PAS dalam menghapuskan
     ketakutan atau phobia di kalangan non-muslim DAP atau lainnya ini mungkin terbatas
     setakat bil-lisan (dengan penerangan yang lebih agresif) dan mungkin bil-hal dalam
     konteks Kelantan sebagai contoh sebuah kerajaan separa-Islam (pemimpin yang
     Islamik tanpa perundangan Islam) yang berjaya ditadbir dengan jujur, amanah dan adil.

     “Kalau kemenangan ini dapat kamu capai dalam waktu yang singkat, nescaya ramailah
     di kalangan mereka yang akan menuruti kamu, tetapi ianya panjang dan penuh duri” -
     mafhum ayat.~C.I.A REFORMASI

     Sebab itulah majlis penerangan, atau sekurang-kurangnya pertemuan dua-mata, harus
     diperbanyakkan terutamanya di kalangan kepimpinan DAP, walaupun kita tidak
     menolak kemungkinan bahawa mereka itu sudah pun faham akan apa sebenarnya yang
     dimahukan oleh PAS, sebagaimana yang diucapkan sendiri oleh Lim Kit Siang:

     “..Secondly, Islamic State as it is generally understood would be a theocratic state
     based on the Holy Quran which of course we respect. So we can understand when
     Muslims accept Islamic State.” (Harakah 19/2/99, m.s. 20)

     Tetapi apabila ditanya lagi:

     “But PAS has already agreed to power-sharing, and they said even with the devil they
     would share power!”, Lim menjawab;

     “I think we should have more dialogues and discussions.” (Ibid, m.s. 21)

     Namun satu pengakuan terus-terang Lim yang saya rasa harus dipuji ialah apabila
     beliau berkata;

     “The very fact that DAP and PAS are working on certain common issues of justice for
     the people is already seen as a ‘sell-out” by the DAP. We probably have to pay an
     electoral price for it.” (Ibid.)

     Kalaulah sebuah kerjasama dalam persoalan keadilan pun sudah dianggap oleh
     setengah kalangan DAP sebagai sebuah “sell-out” di mana mereka harus pula “pay an
     electoral price for it” (dalam statementnya yang terbaru), apakah masih wujud
     saki-baki kemungkinan dan harapan bagi mereka untuk menerima konsep sebuah
     negara Islam dan bekerjasama dengan PAS atas prinsip tersebut? Jawapannya,
     mungkin tidak, buat masa ini.

     DAP merasakan bahawa saham mereka masih tinggi sebenarnya, dan saya tidak
     menyalahkan mereka jikalau mereka berasa demikian. They have earned it, directly
     and indirectly. Directly, apabila mereka mengusahakannya dengan gigih, dan indirectly,
     apabila imej PAS telah dan sedang dirosakkan dengan teruk oleh media umno.

     Maka untuk menghapuskan “ketakutan” ini, saya rasa perlu kepada masa yang
     panjang, tetapi mengorbankan prinsip Islamic State bukanlah jawapannya sama-sekali.
     Kerana di situlah letaknya kekuatan PAS, maruah PAS dan redha Allah kepada
     pendukung PAS. Tidak ada ertinya PAS tanpa Islam dan matlamat agung tersebut.

      Untuk waktu terdekat, matlamat paling ideal yang boleh dicapai oleh PAS (and
     DAP too for that matter) ialah sebagaimana yang digariskan sendiri oleh Lim Kit Siang:

     “I think what we can achieve is a denial of two-third majority. And for Malaysians, the
     denial of two-third majority would be a great political event.” (Ibid., m.s. 20)
 

Sumber: Honda Civic.Terima kasih.   P/s: Ini cuma pendapat peribadi saya, dan tiada kena-mengena dengan pendapat rasmi PAS. Kesesuaiannya masih boleh diperbincangkan.~C.I.A REFORMASI