Make your own free website on Tripod.com
SUDAH SAMPAI MASANYA KARIER POLITIK
MAHATHIR DIKUBURKAN.

     KEGERUNAN Mahathir menyaksikan bayang-bayang perbuatannya yang menafikan
     hak rakyat dan keadilan, melakukan pelbagai penyelewengan harta rakyat, memfitnah
     secara membuta tuli, mengguna dan mengugut jentera dan kakitangan kerajaan supaya
     melakukan sesuatu yang tidak beretika guna menyokong segala salahlakunya -
     segala-galanya kini datang menyeksa jiwa dan perasaannya bagai sengatan
     kala-jengking.~C.I.A REFORMASI

     Ucapan Dr. Mahathir di London menunjukkan bahawa dia sudah terlalu 'desperate'.
     Penuntut Malaysia disana diugut supaya menyokongnya. Malah menggertak mereka,
     bahawa penuntut yang menyoalnya boleh disaman malu.

     'Telunjuk Lurus Kelingking Berkait'
     Di Sabah, sekali lagi Mahathir menunjukkan sifat 'telunjuk lurus kelingking berkait'
     dengan berkata bahawa 'undang-undang di Malaysia adalah telus'. Banyak yang
     menarik nafas panjang mendengar Mahathir bercakap bagai orang sedang mengigau
     disiang hari. Undang-undang Malaysia tidak ada cacat celanya. Tetapi undang-undang
     itu akan "cela" bila ia dilaksanakan dengan campurtangan langsung oleh orang berkuasa
     seperti Mahathir yang mengugut dan merasuah pihak yang terbabit menjalankan
     undang-undang dan penghakiman tersebut.

     Kini nampak jelas, Jabatan Peguam Negara bagai sebuah "Panggung Boneka" dengan
     lakunan sandiwara gila di "Mahkamah Kangaroo" yang berhakimkan seekor "Beruk".
     Terdapat 'Budak-budak' kurang akal yang berkeliaran ditepi jalan dipaksa menjadi
     saksi hingga sanggup mengatakan bahawa punggungnya telah di "sula" oleh si polan.
     Maka diangkutlah kesana kemari kepingan tilam lusuh yang "berlobang 13" sebagai
     bahan bukti. Tampil pula seorang 'betina sundal' yang mengaku diri umpama 'bidadari'
     yang sengaja diberi rangsangan upah yang dijanjikan beberapa puluh ribu oleh Mahathir
     dan kuncu-kuncu yang berkonspirasi.

     Akhirnya, setelah habis dikupas kulit hingga ke tulang, apabila tidak diketemui isi
     sebenar, maka dipinda pula petuduhan. Pindaan ini menunjukkan 'kedayusan'
     perlaksanaan perundangan di negara ini dibawah pentadbiran Mahathir.

     Makin ramai orang bertanya, adakah Mahathir bercakap melalui 'mulut', 'hidung' atau
     'lubang dubur'nya? Tidakkah bukti-bukti ini menunjukkan Mahathir sudah sampai
     ketahap sewel, nyanyok dan hilang akal? Hematnya, cakap dolak-dalik Mahathir
     seumpama ini tidak ubah seperti orang sedang menunggu tempoh "40 hari".
     Maksudnya: Mahathir sedang menunggu detik nyawanya diragut malaikat. Doakan
     supaya nyawa Mahathir panjang lagi supaya dia dapat merasa dirinya merengkok di
     penjara pula!!~C.I.A REFORMASI

 Sikap Yang Membimbangkan
     Kebelakangan ini, cakap dan perbuatan Mahathir tidak sehaluan lagi. Tidak ada
     'consistancy' antara satu statemen nya dengan statemen yang lain. Ucapannya banyak
     menjadikan rakyat rasa terkejut seolah-olah Mahathir mempunyai satu agenda besar
     yang samasekali tidak diingini rakyat. Mahathir menyebut wujudnya unsur yang
     memecah-belahkan kaum dinegara majmuk ini. Percakapan seumpama ini sangat
     merbahaya. Adakah Mahathir mahu mencetuskan 'pergaduhan kaum' di negara ini
     supaya membolehkan dia mengistiharkan 'pemerentahan Dharurat'. Dengan itu ia akan
     dapat satu 'legal standing' untuk terus berkuasa seperti Marcos?

     Mahathir kena ingat bahawa jika itulah agenda terakhir Mahathir untuk berkuasa,
     rakyat sudah lama bersedia "Tidak akan dapat di tipu dan diabui mata dan fikiran
     mereka"!! Selama beberapa builan ini, Gerakan Reformasi rakyat adalah suatu daya
     yang timbul dari keinginan dan hasrat rakyat berbilang kaum untuk melihat
     KEADILAN ditegakkan di negara ini. Rakyat mengutuk KEZALIMAN yang
     ditunjukkan oleh pentadbiran Mahathir. Rakyat bosan dengan indoktrinasi dan
     kediktatoran Mahathir dalam menangani isu politik, ekonomi dan sosial; pentadbiran
     dan perlaksanaan udang-undang dan penghakiman yang berat sebelah serta tidak
     beretika.

     Gerakan Reformasi Rakyat tidak pernah dilakukan oleh satu pihak. Tidak juga melalui
     kekerasan. Sebaliknya, Mahathir menggunkan pelbagai bentuk kekerasan ketas rakyat
     yang berdemonstrasi. Mereka dikasari, diten dang terjang, dipukul bagai anjing buruan,
     dihumbankan kedalam lokap dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan perubatan setelah
     dibelasah oleh 'Algojo' upahan Mahathir di Bukit Aman. Pengarah besarnya ialah
     Ketua Polis Negara yang kini cuba bersembunyi dengan seribu dalih. Mereka dikena
     tindak ISA yang zalim dan tidak dibenarkan dilawati oleh sesiapa termasuk anak isteri
     masing-masing.

     Apakah Mahathir mentadbir negara dan rakyat seolah-olah rakyat layak hidup dalam
     zaman feudal yang sudah beratus-ratus tahun lupus dari ingatan pemikiran moden yang
     lebih madani?~C.I.A REFORMASI

     Mahathir Memang 'Obsolete'
     Jika Datuk Seri Anwar menyelar Mahathir sebagai 'Obsolete' (ketinggalan
     zaman/usang) memanglah padan dan tepat setepat-tepatnya. Malah Mahathir wajar
     dianggap sebagai 'hampas masyarakat' yang harus diadili, dipenjarakan dan dibiarkan
     mati umpama seekor anjing kurap yang bernajis. Dalam Islam sekali pun, jika seorang
     yang mengaku dirinya Islam tetapi mengkeji Nabi dan Rasulnya, memutarbelitkan
     firman dan hadis mengikut seleranya, menghasut dan memaksa orang lain supaya
     mengikut tafsiran berdasarkan hukum akal yang jelas terkeluar dari landasan ugama
     islam; maka orang itu tidak layak lagi dianggap seorang pemimpin bagi umat Islam yang
     ditadbirkannya. Inilah dia Mahathir yang masih berdegil mahukan dirinya menjadikan
     Perdana Menteri dalam tahun-tahun di abad ke-21 kelak.

     Pendidikan rakyat negara ini sudah sampai ketahap mereka mampu berfikir secara
     kritis. Rakyat sudah tidak asing lagi dengan pelbagai perbandingan sistem - samada
     politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan undang-undang dan seumpamanya. Ini sudah
     lama menjadi tradisi rakyat; hematnya sebelum Mahathir dikenali oleh sesiapa sebagai
     seorang ahli politik. Apatahlagi sebagai seorang Perdana Menteri!!

     Buktinya, Negara ini berjaya di-MERDEKA-kan oleh mereka yang telah pergi
     meninggalkan kita. Nama Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussain Onn (yang
     digulingkan oleh Mahathir), dan Tun Abdul Razak yang memberi peluang kepada
     Mahathir menjawat jawatan Menteri Pelajaran; adalah nama0nama yang kekal dibibir
     rakyat.

     Malahan, Mahathir juga adalah naik ke mercu kejayaan semata-mata kerana sokongan
     rakyat yang kritis. Jika tidak sokongan para mahsiswa Universiti yang dipelopori oleh
     Sdr. Anwar Ibrahim (seorang undergrad di Universiti Malaya - tahun 1969), mungkin
     kini Mahathir tidak lebih dari seorang banduan yang merengkok berpindah-randah dari
     satu penjara kesebuah penjara lain. Pada waktuy itu, Mahathir lebih dikenali sebagai
     seorang "ULTRA", orang 'buangan UMNO', seorang yang tidak dikehendaki oleh
     rakyat..!! UMNO membenci sikap mereka yang bersengkita untuk merebut dan
     mendapat 'kuasa'. Tetapi Mahathir telah mencetuskan budaya itu. Mahathir memang
     punya sikap 'suka bersengkita' dan bermusuh-mushan sesama sendiri.

     Peristiwa Ini Sebagai Sejarah
     Ramai yang meramalkan bahawa Mahathir sedang menuju kearah kehancuran dirinya
     sendiri. Bersma-sama kajatuhannya, akan dibawa bersekali UMNO/BN, suku-sakat
     dan kroninya, ide-ide yang dipeloporinya dan divisikannya seperti 'Wawasan 20-20',
     konsep 'Masyarakat Malaysia ala Mahathir', Pengkoporatan dan 'Malaysia
     Incorporated'. Malaysia belum bersedia untuk 'ke bulan' bersama-sama Mahathir yang
     terkatung-katung terkecundang umpama 'ponggok kesiangan'..!!

     Mahathir lupa 'to go back to basics'. Projek mega Mahathir tidak lebih dari
     canang-canang kosong penyedap hati umpama seorang pengail yang 'berumpan seekor
     dan berkail sebentuk'. Masih tidak insaf kekurangan diri, lantas Mahathir hendak
     mengaharung lautan gelora dengan sampan kolah berpengayuh satu. Hari ini jelas,
     dengan terperuknya nilai mata wang oleh mereka yang arif dibidang itu, nilai saham
     korporat suku-sakat dan kroni-proksi Mahathir tunggang terbalik hingga Mirzan anak
     Mahathir sanggup mencerakan diri hingga hampir membunuh diri.

     Kerana kedegilan Mahathir juga, hari ini Mahathir umpama seorang "Raja yang
     bertelanjang dikhalayak ramai". Malangnya Mahathir merasa dirinya sedang disaluti
     pakaian yang bernilai berbillion dolar!! Rakyat sedang mencemek muka meludah-ludah
     jijik.

     Tetapi, yang parah ialah rakyat!! Sampai mati, Mahathir masih menafikan bahawa
     segala kerumitan rakyat adalah bersebab dari perbuatannya. Dia menuding tangan
     kepada semua orang. Sejak 2 September 1998 (hampir genap 5 bulan), DS Anwar
     adalah orang yang dituduhnya sebagai menteri yang menyebabkan kekalutan ini
     berlaku. Tapi rakyat sudah tahu bahawa Mahathir adalah orang yang seringkali
     bertelagak dan berperang mulut dengan DS Anwar kerana apa yang dilakukan oleh
     Mahathir amat janggal dan tidak sehaluan dengan amalan dunia yang bertamaddun.

     Masehkan lagi Mahathir berfikir bahawa dia adalah seorang yang dikehendaki rakyat?
     Kalau masih dia berfikiran begitu, bermakna Mahathir sudah mati sebelum ditanamkan
     6 kaki dalam tanah. Tubuhnya masih bergerak tetapi jiwanya sudah lama 'mati'.

     Sudah sampai masanya karier politik Mahathir dikuburkan. Rakyat tidak mampu lagi
     berlanjutan menanggung Mahathir sebagai 'liabiliti'. Mahathir, UMNO, Barisan
     Nasional perlu diganti sekrang. Semua yang terlibat dalam 'Konspirasi Politik'
     mengkhianati DS Anwar wajib dihadapkan ke mahkamah rakyat dan diadili. Setelah
     mereka didapati bersalah, mereka wajib didenda dan segala harta rompakan dan
     rasuah mereka dirampas dan dipulangkan ke Perbendaharaan rakyat. Mereka hanya
     layak menerima ganjaran persaraan selaras dengan undang-undang. Era "KKN ala
     Mahathir" akan dijadikan pengajaran kepada pemimpin di masa hadapan.

     Mungkin inilah keputusan rakyat yang paling mengerikan Mahathir hingga
     menyebabkan ia bermati-matian untuk terus berkuasa!!~C.I.A REFORMASI

     TUNGGU MAHATHIR, TUNGGU….!!

     Sumber: Hasmizan Aqil .Terima kasih