AWAS..!! KEGILAAN MAHATHIR SUDAH MEMUNCAK!!

Peristiwa-peristiwa Parah
TIGA Peristiwa besar berlaku dalam minggu ini. Ketiga-tiga peritiwa itu membuktikan Rakyat sudah muak dan bosan dengan ''kelentong'' Mahathir. Saya dan rakan-rakan yang selama ini memperjuangkan UMNO dan BN merasa amat kecewa. Perjuangan kami berakhir dengan sia-sia.

Pertama, ucapan Dr. Mahathir di Sabah. Nampaknya Mahathir masih belum sedar bahawa UMNO/BN sudah jatuh habis di Sabah. Ucapannya kosong, janjinya kosong, dan tembelang nya makin terserlah. Mereka yang hadir terdiri dari orang yang tidak faham apa yang beliau cakapkan. Mahathir bercakap bagai orang 'syok sendiri'. Tamat sudah Bab Satu - riwayat UMNO/BN tersungkur di Sabah sudah bermula.~C.I.A REFORMASI

Kedua, peristiwa perhimpunan di hujung kampung kami - di Batu Buruk. Hampir 60 ribu rakyat Terengganu tampil menghadiri perhimpunan sebagai memberi sokongan padu kepada Datin Seri Wan Azizah, isteri YB Datuk Seri Anwar. Kami dari kelompok UMNO merasa  terharu… terharu.. terharu…!!! Mengertilah kami essence politik yang dibawa oleh Gagasan Reformis dan ADIL. Kini kami faham. Matlamat mereka jitu dan kami tidak berupaya membantah kebenaran itu. Jika
politik bermakna 'meraih sokongan rakyat', kami rasa UMNO/BN sudah tidak mampu berbuat begitu lagi. UMNO sudah terhakis di Terengganu. Mereka yang hadir tidak perlu diberi ganjaran apa-apa untuk hadir. Mereka datang dari ceruk kampung - bermotosikal jarak perjalanan
berpuluh batu. Nampak nyata rakyat mahu memperjuangkan KEADILAN dan mengutuk KEZALIMAN dan PENIPUAN Mahathir, UMNO/BN dan mereka yang berkepentingan. Kami dari UMNO/BN tidak mampu mengimbau rakyat semudah itu. UMNO/BN tidak ada daya lagi!!

Zaman gemilang UMNO sudah lesap dan hanyut ditiup taufan Laut China  Selatan.  Seperti Sabah, kini BN menampakkan tanda akan kehilangan Terengganu pula..!! Kami sudah putus harapan kini. Perbincangan kami sesama sendiri menunjukkan bahawa YAB Wan Mokhtar, YB Yusof Nor dan
beberapa orang yang saling cemburu-mencemburui sesasma UMNO di Terengganu, eloklah raba-raba tepi kain sendiri. Jika perlu, baik sekali anda semua bersolat istiqarah memohon ketentuan Allah, bertaubat atas keterlanjuran kata dan perbuatan; dan bersolat sunat Hajat memohon supaya rakyat tidak menuntut tuan-tuan ditarik ke kandang saksi mahkamah untuk dibicarakan atas  salahlaku, penyelewengan dan rasuah!!~C.I.A REFORMASI

Paling Mengancam
Ketiganya…Ini masalah genting dan paling mengancam kewibawaan Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional. Khususnya, ia membabitkan Kerajaan sekarang yang di ketuai oleh Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri dan Abdullah Ahmad Bedawi sebagai Timbalan pilihan
yang dianggap rakyat sebagai 'budak suruhan' (puppet boy) Dr. Mahathir.

Bermula dengan setiapkali Peguam-bela Datuk Seri Anwar menyebut perkataan "KONSPIRASI" di mahkamah, setiapkali itu pula "Hakim Upahan" Mahathir (Paul Augustine) memintas dan mencegah supaya perkataan itu jangan disebut; makin hati rakyat membara! Begitu juga pihak Pendakwaraya: Ghani Patail, dan Peguam Negara: Mokhtar Abdullah. Makin jelas bahawa kesemua mereka diyakini sudah diugut, di blackmail dan digertak habis-habisan oleh satu 'kuasa luaran' - seolah-olah 'kuasa'
itu sedang dan  sentiasa memerhatikan geraklaku mereka. Amat ketara, kesemua mereka ini dalam ketakutan yang amat sangat!!~C.I.A REFORMASI

Keadaan seumpama inilah yang menyebabkan keseluruhan perbicaraan kes dan pembelaan Datuk Seri Anwar tidak lagi adil, saksama; jauh sekali dari berlandaskan amalan dan prosiding perundangan yang lazim. Lapuran perbicaraan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar, stesen-stesen TV
dibawah kawalan kerajaan Mahathir makin berat sebelah. Hingga, orang ramai tidak lagi mempercayai lapuran terbabit. Ini menyebabkan orang ramai menolak akhbar-akhbar kawalan Mahathir (UM, BH, NST, dll). Rakyat tahu, seluruh petugas itu telah diugut juga.

Sebagai alternatif, akhbar berkala suara Parti PAS - "HARAKAH", makin meningkat popular sebagai bahan bacaan rakyat. Penjualannya sungguh meluas dan jumlah cetakannya berganda-ganda (hampir 400,000 naskhah  satu keluaran). Keadaan ini bukan saja mengancam bisnis akhbar-akhbar
UM, BH, NST, dll yang menyodokkan berita 'kurang tepat/berat sebelah' itu (diberitakan telah kerugian beratus-ratus juta), malah Mahathir dan agenda untuk memusnahkan kewibawaan Datuk Seri Anwar tidak kecapaian. Sebenarnya Mahathir sedang membunuh kewibawaannya sendiri.
Segala-galanya sudah 'backfire'.

Tekanan Kepada Rakyat
Mahathir menyalahkan semua orang kecuali dirinya. Mahasiswa dan pensyarah-pensyarah IPT sedang menjadi sasartannya. Ramai 'pengintip upahan' Mahathir dari kalangan 'Polis Rahsia' yang menyamar di IPT sebagai penuntut (sebenarnya bertugas sebagai penyuluh) bukan lagi
suatu rahsia. Dari mereka nama beberapa orang pensyarah dan aktivitis di kalangan penuntut disenaraikan untuk makluman Mahathir.  Mahathir sudah berulangkali menyatakan bahawa pensyarah IPT menghasut penuntut. Malangnya Mahathir sendiri tahu bahawa tidak ada siapa yang menghasut sesiapa kini. Kebencian rakyat terhadap Mahathir, UMNO/BN adalah
berpunca dari salahlaku dan ketidakprihatinan kerajaan Mahathir sendiri.

Perhatikan sekarang, penggunaan "Internet" dan "Laman Web" sebagai sumber maklumat kian meningkat. Hampir 60 Laman Web didapati aktif menyuarakan runtunan hati rakyat yang kian menunjukkan kebencian terhadap pelbagai bentuk penyelewengan pentadbiran, salahurus ekonomi
dan kewangan, salahlaku ahli-ahli Kabinet Mahathir dan kerajaannya, dan agenda mereka memanipulasi pentadbiran dan jentera kerajaan dengan tujuan 'menegakkan benang basah' regim Mahathir. Pelbagai  kes korap dan penyelewengan didedahkan. Hampir 70% didedahkan dengan bukti yang meyakinkan pembaca/rakyat. Dapat dirasakan bahawa penulis-penulis artikel-artikel tersebut adalah terdiri dari kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai korporat, cendekiawan, pemimpin-pemimpin UMN0/BN yang jemu dengan kebusukan Mahathir dan anggota regimnya.

Adalah jelas, maklumat dan forum seumpama ini sangat berkesan di hati rakyat. Rakyat sudah mempercayai kandungan artikel-artikel terbabit kerana perbicaraan DS Anwar adalah bukti-bukti nyata mengenai 'kuku besi' Mahathir. Penyebaran maklumat sudah terlalu meluas melepasi
perbatasan kampung-kampung dan desa. Ini membuatkan Mahathir makin merasa takut terhadap implikasi dari 'serangan' bertalu-talu oleh rakyat yang mengetahaui kedudukan sebenar. Kemana mahathir hendak lari?~C.I.A REFORMASI

Dolak-dalik Bermain Alasan
Riaksi Mahathir jelas menunjukkan ketakutannya yang bukan kepalang.Mahathir amat gerun dengan realiti bahawa ia akan kehilangan 'Kuasa dan kedudukan'. Ia sentiasa menggunakan pelbagai alasan yang tidakselari dengan amalan demokrasi. Antara  riaksinya yang diketahui umum ialah:

a) Mahathir telah menggunakan beratus-ratus juta ringgit wang rakyat (lebih RM700 juta) untuk mengimbuh kerugian yang ditanggung oleh akhbar-akhbar yang di boikot rakyat. Mahathir telah menggunkan wang rakyat (EPF, Tabung Haji, Socso, PETRONAS) untuk 'membail-out'
syarikat-syarikat komunikasi yang jatuh muflis kerana diancam oleh boikot rakyat,

b) Mahathir telah  menggunakan tenaga pakar asing (dengan bayaran RM20 juta) untuk melakukan 'pengawasan' keatas Laman Web Internet yang aktif dalam memecahkan rahsia kesembronohan regim Mahathir yang korap dan beragenda buruk menipu rakyat,

c) Mahathir akan mengambil tindakan undang-undang (menggunkan peguam-peguam asing) terhadap sesiapa dan mana-mana pihak yang mengecam beliau dan kerajaannya. Ibrahim Ali dibayar gaji seorang Timbalan Menteri untuk menjadi 'budak suruhan' untuk tujuan ini. Mahathir membazirkan wang rakyat untuk berkuasa terus,

d) Mahathir terus-menerus berucap dimana-mana Majlis Perhimpunan yang sengaja diatur dengan tujuan menghasut rakyat supaya mempercayai bahawa perjalanan mahkamah yang diletakkan 'dibawah telunjuk'nya itu adalah telus dan adil. Padahal rakyat tahu bahawa Mahathir berbohong.
Kehadiran para hadirin adalah terpaksa dan diupah dengan nasi bungkus. Suatu tindakan yang sangat memalukan!!

e) Mahathir terus-menerus mengarahkan dengan ugutan supaya pemimpin parti disemua peringkat  memberi ceramah 'anti Anwar' dan memburuk-burukkan  perilaku Datuk Seri Anwar dengan mengada-dadakan pelbagai fitnah dan tohmahan palsu. Malangnya, apa yang diyakini
rakyat ialah UMNO/BN sudah hambar dan tidak boleh diharap lagi memimpin rakyat meladani abad ke-21.

Satu rombongan pemimpin vetran UMNO/BN pernah menasihatkan Mahathir. Beliau dimaklumkan bahawa pemimpin UMNO/BN sendiri (diperingkat pertengahan dan bawahan) tidak lagi meyakini kepimpinannya, kecuali segelintir yang berjawatan Menteri, Timbalan, MB, ahli-ahli Parlimen,
Senator, ADUN, Wakil Rakyat dan mereka yang mempunyai file-file kes rasuah dan salah laku penyelewengan. Sebaliknya, mereka yang ikhlas itu terus diugut oleh kuncu-kuncu Mahathir. Kesannya, mereka patah hati dan lebih suka berdiam diri sahaja. Sokongan mereka sudah lupus.
Pilihanraya kali ini akan memusnahkan UMNO/BN dari faktor dalaman.

"Berdegil" Sebagai Taktik
Umumnya, keseluruhan senario ini menunjukkan bahawa Mahathir merasa dirinya cukup berkuasa untuk melakukan apa juga mengikut sedap rasa hatinya. Mahathir tidak mahu mengakui bahawa UMNO-BN kini sudah tidak bersepadu (integrated) seperti dulu. UMNO sendiri sedang bercakaran
sesama pemimpin. Hubungan antara Abdullah Bedawi dan Datuk Seri Najib diketahui ramai - memang tegang!! Dalam keadaan sebegini, Mahathir masih teringin bercakap angkuh, menuduh, memfitnah, memanipulasi dan 'menonggang-terbalikkan' undang-undang dan keputusan penghakiman,
menggunkan wang Perbendaharaan rakyat membantu kroni yang menjadi nominee/proksinya, mengugut dan memaksa kakitangan kerajaan melakukan kerja-kerja yang salah dan tidak beretika bagi memenuhi kehendaknya, mengkorap dan mengugut polis dan di jabatan perundangan dan kehamikan supaya melakukan sekehendak hati -- asalkan objektif Mahathir tercapai, menangkap, menahan dan menyeksa beratus-ratus orang rakyat dibawah ISA, memaksa 'pengakuan' palsu dari saksi dengan pelbagai ancaman yang zalim, dan seribu satu cara lain.

Kesah-kesah terbongkar dan kian meluas, tersebar dan diucapkan oleh mereka yang pernah mengalami hidup sebagai tahan ISA bermula dari 2 September 1998 yang lalu. Ramai diantaranya tidak langsung terfikir bahawa kezaliman Mahathir dan mereka yang dibawa telunjuk Mahathir sanggup melakukan kezaliman setanding dengan GESTAPO, SAVAK, SECURITATE, KGB, Kempitai di saman JEPUN -- terhadap bangsa sendiri!!

Mahathir memperlekeh para ulamak dan mengarahkan institusi ugama meneliti, mentafsir dan menggubah khutbah dan ceramah ugama supaya menghasut rakyat Melayu supaya patuh kepada Kerajaan. Segala keburukan dan keserakahan pemimpin kerajaan disorokkan dan kebaikan kerajaan sengaja diada-adakan melalui gambaran yang indah-indah. Pembohongan ini sangat ketara!!

Kepura-puraan Mahathir
Taktik terbaru Mahathir kini ialah menunjukkan tanda "Mesra" dengan cuba "berlembut-memujuk" rakyat. Mahathir berucap dengan muka 'meminta nyawa'!! Apa yang sebenar dalam hatinya tersemat ialah "dendam kesumat" untuk menzalimi sesiapa juga sebaik saja dia bekuasa semula kelak!!  Setiap hari Mahathir mendapat taklimat tentang perkembangan Gagasan REFORMASI, GERAK, sokongan rakyat terhadap ADIL dan sambutan rakyat di majlis-malis ceramah. Mahathir mengarahkan semua menteri-menterinya mesti membela diri dan mengangkat Mahathir setinggi
langit. Baginya itu lah dia PERPADUAN!!! Demi 'survival', pasti mereka akan berbohong berganda-ganda!!~C.I.A REFORMASI

Rentetan cerita ini dapat dihalusi dari apa yang dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar dalam perbicaraan kes beliau,  Sdr. Tien, cerita Sdr. Ruslan Kassim, dan beratus-ratus orang lagi yang sama-sama senasib dengan mereka. Jika Datuk Seri Anwar sebagai orang No.2 dalam
pentadbiran kerajaan turut mengalami "Mata Lebam", mengalami patah 'brij gigi' akibah dipukul sewaktu dalam tahanan Polis; mustahil orang lain akan lebih selamat dari Datuk Seri Anwar. Cerita mereka dizalimi amat menakutkan. Segala-galanya atas keinginan Mahathir untuk 'melenyapkan' rungutan rakyat. Itukah caranya?

Jika Mohd Said sebagai Pegawai Polis yang berfungsi dan bertanggungjawap menegakkan keamanan rakyat mengakui sanggup 'Berbohong' demi kepentingan "Tuan"nya (Mahathir), mustahil anggota bawahan mahu menentang "Pegawai" mereka. "Chain of command" seumpama ini bermula dari Mahathir sebagai "Tuan Terbesar" yang lebih perkasa hingga boleh menghukum "bunuh" sesiapa. Bermakna:

Mahathir adalah seorang DIKTATOR!!
Mahathir adalah seorang yang ZALIM!!
Mahathir adalah seorang PENGKHIANAT BANGSA dan NEGARA!!
Mahathir BUKAN lagi serorang PENYELAMAT RAKYAT!!
Mahathir adalah seorang pemimpin yang KUKU BESI
Mahathir adalah seorang PEMPERKOSA HAK ASASI RAKYAT!!

Rakyat nampak nyata bahawa saksi-saksi Mahathir adalah telah diupah berjuta-juta ringgit. Mohd Said telah menjadi kayaraya secara tiba-tiba. Mahathir boleh menjadi begini kerana dia sedang hidup dalam alam impiannya sendiri. Mahathir adalah seorang "NERO, Maharaja Gila" bagi rakyat Roman lebih 20 abad dulu. Mahathir adalah seorang pengikut Machiavelli, pemuja falsafah Hitler, dan memerentah seperti seorang fanatik Diktator Stalin-Lenin. Semua ini semata-mata demi menjaga
kepentingan dirinya, suku-sakat dan kroninya yang menjadi proksi harta dan kekayaannya yang diperolehi secara jalan salah. Dengan izin Allah, kini terhakis!!

Nostalgia Palsu
Mahathir masih mengimpi dan mengangan-angankan kembalinya zaman kegemilangan Bursa Stock dan Saham BSKL yang diharap akan pulih seperti tahun-tahun sebelum 1997. Pada waktu itu, nilai saham Mirzan lebih RM6.0 billion dan saham korporat proksi yang dipegang oleh Halim
Saad (RENONG), (Kumpulan TV 3 dan NSTP), dll ditahap paling tinggi. Ini menjadikan Mahathir dan suku-sakatnya antara orang yang terkaya di Malaysia. Hari ini, nilai saham itu sudah terpuruk dan menjunam keparas 25% dari tahap tahun 1997. Bermakna Mahathir/Mirzan sudah
kerugian hampir RM4.5 billion. RENONG pula sudah hampir muflis andainya tidak diimbuh/bail-out oleh wang rakyat melalui Danaharta. Mahathir menggunkan wang rakyat untuk menjadi kayaraya. Sementara itu rakyat dipaksa menerima hakikat 'inflasi' yang meninggi (5.2% - dan kian meningkat), kejatuhan nilai ringgit dalam negara, kucar-kacir pentadbiran dan peluang perniagaan IKS, kesulitan rakyat desa kesan dari kekurangan sumber pendapatn, dll. Adakah Mahathir sedar ini semua?

Kesemua ini seharusnya menjadi 'igauan' (nightmare) Mahathir siang dan malam. Tetapi dia tidak peduli. Dengan kuasa 'mutlak" sebagai Perdana Menteri, ia menggunakan wang simpanan rakyat (EPF, Tabung Haji, dll) untuk membeli saham-saham kroninya yang sudah terpuruk itu dengan
harapan akan menarik pelabur-palabur ikut membeli. Mahathir telah mengenakan peraturan "Kawalan Kewangan" yang ketat dan menyekat sebarang urusan yang memungkinkan pengaliran keluar dana tempatan.

Kesan yang berlaku adalah sebaliknya: Pembelian saham menggunkan wang simpanan rakyat (EPF, Tabung Haji, dll) tidak memberi kesan dan pulangan yang diharapkan, pelabur-pelabur lebih tertarik menjual saham masing-masing apabila harga naik, peraturan "Kawalan Kewangan" yang
ketat dan menyekat menyebabkan pelabur-pelabur luar tidak berminat melabur di Malaysia. Apa yang akan berlaku adalah jelas - mereka akan cabut lari pada penghujung tahun ini bila peraturan itu dilonggarkan.~C.I.A REFORMASI

Pelabur-pelabur besar tidak berminat dengan pindaan dasar secara 'piece-meal' (Dasar 'Tampal Koyok' - tampal sana, tampal sini!!). Pelabur dunia adalah terdiri dari jaguh-jaguh kewangan antarabangsa yang matang dan tahu setiap nadi ekonomi, politik dan sosial sesebuah
negara. Mereka mentakrifkan  regu Mahathir-Daim bukan  'team' yang mempunya kredibiliti lagi.

Mangsa Mahathir: Anak-anak Rakyat
Mahathir tidak lagi mempedlikan hak asasi rakyat. Biasiswa anak-anak rakyat melanjutkan pelajaran keluar negara dibatalkan secara tiba-tiba. Puluhan ribu mereka tersadai dan dipaksa tersangkut. Wang peruntukan itu digunakan untuk mengimbuh kerugian syarikat anak-anak dan kroni Mahathir. Bagi Mahathir anak-anak rakyat tidak penting lagi. Kesejahteraan rakyat juga tidak penting. Tol perlu dinaikkan. Mahathir memutuskan -- jika rakyat tidak mau bayar Tol, Kerajaan tidak akan
bina jalan lagi. Sebabnya, Mahathir mahu rakyat mesti imbuh kerugian suku-sakat dan kroninya. Tol adalah sumber tetap yang lumayan. Kerajaan Mahathir telah hilang rasa tanggungjawab terhadap rakyat!!

Mahathir mempunyai rancangan yang komprehensif untuk 5 tahun lagi meliputi Sabah dan Sarawak selain dari Semennajung. Rancangan ini bertujuan untuk memperkaya diri dan anak-anaknya. Mahathir merancang akan melabur di negara lain termasuk Afrika Selatan, Jepun, China,India, Amerika Latin, East Indies. Di negra-negara tersebut, Mahathir telah mempastikan pelaburannya akan lebih selamat disana. Ini adalah agenda jahat Mahathir dan Daim Zainuddin. Berpuluh-puluh billion wang negara ikni sudah diangkut ke negara-negara tersebut. Tapi rakyat tahu!!

Bermakna, sentuhan 'miracle' si putar-alam Daim Zainuddin dan kehebatan 'tycoon politik antarabangsa' bernama Mahathir umpama "orang buta kehilangan tongkat". Siang malam asyik mengigau merapek-rapek yang bukan-bukan bagai orang terkilan disiang hari. Kepentingan rakyat
adalah perkara terakhir!! Yang paling melukakan ialah, setiap pergerakan mahathir-Daim dan 'puppet  boy' nya yang dilantik sebagai Governor Bank negara sedang diperhatikan rakyat dengan teliti. Abul Hassan adalah 'kuli kang' Mahathir. Dialah yang membantu Mahathir-Daim
'memunggah' harta rakyat keluar negara!! Mungkin segala dokumen itu sudah di 'delete' dari data-base komputer bank Negara!!

Mahathir Hilang Akal
Kebelakangan ini, ramai antara kami anggota UMNO yang cuba berbual (termasuk saya sendiri) dengan Dr. Mahathir (dalam satu jamuan di Seri Perdana). Tujuan kami adalah untuk memberi nasihat kepada beliau. Akhirnya kami merasa sangat bosan. Tajuk perbualan beliau cuma
berkisar kepada  topik yang menjemukan. Mahathir tidak langsung berminat bercerita tentang rakyat dan bagaimana hendak meningkatkan pendapatan rakyat, perumahan rakyat, kemudahan rakyat, atau sesuatu mengenai rakyat. Dia menyatakan rasa kecewa dengan sikap rakyat. Kununnya rakyat tidak berterima kasih kepadanya. Padahal, Mahathir  sendiri yang mengecewakan rakyat dan dia lah yang tidak berterima kasih kepada rakyat.

Dulu, di zaman allahyarham Tun Razak semasa hidupnya, kami pernah berbincang dengan beliau (TUN). Dari 10 topik yang kami bincangkan - 9 mengenai kesejahteraan rakyat, 1 mengenai politik. Tetapi kini, dengan Mahathir,  kami pula yang diberi ceramah/lecture mengikut kecenderungannya; antara yang lazim:~C.I.A REFORMASI

a) Pelbagai fitnahnya yang tidak masuk di akal, berkali-kali menuduh Datuk Seri Anwar salahlaku, kununnya DS Anwar tidak layak berada dalam kerajaan (tanpa mempedulikan kekalahan prosecution di Mahkamah),

b) Kejatuhan harga saham yang menyebabkan kekayaannya terhakis dan menjadikan anaknya Mirzan dalam keadaan separa-gila berkali-kali hendak membunuh diri,

c) Kekesalannya mengapa rakyat tidak memperakukan kuasa 'mutlaknya', sebaliknya bersatu menentangnya pula,

d) Kedegilannya tidak mahu meletakkan jawatan. Mahathir membayangkan dia sanggup  melakukan sesuatu yang diluar dugaan jika ia dipaksa meletakkan jawatan (pernah disebutnya Pemerentahan Dharurat),

e) Mengancam akan menangkap beberapa orang tertentu (rahasia bagainya) jika cuba menentang secara terang-terang menyebelahi rakyat,

f) Mempastikan supaya BN terus menang, tak kira apa cara jua sekali pun. (Ketara sekarang Mahathir tidak teragak-agak memainkan sentimen 'Perkauman' yang sangat merbahaya merangkap menjadi 'nujum sakamara'; kununnya terdapat anasir luar & dalam negara yang beragenda mencetuskan isu tersebut). Sebenarnya, Mahathir lah orang pertama yang menyebut dan memmbangkitkan isu yang sangat menjijikkan rakyat. Mahathir wajib dipertanggungjawabkan jika berlaku sebrang pergaduhan kaum dinegara ini!!

Dapat diertikan bahawa Mahathir bukan lagi seorang manusia yang 100%  siuman. Dia kini sudah dirasuk 'iblis' yang berpunca dari kekecewaan yang terlalu menekan benak otaknya. Dia jelas amat tertekan. Kami nampak, fikirannya sangat terganggu dan keresahan jiwanya berserabut. Acapkali dia mengeluh apabila dia menyebut bahawa usianya sudah lanjut dan kesihatannya kian memburuk. Dalam waktu yang sama, keupayaannya untuk mengembalikan kerugian nilai hartan kekayaannya yang kian pudar. Melihat apa yang diharapkannya tidak juga tercapai, maka kini dia telah memutuskan tidak akan meletakkan jawatan. Kami merasa hampa. Dia pernah mencabar supaya dia ditembak saja jika rakyat mahu dia tersingkir dari jawatan.~C.I.A REFORMASI

Disepanjang perbualan itu, arus fikiran Mahathir memang berserabut. Sekejap seperti berang marah-marah, sekejap sedih, terdiam, dan menggigil. Mukanya kelihatan pucat dan bahasanya tidak licin. Datin Seri Siti Hasmah kerapkali mengulas memperbetulkan apa yang lafazkan oleh Mahathir. Mahathir banyak tersasul. Pulanglah kami dengan perasaan hampa, kecewa dan ketakutan…!!

Tidak ubah kini Mahathir seolah-olah berperilaku bagai seorang gila. Pasti lah kepada kami kini, sebenarnya Mahathir sedang sakit. Kata orang Pantai Timor: "Mahathir dah 'mamai', dah 'sewel'!!". Begitu jugalah Dasar UMNO/BN sekarang -- sudah kucar-kacir. Barisan Nasional juga sudah tidak berupaya menangani keperluan rakyat dan negara. Dunia sudah tidak yakin terhadap Mahathir dan pemerentahan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat dan Dunia bersependapat dengan keputusan bahawa Barisan Nasional bukan lagi sebuah parti yang layak menerajui kerajaan. Penyingkiran Mahathir adalah suatu kemuktamatan yang luhur!!Rakyat wajib menentukan halatuju negara sekarang.
Sumber:Datuk Ariff - Kuala Terengganu.
 

AWAS..!! KEGILAAN MAHATHIR SUDAH MEMUNCAK!!