MAHASISWA TAK PUAS HATI LAGI !!!

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang sahabat lama satu sekolah dahulu. Cerita dia, reformasi boleh dikatakan agak hebat di ITM tempat dia belajar, cuma secara senyap-senyap atau 'underground'. Kebanyakan pelajar cakap kalau takde AUKU, (Akta Universiti dan Kolej Universiti), dah lama diaorang berdemonstrasi dan turun padang. Bukan apa, kalau kantoi nanti, kesian mak bapak yang mengharapkan kejayaan anak-anak mereka. Yang atas-atas tu tak kisahlah, cakap sistem pendidikan kitaantara yang terbaik, hantar anak belajar kat luar jugak ! ... SORILA SESAPE YANG TERASA...LANTAKLAH! ~C.I.A REFORMASI.

Tetapi hairan ye? Dalam keadaan macam ini pun kerajaan masih sombong dan takbur. Bila pelajar acah sikit, MULADAH DIA. Ungkit sana, ungkit sini, suruh pelajar ingat sikit jasa kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk biasiswa, pinjaman, dan banyak lagi kemudahan pelajar. WOI..! INGAT SIKIT, DUIT KERAJAAN ITU DUIT RAKYAT, rakyat yang mengharapkan kejayaan kami! Korang hanya mengharapkan duit yuran kami je... dan kalau betul duit tu sampai ke kitaorang takpe, ini separuh je, separuh lagi labur kat istana, labur kat jet, labur atas bukit, bagi sesame sendiri...macam-macam lagi lah. Korang ni cuma pemegang amanah je. Rakyat yang lantik korang. Apa, takde korang Malaysia nie tak boleh hidup ke ??? Tok Najib, tak cukup lagilah... ade member rumah asyik makan maggi tomyam je.. ade duit lebih sikit beli telur ngan sawi. JANGAN CAKAP PELAJAR INI macam bagi betis nak peha...Mahathir tu bagi rumah gov. nak istana ko tak bising lak ?? ~C.I.A REFORMASI.

Lepas tu saya sempat berborak dengan seorang pengurus bank cawangan yang saya kenal. Tergerak hati saya nak tanya pasal ekonomi kita. Mulanya dia keberatan nak cakap tapi lepas saya cakap saya bukan sokong Mahathir dia pun O.K. Dia cakap TERUS-TERANG EKONOMI KITA DAH NAZAK !! Orang kita cakap dah sampai paras hidung. Antara hutang-hutang besar dalam negara kebanyakkan kroni-kroni Mahathir punya. Bank tak boleh buat apa-apa. Sound sikit nanti kena pelengkup balik. Lepas itu, para pelabur asing sekarang tunggu masa untuk keluarkan duit diaorang. Dia cakap foreign investors mengaku politik kita serta keadaan dalam negeri kita memang stabil.

Tapi problemnya Mahathir sebab when it comes to the decision-making atau apa-apa pun mesti kena refer pada Mahathir, kata orang one-man-show. Pulak tu, diaorang nie benci sangat Mahathir nie. Kita ambik contohnya Amerika. Memang kita benci sebahagian gelagat mereka, tetapi mahu atau tidak sebahagian besar ekonomi kita bergantung kepada mereka. Jadi kalau si Mahathir asyik kutuk je sape tak meluat. Katalah Amerika keluarkan arahan sekatan ekonomi terhadap Malaysia..... SAPA NAK HALANG...MAHATHIR!?? Bukan saya cadangkan kita jadi bacul tetapi pandai-pandai bawa diri... kita pun bukannya well-established lagi. Konon nak jadi berani macam Saddam Hussien la tu......Saddam tu lainlah, rakyat Iraq semuanya sayang dia sebab tindakan dia demi maruah agama, bangsa dan negara. Awak tu Mahathir tindakan demi anak,kroni dan diri sendiri..dahlah rakyat benci, pas tu suka bergaduh dengan orang luar pulak tu, hei..buruk perangai tua sekor nie... ~C.I.A REFORMASI.

Pengurus bank tu cakap dia concern bukan apa. Susah hati mengenangkan nasib anak-anak dia serta generasi yang akan datang menanggung hutang yang banyak angkara perbuatan beberapa kerat manusia di Malaysia ini....saya pun pikir-pikir balik...betul juga, kalau dibiarkan, MAMPUS GENERASI AKAN DATANG NAK BAYAR HUTANG MAHATHIR NIE!!!!

Lastly...pasal Ibrahim Ali. Tolonglah...cukuplah cium tangan Mahathir tu
.
Naik menyampah orang tengok. Konon rapat dengan Perdana Menteri lah tu? Saya rasa awak nie dah nyanyok agaknya. Mesti awak ingat awak nie Bin Mahathir. Dalam Islam ade disuruh kita cium tangan pemimpin ke ?? Ulama pun tak suruh kita cium tangan dia. Tapi berbaloi jugaklah sebab ko dah naik pangkat....tahniah! Tapi jangan ingat idea engkau adakan panel peguam UMNO tu boleh buat kau jadi PM... BOLEH BLAH!!

Pas tu masa malam pecat Anwar dulu marah Anwar sebab tumbuk meja. Tapi engkau sendiri tumbuk meja...hei, memang kaki putar belit alam. Kepada member Ibrahim Ali, ingatlah, dia nie takleh dibuat kawan. Anwar Ibrahimyang pernah jadi member baik diapun kena tikam dari belakang, ini pulak orang lain. Nie kaki kencing member nyer... ade sesape volunteer nak siasat salasilah Ibrahim Ali nie tak? .... tah-tah keturunan Mahathir jugak. Kalau betul best jugak, boleh adakan Jejak Kasih kat TV3 antara bapa yang sudah terpisah lama dengan anak...antara Mahathir Mohamad dan  Ibrahim Ali@Ibrahim Mahathir .

Dan buat semua mahasiswa, cuti dah dekat..bolehlah kita masuk demonstrasi lagi,Inshallah....good luck in the coming exam everyone! ~C.I.A REFORMASI.

Sekian,Wassalam....

Sumber : Tulisan dari anak muda yang berdarah panas ini datangnya dari seorang pelajardi sebuah IPT tempatan yg menggelarkan dirinya "ANAK ANGKAT PAK MAN". ~C.I.A REFORMASI.