LEBIH 60 RIBU DI BATU BURUK
 
     Umur saya hampir 50 tahun. Tidak pernah dalam seumur hidup saya ketika mendengarrapat umum/Ceramah umum sama ada semasa Dato' Onn, Tunku AbdulRahman, Tun  Razak, Dato'Asri, Dato' Husien Onn ,Dr Mahathir, Haji Hadi,Ustaz Fadhil Nor, Mat Sabu dan lain-lain tidaklah sehebat semalam. ~C.I.A REFORMASI.

     Semalam (18/2/1999) merupakan sejarah bagi Terengganu iaitu      manusia begitu ramai yang datang mendengar ceramah anjuran GERAK .Kehadiran melebihi 60,000 orang. Kereta dan motorsikal begitu banyak di sepanjang jalan.

     Kalaulah ini menunjukkan protes rakyat, saya yakin pilihanraya ini PAS akan  memerintah Terengganu. Saya cuba  pasang telinga antara cakap-cakap yang saya dengar:~C.I.A REFORMASI. 

     1. Rasa simpati kepada Anwar Ibrahim.
     2. Sudah bosan dengan Mahathir yang dikatakan zalim.
     3. Sekiranya Anwar dipenjarakan simpati semakin bertambah.
     4. Rakyat hendak buktikan siapa berkuasa Mahathir atau Rakyat yang berkuasa.
     5. Rakyat masih sayangkan UMNO tetapi terpaksa pilih PAS
     kerana bencikan Mahathir.
     6. Perkataan Tilam dan tak releven telah menjadi percakapan
     sindiran antara mereka.
     7. Rakyat tak percaya lagi kepada Mahkamah terutamanya
     Hakim Paul Augustine, Ghani Patail dan Mukhtar Abdullah.

     Saya minta maaf kerana terpaksa berceloteh sikit. Tetapi  melihat sambutan begitu hebat kepada GERAK saya penuh  yakin PAS akan ganti kerajaan BN di Terengganu. ~C.I.A REFORMASI.

Sumber:Penyu Veteren Umno.