SABBARUDDIN YANG TAK LOGIK

Mengikut keterangan Sabbaruddin Chik pada 9 Februari 1999 lalu didalam New Straits Times oleh kerana kehilangan modal beliau telah membebel bahawa ianya adalah tidak logik bahawa PAS boleh memerentah negeri ini lebih baik daripada Barisan Nasional.  Mungkin daripada orang yang  terencat akal saperti Sabbaruddin Chik lah pendapat berikut dikeluarkan.  Beliau tidak tahu bahawa semua cerdik pandai Negara sekarang adalah sedang membuat persiapan dan telah masuk  PAS.  Semua cerdik pandai negara akan berganding bahu untuk menyokong PAS dan akan membantu PAS untuk memerintah negeri ini.  Yang masih tertinggal didalan Barisan Nasional mungkin adalah mereka mereka didalam kabinet sahaja.  Hanyalah sikap orang orang bodoh saperti Sabbaruddin Chik sahaja yang meragui kebijaksanaan orang lain.  Lebih lebih lagi kepada golongan golongan yang lebih muda daripadanya.  Pendapat Sabbarudin Chik yang berbentuk idea orang orang tua daripada gulongan antik  cuma cantik untuk tontonan dan hiasan sahaja. ~C.I.A REFORMASI

Saya adalah orang daripada Temerloh dan saya kenal rapat dengan Sabbaruddin Chik tidak perlu lagi beliau menyembunyi daripada siapa yang sabenarnya Sabbaruddin  Chik ini.  Sabbaruddin Chik ini tidak pernah berfikir walau pun sakelip matanya. Baginya menjadi ahli politik adalah cara yang paling senang untuk ia hidup. Tanpa pekerjaan sebagai saorang ahli politik maka habislah mata pencarianSabbaruddin Chik.  Oleh itu beliau akan cuba sedaya upaya untuk kekal diTemerloh.  Perangai  Sabbaruddin Chik pada tiap tiap penhujung minggu adalah sama sahaja pada tiap tiap minggu.  Pada hari Sabtu Sabbaruddin Chik akan berada diTemerloh.  Kerja Sabaruddin Chik di Temerloh adalah Main Daun Terup sahaja daripada hari Sabtu sehingga pagi harii Isnin.  SiSabbaruddin Chik ni kaki poker siang malam ashik main poker aje kerjanya. ~C.I.A REFORMASI

Pada jam kira kira pukul 3.00 pagi pada hari Ithnain beliau akan pulang ke Kuala Lumpur.   Dibelakang keretalah tempat dia tidor.  Nasib baik dia pendek . Oleh kerana dia tidak begitu tinggi maka tempat dudok belakang Mercedes Benz 300 nya  hanya boleh memuatkan dia saorang sahaja dari hujung kaki hingga kepala.  Inilah kerja Sabbaruddin Chik tiap tiap minggu apabila dia balik keTemerloh.  Kalau orang tanya diKuala Lumpur dia bagi tahu kononnya balik kekawasan.  Memang betul balik kekawasan tetapi buat apa , Main troop sahaja.  Pemimpin pemimpin yang
saperti ini tidak pernah mengunakan otak mereka walau pun sesaat oleh yang demikian mereka mereka inilah yang selalu mengwaswaskan orang lain.   Sepatutnya kebodohan nya tidak perlu dibandingkan dengan orang lain oleh kerana belaiulah orang yang paling terenchat akal sekali didalam UMNO.

Sabbaruddin Chik dan Megat Junid pulak, kedua dua orang ini pernah menjadi  menjadi Presiden dan Naib Presiden Kelab Golf Negara Subang.  Tetapi oleh kerana kebodohan mereka mengendalikan Kelab kedua dua mereka ini diterajangkan oleh ahli ahli kelab berikut pada mesyuarat AGM mereka.   Perkara ini sangat sangatlah memalukan.   Satu daripada sebab mereka ini dibuang daripada kelab berikut ialah kerana pada dua tahun yang lalu pertandingan Golf Malaysian Open telah dirancangkan diadakan diKelab Golf Negara Subang  tetapi oleh kerana
kebencian pekerja pekerja dikelab berikut mereka telah menuang racun rumput diatas Green. Apabila tiba masanya untuk pertandingan Golf berikut Green Green berikut masih botak dan menyebabkan penganjor mengalihkan pertandingan keKelab Golf Saujana Subang.  Dengan perubahan tempat pertandingan ini Kelab Golf Negara Subang telah kerugian beberapa juta ringgit hasil daripada kutipan pintu dan lain lain pendapatan daripada pertandingan berikut.  Sehingga kehari ini peristiwa ini masih menjadi perbincangan hangat diKelab Golf Subang oleh kerana ahli ahli juga yang telah membuat kesilapan melantik kedua dua mereka ini.  Dari sini kami yang tahu mengenai peel Sabbaruddin Chik ini tahu bahawa dia ni adalah saorang yang terenchat akal.  Dalam bahasa inggeris beliau boleh dipanggil sebagai saorang yang " not that bright".

Apa apa berita yang akan dikeluarkan oleh Sabbaaruddin Chik adalah hanya bermotif politik sahaja dan tidak perlulah diambil berat sangat kerana dia hanyalah ingin membuka mulutnya sahaja untuk membuat bunyi bunyi sahaja yang tidak perlu diambil berat langsong. ~C.I.A REFORMASI

~Lain Kali Kalau Kita Terdengar Lagi Apa Apa Berita Yang Dikeluarkan Oleh Sabbaruddin Chick Ni Kita Anggapkannya Sebagai Suatu Bunyi Bunyi Bising atau Bunyi Cengkerik di Waktu Malam & Tak Perlu Diambil  Berat Langsung.........~ ~C.I.A REFORMASI
 

Sumber: Tengku Intan