Kisah ini adalah pengakuan dari seorang yang rapat dengan Datok Ibrahim
Ali. Beliau menceritakan bagaimana Ibrahim Ali telah membuat pengakuan
kepada bebarap ahli jawatankuasa bahagian dan pemuda bahagian ( Pasir
Mas ) dalam satu perjumpaan tidak lama dulu. Kisahnya ialah mengenai
mengapa beliau terpaksa menghentam DS Anwar dan menjadi hulubalang
untuk mempertahankan Dr. Mahatir.
Dalam pengakuan tersebut, Ibrahim Ali secara ikhlas mengaku bahwa segala
apa yang diperkatakan mengenai DSAI adalah bukan dari hatinya, tapi tak
lebih hanya untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatanya kepada Dr. M selaku
presiden Umno dan Perdana Menteri. Ini keran, PM sudah tidak
mempunyai keyakinan lagi kepada beberapa orang keprcayaannya untuk
menjadi penyokong kuatnya. Mereka seperti Tengku Razaliegh, Datuk Abdullah
Ahmad Badawi, Rais Yatim dan bekas S46 yang lain tidak boleh diharapkan
sangat, kerana mereka ini bagi PM sentiasa sahaja mencari
peluang untuk merampas Umno dan membalas dendam terhadap Dr. M atas
perbuatannya dahulu, iaitu tahun 1987 - 1988.
Kepada Yusof Nor dan Hamid Othman, bagi PM mereka ini tentu agak keberatan untuk melakukan serangan hebat terhadap DSAI. Lain - lain pemimpin seperti Wan Mokhtar, Ghani Othman, Najib, Osu Sukan dan PM masih was - was pendirian mereka sama ada menyokong beliau atau menyokong DSAI. Begitu juga dengan ahli MKT yang PM sendiri tidak yakin akan menurut sahaja arahannya, seperti Datuk Hassan Arifin, Ibrahim Saad, Raja Ariffin, Sharizat Jalil dan beberapa orang lagi.
Oleh itu, harapan PM hanyalah kepada Ibrahim Ali, Isa Samad, Shahidan
Kassim, Sanusi Joned, Rahim Thamby Chik, Sabbaruddin Chik dan beberapa
orang lagi yang boleh dijadikan toyol untuk menyerang DSAI secara aggresif.
Tapi, dikalangan mereka Ibrahim Ali lebih dipercayai kerana
bagi PM, Ibrahim mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai DSAI, Ibrahim
Ali dan DSAI adalah rakan seuniversiti, sama - sama pernah terlibat dalam
gerakan pelajar tahun 70an dan yang lebih penting kedua - duanya pernah
bersama ditahan dalam ISA pada tahun 1974. Maka terpaksalah Ibrahim Ali
menerima tugas tersebut dan menjadi hulubalang utama Dr. M. Dalam masa
yang sama Ibrahim Ali diugut untuk tidak dilantik semula sebagai Senator
dan tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu Ibrahim
Ali tiada pilihan lain selain menurut sahaja cakap Dr. M, walau beliau
sendiri keberatan melakukannya.
Mengikut Ibrahim Ali lagi, beliau langsung tidak dapat menerima tuduhan
salah laku seks dan liwat ke atas DSAI. Ini berdasarkan pengalaman beliau
bersama DSAI semenjak dari zaman pelajar lagi, DSAI memang seorang yang
warak. Bagaimana manusia seperti DSAI sanggup melakukan
perbuatan terkutuk tersebut. Untuk berlaku curang, bagi Ibrahim Ali,
tidak ada sebab untuk DSAI berbuat demikian kerana pada pandangan beliau
Datin Seri Wan Azizah jauh lebih cantik dari perempuan yang di tuduh menjadi
pasangan seks DSAI, lebih - lebih lagi Dr. Azizah sentiasa berada disamping
DSAI dalam setiap lawatan atau majlis yang dihadiri oleh DSAI.
Mengenai dakwaan liwat pula, Ibrahim Ali mengatakan mustahil DSAI seorang
homoseksual sejak da MCKK, dalilnya semasa beliau dan DSAI ditahan ISA,
mereka ditempatkan dalamsatu bilik tahanan, DSAI tidak pernah walau sekalipun
menunjukkan minatnya untuk melakukan perbuatan
terkutuk tersebut kepadanya, sebaliknay DSAI tetap memperliahatkan
sifat ‘ anak jantan ‘ berjiwa pahlawan dalam mengharungi masa getri tersebut.
Mengenai dakwaan menjadi agen asing pula, bagi beliau DSAI memang sejak zaman memimpin gerakan pelajar dan ABIM lagi sudah terkenal diserata dunia, baik negara timur dan barat. Kepimpinannya memang menjadi perhatian seluruh dunia. Oleh itu tidak mustahil dengan status TPM dan menteri kewangan Malaysia namanya terus dan bertambah terkenal diperingkat antarabangsa. Satu persoalan yang beliau timbulkan ialah mengapakah hubungan baik DSAI dengan William Cohen diperbesarkan, sementara hubungan DSAI dengan pemimpin dan ulama terkenal seperti Yussof Al Qardawi, Prof. Ismail Faruqi dll tidak dibangkitkan.
Satu pengakuan jujur Ibrahim Ali ialah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya konspirasi menjatuhkan DSAI, beliau hanya menyedarinya bila segalanya diperingkat pelaksanaan sahaja, dan beliau tidak dapat berbuat apa - apa untuk menyelamatkan sahabatnya dari bencana tersebut. Setelah menerima bermacam tekanan dan tawaran jawatan yang baik dalam kerajaan,maka terpaksalah beliau menerima jawatan sebagai "hulubalang" dalam jentera konspirasi Dr. M untuk menjatuhkan DSAI. Beliau telah diberikan bermaca maklumat, sumber dan kemudahan untuk menyempurnakan tugasnya.
Walaupun dalam team tersebut ada mengandungi tokoh lain, namun orang seperti Daim, Ghaffar Baba, Aziz Shamsuddin, KPN, Peguam Negara dijadikan sebagai pelakun belakang tabir. Ini bagi mengelakkan dari orang ramai menyedari peranan Dr. M dalam konspirasi tersebut.
Itulah antara pengakuan sebenar Ibrahim Ali mengenai peranannya dalam pasukan konspirasi menjatuhkan DSAI.
Bagi pejuang reformasi, walau apapun alasan yangdiberikan, Ibrahim Ali tetap sebagai seorang yang munafik dan tidak mempunyai maruah serta harga diri. Kita tetap tidak boleh memaafkan beliau jika suatu hari beliau datang dan ingin bersama DSAI. Sejarah telah membuktikan bahawa Ibrahim Ali seorang ahli polotik yang paling banyak menyertai parti politik dan selalu mengambil kesempatan untuk selamat. Satu lagi sifat durjananya ialah sanggup menikam kawan dari belakang untuk mencapai apa yang beliau hajatinya.Mungkin satu hari nanti Ibrahim Ali akan menikam Ku Li dan Dr. Mahathir demi kepentingan peribadi dia..
Sedikit profail sejarah Ibrahim Ali sebagai manusia munafik. Mempunyai
pendirian yang tidak tetap dan sanggup meninggalkan jemaah daalam pertempuran.
Bermula dengan menyertai Berjasa, tapi menyertai Pas bila berjasa lemah
di Kelantan, bila Pas semakin goyah menyertai Umno untuk
mencari kedudukan, di masa Umno bergolak tahun 1988, menyertai pula
parti S46, bila S46 hampir lemas cepat - cepat berpaling tadah dengan menyertai
Umno kembali. Oleh itu tidak mustahil jika Umno dan BN kalah, dengan muka
tebal memohon untuk menyertai gerakan rakyat melalui GERAK atau ADIL (
REFORMASI ). Mengenai menikam kawan dari belakang pula, selain kes DSAI,
beliau pernah meninggalkan tokoh pujaannya iaitu Ku Li dan menjadi petualang
untuk menyerang parti S46.
Ibrahim Ali juga dikatakan orang yang menjadi punca mengapa Dr. Wan
Mohd Hasni ( ketua Pemuda PM ) dipecat dari Umno. Kita tahu peranan Dr.
Hasni tidak begitu menonjol dalam gerakan reformasi berbanding tokoh lain,
tapi beliau dipecat keahliannya. Diberitakan atas syor Ibrahim Ali
kerana beliau bimbang pengaruh Dr. Hasni di parlimen PM dan mungkin
mencabarnya dalam pemilihan akan datang.
Kesimpulannya, Ibrahim Ali memang manusia munafik dan patut disingkirkan terus dari arena politik Malaysia. Kepada pengundi Pasir Mas, di seru agar menolak beliau jika dicalonkan semula dalam PR akan datang.
Salam perjuangan reformasi
WiraUmno Jati