Penerbangan Reformasi

17/2/99, Kota Kinabalu,Baru baru ini seorang kawan saya baru sahaja balik bercuti dari kampongnya di Pasir Mas Kelantan. ~C.I.A REFORMASI.

Apabila dia berada dikapal terbang, dia melihat Kapten nya dan semua pramugari2 dan pramugara nya telah memakai lencana lambang ADIL sambil tersenyum manis melayan para penumpang. Kemudian dia menoleh kehadapan dan dibelakang terdapat juga para penumpang memakai lambang ADIL. Lepas itu ia pun memanggil seorang pramugari untuk menanyakan di mana dapat  lambang ADIL. Pramugari itu memberitahu kawan saya bahawa 'Kak Wan Dr Azizah dan anak nya Nurul Izzah ada bersama dalam penerbangan ke Kota Kinabalu untuk berhari raya dengan rakyat Beufort dan Papar.

Lepas itu kawan saya pun pergi lah menemui 'Kak Wan' dan bercerita sambil terharu melihat sokongan kakitangan MAS pada masa itu. ~C.I.A REFORMASI.

Syabas dan tahniah kepada kedua2 Kapten dan ketua k/tangan serta k/tangan penerbangan tersebut kerana memberi sokongan untuk menegakkan keadilan dinegara kita. Berita ini adalah sahih.

Sumber:"Penyokong R4MCI Sabah"