Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,
 
Kenyataan ini adalah merujuk kepada sebuah artikel yang telah dipaparkan di laman web berikut:

https://members.tripod.com/ciareform/revo19020a.htm

Dengan itu, saya selaku Presiden dan mewakili Barisan Tertinggi Pimpinan JIM, Ahli Jawatan Kuasa Pusat (JKP), menegaskan seperti berikut:

1.  Bahawa segala tuduhan dan tohmahan terhadap saya seperti yang disebutkan itu adalah tidak benar sama sekali,

2.  Bahawa JIM akan terus komited untuk memperjuangkan penegakan keadilan melalui wadah GERAK, sebagaimana yang termaktub di dalam Ucapan Dasar Presiden 1998,

3.  Agar semua ahli, rakan-rakan dan simpatisan JIM agar sentiasa berawas dan berhati-hati dengan fitnah-fitnah yang bertujuan untuk memecah-belahkan saf-saf pejuang keadilan,

4.  Agar semua ahli, rakan-rakan dan simpatisan JIM untuk sentiasa merujuk kepada mana-mana JKP apabila menerima maklumat dan berita yang meragukan. Maklumat perhubungan boleh didapati di laman web JIM (http://www.jim.org.my).

Akhir sekali, marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar kesatuan barisan keadilan tetap terjaga dan kukuh walaupun ada usaha-usaha yang mahu memecah-belahkan sedang giat dijalankan.

Wassalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.

"Bersama Islam Membina Masyarakat"
 
Haji Saari bin Haji Sungib
Presiden,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
http://www.jim.org.my/

C.I.A REFORMASI : Kami meminta maaf sepenuh hati kepada para Haji Saari bin Haji Sungip,JIM &  seluruh pendokong Reformasi.Disini kami sertakan semula e-mail yang diterima dari Ku Nain bin Ku Lan yg telah cuba memecah belahkan saf perjuangan kita.
Perjuangan ini harus diteruskan...
====================================================================
CC: kunain@hotmail.com
Subject: Tawaran Sanator untuk Presiden JIM-Hj Shaari Sungep
Date: Tue, 16 Feb 1999 24:52:40 

Saudara pengarang

Assalamualaikum!

         TAWARAN SANATOR BUAT PRESIDEN JIM-HJ SHAARI SUNGEP

   Saya seorang penyokong kuat JIM. Saya mengenali Presiden JIM Tn Haji
Shaari Sungep sejak sama-sama menuntut di UK pada tahun 70 an. Saya amat
menghormati beliau kerana iltizamnya dalam perjuangan Islam di Malaysia.
   Namun saya amat-amat kecewa dengan perkembangan yang berlaku di
akhir-akhir ini di mana beliau diberitakan telah ditawarkan oleh DRM
Sanator dan jawatan Tim. Menteri jika BN kembali memerintah dengan
syarat beliau mengisytiharkan menyokong UMNO dan membawa bersamanya
ahli-ahli JIM sebelum pilihanraya akan datang. Kesahihan berita ini saya
boleh pastikan kerana ianya datang dari sumber yang sangat-sangat hampir
dengan  Kepimpinan JIM Pusat. Malahan pemerhati politik dan pejuang
Reformasi sudah dapat menghidu dari gerak-geri serta iltizam Hj Shaari
dalam GERAK yang agak malap dan kendur berbanding dengan Presiden ABIM
yang tetap aktif selepas kedua-duanya keluar dari ISA.  Beliau akan cuba
melakukan kejutan dan 'upset' bagi PAS dan sekelian pendokong Reformasi
pada pilihanraya ini sama seperti DSAI lakukan pada 1982 dulu.(Impaknya
tetap ada walaupun tidak sama kerana pengaruh keduanya-Shaari & Anwar
jauh berbeza).
   SERUAN SAYA-- Semua pehak harus bertindak segera bagi meminumkan
impaknya kelak! Misalnya: Ahli JIM perlu desak beliau UNDUR
segera.(Beliau tidak sekuat mana pengaruhnya dalam JIM. Yang akan ikut
beliau cuma 4-5 orang saje!). JIM segera cari ganti presiden/pemangku
yang berwibawa. Saya yakin seluruh ahli JIM menyokong PAS dan Reformasi.
Jangan beri modal musuh menggugat saf perjuangan Islam di musim p/raya
ini!!!
  Jika beliau enggan undur, adakan EGM untuk jatuhkan beliau. Saya kira
lebih baik jika beliau dan beberapa kerat pimpinan JIM pusat dijatuhkan
awal-awal lagi daripada mereka isytihar sokong UMNO pada saat akhir
p/raya. Biar JIM Bersedia awal-awal agar dapat 'close rank'dan
'consolidate' bagi menghadapi p/raya. Sekiranya berita ini benar-benar
berlaku kelak, JIM akan tetap membuat pendirian. Jauh lebih baik beliau
disingkirkan awal-awal daripada JIM jadi kelam-kabut dan saf Islam
terutamanya PAS akan terkesan di saat-saat p/raya nanti!!! Kita perlu
buang BARAH ini sebelum ia membunuh!!!
  Berita terakhir ada menyebut yang Hj. Shaari MEMINTA TEMPOH sehingga
SEPTEMBER 1999 untuk beliau fikirkan pengunduran dari kepimpinan JIM.
Kalau benar,ini memang strategi DRM yag beliau pakai.  Memang beliau
sengaja nak buat kejutan p/raya!!! Apa lagi? Semua mesti bertindak
segera!!! PIMPINAN JIM NEGERI-NEGERI--BANGUN!!!  AHLI-AHLI JIM BANGUN!!!
Jangan menyesal kalau nanti JIM menjadi PENYEBAB kepada KEGAGALAN PAS
dan Saf Reformasi memenangi p/raya!!!
  PAS, GERAK,ADIL, ABIM dll boleh fikirkan cara-cara yang wajar bagi
manghadapi situasi jika benar-benar Hj Shaari BERPALING TADAH! Saya
yakin kesannya tidaklah sehebat mana. Tapi memadai untuk sedikit
sebanyak mengkocar-kacirkan saf Islam dan Reformasi.

  Sdr pengarang, sila edit dan sebarkan maklumat ini supaya kita dapat
'arrest' permasalahan ini. 'Sediakan payung sebelum hujan'. Jika sdr
pengarang ada kemyuskilan, sila hubungi saya.

   Wassalam

Ku Nain Ku Lan