SIAPA IBRAHIM ALI?

Assalamualaikum Wrh. Wbt.

Saya adalah salah seorang pendokong utama Berahim Ali suatu ketika dahulu dan salah seorang yang dapat mempengaruhi keputusan Politik beliau.

Saya mengenali Berahim Lompat ini semenjak ayahnya dahulu lagi. Ayah beliau (Al Marhum) adalah bekas Penggawa dan kaki laga lembu dan berjudi. Pernah sekali waktu polis membuat serbuan
tempat perjudian, ayahnya yang samseng  itu menampar polis. ~C.I.A REFORMASI.

Pada 12.2.1999 Berahim Ali telah menganjurkan ceramah di Kampong Kutan dalam kawasan parlimenya. Kehadiran pada malam tersebut lebih kurang 150 orang dan YB. Hj. Zainuddin tak nak berucap. Sebenarnya Hj. Zainuddin dan Berahim Ali ni pernah bertanding atas tiket berlainan dalam
pilihanraya umum yang lepas (1995). Pada pandangan saya Hj. Zainuddin tak nak berucap kerana sebelum memasuki UMNO beliau begitu teruk menghentam si Katak Lompak ni. Bermacam perkataan di hamburkan...so dari segi lojiknya amat susah sekali mereka ni duduk bersekali walaupun si katak lompak ini telah melantik Hj. Zainuddin sebagai ketua penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas.

Satu lagi peristiwa yang berlaku keatas Berhaim Ali adalah pada hari Jumaat lepas juga pada 12.2.1999. Beliau bersama-sama kuncu-kuncunya sejumlah 5 buah kereta nak sembahyang Jumaat di Masjid Mukim Bunut Sarang Burung (DUN. Wakaf Baru). Waktu beliau sampai, tidak ada seorang  pun Jemaah turun menyambutnya atau bersalam dengan nya. Apabila  menyedarinya, beliau terus keluar dari perkarangan masjid tersebut dan  tak tahu bersembahyang di mana pada hari tu.

Saya juga mendapat maklumat Si Berahim Ali ni nak meletakkan adiknya  yang bernama Asri untuk bertanding dalam Pilihanraya Depan bagi kawasan  DUN. Wakaf Baru. Kalau lah ini betul berlaku, maka jelaslah si katak  lompat ini juga mengamalkan kronisme dalam pentadbiran UMNO Bahagian
Pasir Mas. ~C.I.A REFORMASI.
 

Sumber :Tok Penghulu Syaary ,Paya Ular.