Strategi Bangkrapkan TV3!!
 
Mengikut laporan audit syarikat TV3 (salah sebuah anak syarikat MRCB) yang telah dikeluarkan baru-baru ini telah menunjukkan syarikat tersebut telah mengalami kerugian lebih dari RM500 juta.  Kerugian ini kebanyakkannya berpunca dari kelemahan prestasi anak-anak syarikat terutama Mega TV.  Mega TV contohnya memerlukan pelaburan yang amat besar dan kos penyelanggaraan yang tinggi. ~C.I.A REFORMASI

Adakah ini merupakan satu bala kepada TV3? Wallahualam.  Yang pasti TV3 merupakan alat propaganda yang utama bagi kerajaan memandangkan rating TV3 yang masih merupakan saluran yang mempunyai penonton yang teramai.  TV3 yang dulunya dilihat sebagai saluran TV yang agak berkecuali kini telah berubah menjadi saluran fitnah sensasi dan berita palsu terkini. Boleh dikatakan kebiadapan TV3 telah melampaui batas dan lebih teruk dari saluran RTM sendiri.  Saban hari kita disajikan terutamanya melalui Bulletin Utamanya, berita-berita yang cuba mengekploitasi apa saja isu yang difikirkan boleh memberi kelebihan kepada kerajaan.  Ucapan atau 'remark' dari pemimpin parti PAS dan sebagainya, telah diekploitasi sewenangnya .  Bantahan rakyat yang diterima oleh TV3 sama ada menerusi surat, e-mail dan sebagainya tidak diendahkan, bahkan kita lihat TV3
telah menjadi semakin 'liar' dengan berita fitnah dan berat sebelah itu.  Oleh yang demikian, wajarlah kita semua mengambil pendekatan yang lebih tegas bagi memberi pengajaran kepada mereka.  TV3 adalah satu syarikat korporat yang tentunya hanya hidup jika masih berupaya membuat keuntungan.  Siapa yang memberi mereka keuntungan?  Tentulah kita semua..rakyat jelata.

Memboikot TV3 semata-mata (iaitu memboikot dari menonton rancangan, berita dan sebagainya) merupakan satu tindakan yang kurang berkesan kerana hasil yang mereka perolehi bukanlah dari kita tetapi dari syarikat yang menyiarkan iklan dan menjadi penaja rancangan.  Jadi dengan hanya memboikot rancangan TV3, pasti ianya memberi kesan yang amat sedikit kepada mereka. Lagipun kita tidak dapat menafikan bahawa TV3 sememangnya saluran yang masih popular berbanding saluran lain khususnya RTM.  NTV7 dan MetroVision pula mempunyai liputan yang terhad.
Jadi taktik memulaukan TV3 sahaja sukar untuk berjaya.

Jadi satu tindakan perlu diambil oleh semua bagi memberi tekanan kepada TV3, iaitu sama ada berubah iaitu 'reform' atau terpaksa gulung tikar.  Kita semua tahu TV3 banyak menanggung hutang hasil ketidakcekapan anak syarikat.  Jadi kita gunakan kelemahan mereka ini untuk 'menyerang
hendap' mereka. Antara cadangan saya; ~C.I.A REFORMASI

1.  Boikot Mega TV.

    Mega TV dilaporkan antara penyumbang utama kerugian TV3.  Hal ini berlaku kerana jumlah pelanggan yang masih kecil yang belum berupaya menyerap kos pelaburan dan penyelenggaraannya .  Setakat ini jumlah pelanggan adalah sekitar 200,000 orang.  TV3 dalam kempen promosi tidak lama dahulu, membelanjakan wang yang banyak untuk memberi subsidi kepada pelanggan dengan memberikan pemasangan percuma (termasuk set docoder) yang bernilai sekitar RM200 satu set.  ini menyebabkan Mega TV terpaksa menanggung kerugian besar.  Taktik mereka ialah kos ini dapat diserap semula jika pelanggan melanggan Mega TV dalam jangkawaktu yang agak lama (1-2 tahun).  Ini menyebabkan mereka berani membuat promosi sedemikian (salah satu strategi pemasaran).  Bagaimanapun, kemunculan TV satelite Astro membantutkan rancangan ini kerana ternyata ramai yang lebih suka melanggan TV Astro yang menwarkan lebih banyak saluran dengan mutu yang lebih baik.  Walaupun agak mahal, namun ternyata Astro telah berjaya mengatasi Mega TV.  (Adakah itu juga satu bala untuk TV3..wallahualam).

Oleh yang demikian, dengan memulaukan Mega TV ini tentunya akan membuat TV3 tidak lena tidur.  Jika jumlah pelanggan sedia ada terus berkurangan, percayalah Mega TV akan terpaksa 'tutup kedai' dan ini akan membuat orang atasan TV3 'sakit jantung' kerana Mega TV akan
meninggalkan hutang yang amat banyak jika terpaksa menutup operasi. Mengikut dari sumber yang boleh dipercayai, Mega TV mungkin terpaksa menutup beberapa kawasan liputan untuk mengurangkan kos pengendalian. Rakyat boleh memberi sedikit sokongan kepada Astro kerana sikap agak berkecuali mereka.  Malah didapati Astro juga sekarang tidak lagi memotong berita asing yang menyiarkan laporan kes DS Anwar.  Sumber dari Astro menyatakan mereka mendapat tekanan dari pelanggan untuk tidak memotong berita-berita luar negara.  Jika Astro didapati berperangai seperti TV3, tindakan sama boleh diambil ke atas mereka. ~C.I.A REFORMASI

2. Boikot Ambang Klasik.

   Ambang Klasik juga merupakan satu lagi anak syarikat TV3 yang juga beroperasi dalam kerugian walaupun tidaklah sebanyak Mega TV. Kebanyakkannya diselamatkan oleh kepopularan beberapa artis seperti Senario dan kejayaan beberapa filem hasil kerjasama Grand Brilliance dangan produser filem seperti Yusof Haslam.  Ada sesetangah artis mereka gagal menjual album walaupun hari-hari promosi percuma diudarakan di TV3.  Jadi untuk melemahkan lagi kedudukan kewangan TV3, artis-artis 'hardcore' seperti Senario perlu diboikot dengan tidak membeli album mereka. Tugas ini agak sukar kerana terpaksa berdepan dengan 'halangan' anak kita, tapi masih boleh dilakukan dengan cara yang tentunya kita semua tahu(?).  Filem yang dikeluarkan oleh Grand Brilliance juga perlu diboikot walaupun ianya diarahkan oleh Yusof Haslam!  Sukar juga bagi peminat Awie, Erra dan sebagainya tetapi ianya perlu dilakukan jika anda mahu 'mengajar' TV3.

3. Boikot produk-produk TV3.

Aspek Produk ini luas iaitu dari produk cenderahati TV3 sehinggalah produk talian Teleinfo yang dikeluarkan TV3 (contohnya Teleinfo Senario).   Smartshop juga merupakan satu lagi anak syarikat TV3 yang perlu dipulaukan sama sekali.  TV3 dilaporkan juga mengalami kerugian dari segi hasil 'Air-Time' untuk segmen Smart-shop ini.  Penjualan adalah tidak setimpal dengan hasil iklan yang boleh diperolehi jika mereka menyiarkan iklan.  Kos penyelanggaran juga agak tinggi yang menyebabkan SmartShop kurang berjaya dari segi memberi pulangan hasil. ~C.I.A REFORMASI

4. Mengurangkan kepopularan TV3

Tugas ini agak sukar dan mungkin kurang praktikal tetapi masih boleh dilakukan.  Tugas ini boleh dijalankan dengan memboikot rancangan TV3 terutamanya Bulletin Utama.  Iklan semasa Bulletin Utama boleh manjangkau RM60,000 satu iklan bergantung kepada jangkamasa iklan tersebut. Di sinilah TV3 banyak mendapat keuntungan.  Jadi rakyat perlu bersatu memulaukan dari melihat TV3 dalam masa waktu Prima (7.30 p.m - 9.00 p.m).  Bukalah TV lain seperti MetroVision, NTV 7, atau RTM sekalipun.  (Anda tidak perlu boikot TV3 sepanjang masa).  Ini akan mengurangkan rating TV3.  Syarikat yang ingin mengiklankan barangan mereka mungkin akan beralih kepada saluran lain yang lebih popular jika hal ini berlaku.  Kesannya hasil iklan untuk TV3 sedikit-sebanyak akan berkurangan dan ini tentunya akan menjadikan kedudukan kewangan TV3 akan bertambah parah setelah usaha memulaukan Mega TV dan lain-lainya berjaya.

Kedudukan kewangan TV3 yang kian tenat telah menyebabkan pemberhentian secara sukarela di kalangan kakitangan mereka.  TV3 juga telah menghentikan program 24 jamnya untuk engurangkan kos.  Ini adalah hasil ketidakcekapan pengurusan mereka yang terlalu banyak menceburi bidang lain dalam satu masa yang menyebabkan TV3 terpaksa membelanjakan banyak wang pelaburan.  Kelemahan ini perlu digunakan secukupnya oleh rakyat untuk mengajar TV3 kerana kebiadapan mereka.  Tentulah ada yang akan merana (kakitangan TV3) tetapi rakyat tidak boleh berkrompomi dalam isu ini.  Kebiadapan TV3 tidak boleh dimaafkan dan perlu dihentikan.  Jika tidak melalui cara nasihat, cara seperti ini mungkin boleh menyentakkan mereka. ~C.I.A REFORMASI
 
Sekian.
Sumber: Seorang reformis yang menggelarkan dirinya "citizen power"