Make your own free website on Tripod.com
    Semalaman di rumah Dr Hassan Ali

     Assalamu’alaikum.
 
     Memang tidak pernah sebuah ceramah PAS yang dibuat sebelum ini menggunakan dua
     skrin besar, menurut Dr. Hassan Ali, melainkan ceramah yang telah diadakan pada
     malam ini di rumah beliau sempena perasmian cawangan baru PAS kawasan tersebut.
     Satunya berukuran agak kecil, mungkin 3 X 2 meter, tetapi yang satu lagi memang
     besar, sekitar 4 X 5 meter, hampir separuh tinggi pokok besar di sebelah rumahnya.
     Yang pertama diletakkan di bukit sebelah bawah, dan kedua di bukit sebelah atas.

     Kedua-dua bukit itu memang sangat curam. Saya pun hanya dapat duduk di atas jalan
     yang curam itu. Sakit pinggang sikit sebab body tak dapat nak straight. Skrin besar itu
     memang perlu kerana rumah Dr. Hassan mempunyai tembok batu yang tinggi,
     sebagaimana lazimnya rumah orang-orang kaya di kawasan Taman Tun Dr. Ismail, tak
     mungkin manusia yang ramai di luar dapat melihat majlis ceramah di dalam kawasan
     halamah rumah itu daripada luar.

     Tidak pernah juga setahu saya, sebuah ceramah PAS ada menggunakan monitor untuk
     mengawal view daripada dua atau tiga kamera serentak, seperti dalam perlawanan
     bola.

     Tidak pernah ada ceramah PAS yang saya hadiri minuman air mineral di
     bahagi-bahagikan kepada para hadirin dengan percuma.

     Tidak pernah lagi sebuah ceramah PAS diakhiri dengan nyanyian nasyid selawat
     beramai-ramai selama seminit yang ditekongkan sendiri oleh Dr. Hassan. Tak sangka
     juga beliau pandai bernasyid, merdu pulak tu.

     Menurut Dr. Hassan lagi, daripada maklumat yang diterimanya, malam ini sekitar
     40,000 orang hadir, dengan panjangnya dereten manusia malam ini lebih kurang 3
     kilometer setengah. Mungkin sebab lorong rumahnya pun agak sempit dan tidak ada
     kawasan lapang seperti di Markaz Tarbiyah Taman Melewar.

     Menurut infomer beliau yang ditempatkan di kawasan sejauh Jaya Jusco yang paling
     hampir, sehingga pukul 12.00 malam, apabila majlis ceramah hampir ditamatkan, masih
     ada pemandu kereta yang tidak berjumpa tempat parking di shopping mall tersebut.
     Nak cari tempat parking yang dekat, jangan harap.

     Alhamdulillah, kutipan derma malam ini dianggarkan lebih kurang RM20,000. Itu pun
     mungkin dapat dikutip lebih banyak sekiranya tempat tersebut tidak sepadat itu, yang
     menyukarkan pergerakan pengutip derma.

     Beberapa point yang dapat saya kutip daripada ceramah di rumah Dr. Hassan Ali pada
     malam ini.

     1. Kisah Umar al-Khattab r.a. -- oleh Ustaz Fadhil Nor

     Malam itu, Umar berjalan-jalan di kawasan sekitar kampung bersama Abdul Rahman
     bin Auf r.a. Tiba-tiba beliau terdengar tangisan beberapa orang kanak-kanak dalam
     sebuah rumah.

     Beliau pun masuk dan bertanya kepada ibu tua, dan siibu pun menjawab: “Saya
     seorang janda dan ini anak-anak saya. Kami tiada makanan. Aku memang bencikan
     Umar al-Khattab kerana beliau tidak pernah mahu menjaga hal-ehwal rakyatnya”,
     tanpa mengenali orang yang berada di hadapannya, sebab masa tu takda tv dan paper,
     susah rakyat nak kenal pemimpin mereka.

     Umar kata: “Besok Makcik datanglah ke rumah saya, dan saya akan bantu makcik.”

     Besoknya Makcik pun sampai di rumah Umar yang usang itu. Beberapa orang sahabat
     juga hadir di sisi Umar. Tiba-tiba seorang sahabat berkata kepada Umar dengan
     menggunakan panggilan “Amirul Mukminin”. Si Makcik pun terkejut besar dan menjadi
     takut.

     Umar berkata: “Janganlah Makcik takut. Ambillah wang ini (500 dirham, daripada
     koceknya sendiri!) dan maafkanlah saya kerana tidak mengendahkan masalah
     Makcik.”

     Komen Ustaz Fadhil Nor:

     Kerajaan BN bukan sahaja tidak mengendahkan masalah janda dan anak yatim,
     mereka sebaliknya MERUNTUHKAN rumah janda dan anak yatim di sebuah
     kawasan setinggan (rumah “peneroka bandar”, menurut Syed Husin Ali) di Kuala
     Lumpur, ketika mereka sedang bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya lagi.

     2. Umar mengambil tanah Abbas -- Ustaz Fadhil

     Untuk membesarkan Masjidil Haram (bukan buat istana RM 200 juta), Umar
     bercadang untuk menggunakan sekeping tanah milik Abbas r.a. yang berdekatan
     dengan masjid tersebut.

     Malangnya Abbas tak mahu berikan, kerana katanya tanah itu miliknya. Abbas kata:
     “Kalau kau mahukan tanah ini juga, sila bawa kes ini ke mahkamah”.

     Umar bersetuju: “Aku benarkan kamu memilih hakim yang kamu suka, wahai Abbas”
     (kalau kerajaan jadi plaintif, defendan boleh pilih hakim yang disukainya -- di
     mahkamah kanggaroo, jangan harap).

     Abbas memilih hakim Shuraih, seorang hakim yang terkenal keadilannya. Shuraih pun
     memanggil Umar: “Wahai Amirul-Mukminin!” Umar mencelah: “Jangan kamu panggil
     aku dengan gelaran itu dalam mahkamah ini! Di sini, kita semua setaraf!”

     Keputusannya, Umar kalah. Ketika keluar daripada mahkamah itu, Abbas berkata
     kepada Umar: “Sekarang barulah aku puas hati dengan keadilanmu. Wahai Umar,
     ambillah tanah ku itu dengan percuma”.

     3. Jus Soli (Baca: Jos Solai) -- Mustapha Ali

     umyes telah bersetuju dengan salah satu syarat daripada British untuk memberi
     kemerdekaan kepada Malaya. Syarat itu -- dinamakan Jus Soli -- menyatakan bahawa
     setiap anak golongan pendatang, India dan Cina, yang dilahirkan selepas hari merdeka,
     mestilah diberi kerakyatan secara otomatik.

     Hasilnya, bilangan pengundi Melayu pada tahun 1978 (selepas 21 tahun umur
     kanak-kanak pendatang tadi yang dilahirkan pada hari merdeka) telah menjadi 54%,
     sedangkan pada pilihanraya tahun 1955 berjumlah 84% (umyes, pembela bangsa
     Melayu).

     4. umyes pejuang kemerdekaan -- Mustapha Ali

     Tahukah anda bahawa TIDAK ADA seorang pun pemimpin umyes, yang dikatakan
     sebagai “pejuang kemerdekaan” itu, yang pernah dipenjarakan oleh British?

     Mereka yang pernah dipenjarakan oleh British semuanya BUKAN orang umyes,
     seperti Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam.

     Ya, orang lain yang memperjuangkan kemerdekaan, orang lain pula yang diprojekkan
     sebagai jaguhnya. (Insyallah selepas ini, kerajaan pembangkang PAS akan menerbitkan
     sebuah buku sejarah* yang lebih tepat dan benar.)

     *Sejarah -- peristiwa masa lalu, yang dikaji untuk memahami masa sekarang, yang
     kemudian digunakan untuk merancang masa depan.

     5. Janji golongan profesional -- Dr Hassan Ali

     Dr. Hassan telah menerima panggilan dari serata dunia semenjak kemasukan beliau ke
     dalam PAS. Ramai di kalangan golongan profesional dalam dan luar negara telah
     BERJANJI kepada beliau bahawa mereka akan membantu dengan sepenuh tenaga
     dan minda mereka seandainya kerajaan PAS dapat memerintah negara.

     6. Ahli baru PAS sejak kes DSAI -- Ustaz Fadhil Nor

     Seramai 63,000 ahli baru telah mendaftar menjadi ahli PAS sejak kes DSAI. Sebelum
     ini, cuma 12,000 orang setahun yang mendaftar sebagai ahli PAS.

     Maksudnya, jumlah ahli baru PAS dalam masa lima bulan kebelakangan ini sama
     dengan jumlah ahli baru PAS yang dapat didaftarkan dalam masa lima tahun sebelum
     ini.

     7. Ramalan pilihanraya -- Dr Hassan Ali

     Kalau BN menang di Sabah, pilihanraya umum akan di adakan dua bulan selepas itu.
     Tapi kalau kalah di Sabah, pilihanraya umum akan diadakan lebih jauh lagi. Mungkin
     last minute.

     8. Sepetang di rumah TG Nik Aziz -- Dr. Hassan Ali

     Ketika Dr. Hassan sampai di rumahnya (yang berada di BAWAH tahap sederhana) di
     Pulau Melaka, TG Nik Aziz baru pulang dari luar negara dan wajahnya memang jelas
     terbayang keletihannya yang amat sangat.

     Isteri TG pula berada di Johor ketika itu. Sambil menjeling kerusi di rumah TG, rakan
     Dr. Hassan berbisik, “Set kerusi ni nampaknya macam TG beli dari kedai menjual
     barang second-hand”.

     Tiba-tiba, TG DATANG MEMBAWA SENDIRI MINUMAN UNTUK
     TETAMUNYA. Apabila Dr. Hassan mahu menuang airnya sendiri ke cawan, TG
     melarang sambil meletakkan tangannya di atas tangan Dr., kemudian TG sendiri
     menuangkannya untuk mereka.

     Komen Dr. Hassan: Saya tak pernah jumpa lagi seorang PM dalam dunia ini yang
     datang membawa sendiri minuman untuk para tetamunya.

     TG jadi PM? Insya Allah. ~ C.I.A REFORMASI

p/s:     Saya mengambil kesempatan menyampaikan borang kemasukan Parti Pas bersama
     isteri saya. Sebagai bekas penyokong UMNO dan Barisan, hati saya berasa lega
     selepas itu. Kita menanti pilihanraya.
     Ingat-ingatlah Mahathir dan kuncu-kuncunya. Peristiwa malam ini di Taman Tun amat
     simbolik. Kubu kapitalisma dan elitist Melayu sudah ditembusi. Berundurlah secara
     terhormat. .~ C.I.A REFORMASI

Artikel dari seorang reformis yg menggelarkan diri beliau "Honda Civic"