PEMIMPIN DAP HARUS TAHU TENTANG KONSEP NEGARA ISLAM.

Pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi, jadi adalah lebih baik untuk pemimpin DAP khususnya mendapat sedikit-sebanyak pendidikan tentang apakah itu konsep Negara Islam seperti yang ingin dimajukan oleh PAS. Dan pemimpin DAP keturunan Melayu, seperti Ahmad Nor dan lain-lain sudah sepatutnya menyiapkan maklumat yang relevan dan berikannya kepada Lim Kit Siang dan Karpal Singh dan lain-lain pemimpin bukan Melayu supaya mereka dapat maklumat yang sesuai. Sebab kalau tidak mereka akan terus memegang anggapan yang salah mengenai apa itu konsep Negara Islam.

Lebih baik lagi kalau DAP mencari guru ugama Islam untuk berceramah dan belajar sedikit-sebanyak tentang Islam dan Negara Islam supaya mereka tidak akan menjadi keliru.  ~C.I.A REFORMASI

Apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sangat penting untuk semua umat Islam dan penduduk Melayu di Malaysia. Dan pembentukan sebuah negara Islam di Malaysia amat baik bukan sahaja untuk orang Islam yang termasuk bukan Melayu sendiri, tetapi, yang bukan Islam juga.

Sebab konsep Negara Islam itu menguntungkan semua ugama dan bangsa, yang tidak terdapat lagi di negara kita sekarang yang tidak menerima konsep negara Islam. Sebabnya ialah pemimpin-pemimpin dalam UMNO dan BN takut bahawa undang-undang Islam itu tidak bersesuaian dengan mereka, sebab undang-undang Islam tidak boleh dipindah sesuka hati. Apa yang tertulis dalam Koran dan Sunnah adalah kekal, dan pemimpin dan rakyat mesti mematuh kepadanya.

Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin UMNO sering membuat interpretasi sendiri dan menukar undang-undang dan perlembagaan yang tidak relevan kepada mereka. Adakah ini keadilan untuk rakyat? Mereka cuma mahukan keadilan untuk mereka sendiri supaya mereka tidak akan dituduh dalam mahkamah.

Pemimpin DAP dan penyokongnya harus sedar bahawa mereka mempunyai lebih banyak hak dalam sebuah negara Islam, berbanding dengan negara sekular. Dan keamanan dapat dicapai, sebab pemimpin tidak meletakkan diri mereka lebih tinggi dari rakyat-jelata yang telah melantik mereka untuk menjadi pemimpin seperti apa yang telah berlaku sekarang, di mana pemimpin yang tiba-tiba menjadi kaya-raya dan sombong sebaik sahaja mereka itu dipilih sebagai ahli dewan undangan atau dewan rakyat dan senator. Mereka tidak lagi mahu mendekati rakyat yang telah melantik mereka dan mahu belagak seperti tuan untuk menjerkah mereka sahaja.

Lihat sahaja semua menteri dalam UMNO dan BN dan kita dapat tahu bagaimanakah sikap mereka terhadap rakyat, dan pemikiran mereka. Ramai yang masuk politik semata-mata untuk menjadi jaya-raya tanpa memberi sebarang sumbangan kepada rakyat.

Dalam negara Islam pemimpin mesti menjalan proses ugama, dan mereka mesti jenis yang mempunyai pendidikan ugama yang tebal, dan tidak pentingkan kekayaan atau kebendaan. Jadi proses untuk mereka menjadi pemimpi itu lebih lama dan perit lagi. Dan mereka tidak boleh menjadi pemimpin secara tiba-tiba atau olehsebab mereka mempunyai saudara dan rakan dalam parti yang mahu melantik mereka untuk bertanding.

Pemimpin DAP sudah lama berkecimpung dalam arena politik di negara kita, dan mereka harus sedar bahawa Malaysia mempunyai jumlah penduduk berugama Islam berbilang kaum dengan majoriti yang banyak. Kadar ini kian meningkat, dan mengikut perangkaan kadar ini akan meningkat hingga ke 70% penduduk Malaysia semuanya menjelang tahun 2020 berbanding dengan cuma 60% sekarang. Jadi, mahu atau tidak mahu mereka harus terima hakikat bahawa lambat-laun Malaysia akan menjadi negara Islam.

Libat sahaja apa yang telah berlaku di Indonesia di mana terdapat penduduk Islam yang begitu banyak, berbanding dengan bukan Islam. Mereka mengamalkan konsep republik sekular, dan lihat saja apa yang telah berlau di sana. Orang bumiputera ditindas sehinggakan tahab ekonomi mereka terlalu rendah berbanding dengan ekonomi kaum bukan Bumiputera. Keadaan ini membuat huru-hara di Indonesia,yang tidak akan dapat diselesaikan selagi Indonesia tidak menjadi Republik Islam.

Jadi, adalah baiknya kalau pemimpin DAP berkerjasama dengan PAS dan belajar apa yang dimaksudkan dengan konsep Negara Islam terlebih dahulu, sebelum melenting. Lagipun, apa pendapat pemimpin dan penyokong Melayu dan Islam dalam DAP sendiri? Tidakkah mereka juga tersinggung kalau pemimpin parti mereka berkata bahawa Malaysia tidak boleh menjadi negara Islam?   ~C.I.A REFORMASI

PAS DAN DAP BOLEH BERKERJASAMA

Saya menyokong penuh pendapat Syed Husin Ali, pengerusi parti Malaysian People's
Party yang telah menyarankan bahawa untuk memenangi pilihanraya yang akan datang
parti parti komponen hendaklah mengurangkan jurang fahaman masing masing dan
memperkukuhkan tujuan yang sama. Ini adalah benar. Nasihat dan saranan ini adalah
perlu diambil perhatian oleh PAS dan DAP dengan tahap yang serious. Ini bukanlah
masa untuk PAS dan DAP untuk memperkeras dan mempertahankan ideologi ideologi
masing masing yang akan memperkukohkan kedudukan Barisan Nasional. Ini bukanlah
masanya lagi.  ~C.I.A REFORMASI

Peluang keemasan yang ada sekarang ini hanyalah akan terjadi sekali sahaja didalam
seumur hidup kita rakyat Malaysia. Dr. M jarang membuat kesilapan didalam kecaturan
politiknya. Disebabkan oleh ketamakan dia telah membuat suatu kesilapan besar yang
tidak mungkin akan dimaafi oleh rakyat begitu sahaja. PAS dan DAP telah lama
menunggu keretakan didalam kubu Barisan Nasional. Apa yang dinanti nanti telah
terpapang dihadapan mata. Keadaan ini tidak perlu dipertikaikan lagi. PAS dan DAP
tidak boleh mencurigai kedudukan masing masing. PAS perlulah sedar bahawa
ideologinya untuk menubohkan Negara Islam bukanlah sesuatu yang mendapat
sokongan penoh orang orang melayu apatah lagi dengan orang orang bukan islam.
DAP juga perlulah sedar bahawa ideologi mereka yang berbau perkauman dan
berhaluan pelampau bukanlah sesuatu diterima bulat bulat oleh semua kaum Cina dan
apatah pulak orang orang melayu. Kedua dua parti ini mempunyai ideologi ideologi
yang berketerlaluan. Sekarang ini adalah masa untuk kedua dua parti ini menyerekekan
jurang masing masing(iron-out differences ).

Tujuan utama semua parti parti pembangkan adalah untuk mematahkan hasrat Barisan
Nasional untuk menerajui Kerajaan. Peluang yang ada sekarang tidak akan berulang
lagi. Ini adalah masa untuk berkerjasama demi mencapai hasrat keemasan ini. Jika
peluang ini dikaburkan dengan pertelingkahan oleh kerana ideologi masing masing
peluang keemasan ini akan terbuang dan kita rakyat Malaysia yang berkehendakan
perubahan akan rugi.

Mungkin PAS meragui jika mereka menukar haluan mereka akan kehilangan
penyokong penyokong traditional. PAS perlu menkaji statistik statistik mereka bahawa
daripada semua penyokong penyokong PAS, berapa yang berhaluan traditional dan
berapa yang berhaluan senderhana. Bagi pendapat saya jika PAS dan DAP dapat
membuat penukaran "fine tuning" ini, majoriti pengundi yang akan memberi sokongan
penoh dan yang akan memberi kemenangan kepada PAS dan DAP adalah penyokong
penyokong senderhana daripada kedua dua parti dan majoriti penyokong penyokong
Barisan Nasional yang telah bosan dengan gelagat pemimpin pemimpin Barisan
Nasional. Juga bagi pendapat saya jika fine tuning yang dicadangkan ini tidak
diimplementasikan PAS dan DAP hanyalah akan mencapai ketahap mengurangkan
majoriti sahaja dan ini adalah satu peluang keemasan yang telah dilepaskan begitu
sahaja.

Kita rakyat Malaysia sekalian perlulah menyangkalkan dakyah dakyah Barisan
Nasional. Pemimpin pemimpin Barisan Nasional begitu takbul dengan dakyah dakyah
mereka. Mereka bercakap besar dan masih ingin memperdayakan rakyat rakyat
sekalian mengatakan bahawa rakyat maseh menyokong mereka. Beberapa minggu
lalu saya terbaca didalam akhbar tempatan mengatakan bahawa pakatan diantara
PAS dan DAP adalah diumpamakan saperti perkahwinan diantara Buaya dan Arnab.
Ini adalah modal percakapan orang orang yang telah bankrup dengan modal untuk
bertutor. Tiada siapa didunia ini yang tidak boleh ditukar ganti melainkan Allah. Sikap
mereka mereka yang takbul dan bercakap besar ini perlulah disangkalkan sebagai
pemimpin peminpin kita. PAS dan DAP belum diberi peluang untuk memerentah , ini
adalah peluang kita untuk memberi peluang kepada mereka pulak. Mereka mempunyai
pemimpin peminpin yang lebih cerdik pandai daripada Barisan Nasional dan satu
keutamaan yang kita sedang mencari ialah mereka pempunyai pemimpin pemimpin
yang lebih bersih. lebih cekap, lebih beramanah , lebih jujur dan tidak korup.  ~C.I.A REFORMASI

 
Sumber: ADIL