KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI
ANWAR IBRAHIM
**************************
(English)                  (Terjemahan Ke Bahasa Melayu)


Press Statement
By Datuk Seri Anwar Ibrahim

The admission by Tan Sri Rahim Nor that he was the one who beat me while I was under police detention has at least confirmed my complaint all these while. It has also nullified the views of Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, that I could have caused the injuries myself. ~C.I.A REFORMASI

The admission has also nullified the original statement by Tan Sri Mokhtar Abdullah, the Attorney-General, which was very unclear and unprofessional, by stating that part of the injuries that I had reported was not correct.

I do not have confidence in the credibility of the Attorney-General in taking action against Tan Sri Rahim, in the light of the Attorney-General’s prejudice against me, and his role in the conspiracy to topple me, and the oppression that followed.

The question that arises now is did Tan Sri Rahim beat me up on the instructions of the Prime Minister? Or was his anger the result of rift between the Prime Minister and I? ~C.I.A REFORMASI

Why did the AG and his team comprising A Gani Patail and Azhar purposely delay the decision and question my statement on the injury?

Monday, 1st March 1999



(Bahasa Melayu)

Kenyataan Akhbar
Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengakuan Tan Sri Rahim Noor bahawa beliaulah yang memukul saya tatkala dalam tahanan polis sekurang-kurangnya telah mengesahkan tuduhan saya selama ini. Ia juga telah menolak pandangan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang cuba menimbulkan kemungkinan saya sendiri yang menyebabkan kecederaan ke atas diri saya. Ia juga telah mengenepikan pernyataan asal Tan Sri Mokhtar Abdullah, Peguam Negara, yang amat longgar, tidak profesional dengan mengandaikan bahawa sebahagian dari kecederaan yang saya laporkan adalah tidak tepat. Saya kurang yakin dengan kewibawaan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tan Sri Rahim kerana nyata prasangka dan penglibatannya dalam konspirasi yang sama untuk sengaja mengaibkan dan menjatuhkan saya. ~C.I.A REFORMASI

Soalnya sekarang ialah apakah tindakan Tan Sri Rahim memukul atas arahan Perdana Menteri? Atau apakah kemarahan Tan Sri Rahim akibat pertelingkahan saya dengan Perdana Menteri? Mengapa Peguam Negara dan pasukannya terdiri dari Abdul Ghani  Patail dan Azhar sengaja melambatkan keputusan dan cuba mempertikaikan  kenyataan saya tentang kecederaan.

Isnin, 1hb Mac 1999