Alasan Pemberhentian Prof Chandra Tidak Logik
 
Selaku warga Malaysia kami rasa terpanggil untuk mengulas alasan pendaftar UM di akhbar hari ini berhubung penamatan kontrek Prof Chandra. Menurut beliau ia merupakan amalan biasa kerana ramai lagi staf kontrek lain sebelum ini dihentikan tapi mereka tak mempersoalkan. Sebelum ini pihak UM memberi alasan ekonomi gawat sebagai alasan utama Prof Chandra di tamatkan kontrek. ~C.I.A REFORMASI

Perlu dinyatakan bahawa UM sebenarnya tidak memberikan justifikasi yang logik ke atas penamatan Prof Chandra. Ini terbukti kerana buat masa ini UM sedang menggaji ramai kakitangan kontrek baik bertaraf profesor dan profesor madya yang tidak menguntungkan kepada UM. Contohnya seorang
Profesor di fakulti Sains disambung kontrek semata-mata untuk  menggerakan sebuah pusat AMCAL yang tidak memenuhi langsung objektif  penubuhan malahan tidak membawa pun keuntungan hingga setakat ini  berbanding Pusat peradaban yang mempunyai pelajar dan mendatangkan  pendapatan.Seorang lagi Profesor di Institut Sains Biologi, Fakulti  Sains disambung kontrek walaupun institut tersebut berlebihan kakitangan  dan sepatutnya gaji seorang profesor boleh membayar kepada lebih ramai  lagi pensyarah. Jadi adalah lebih baik melantik pensyarah muda yang
lebih berdedikasi.Di Institut yang sama juga seorang Prof Madya yang  bersara telah disambung kontreknya walaupun ramai lagi pensyarah yang  boleh mengambil alih tugasnya. perlantikan mereka sebenarnya menerima  rungutan pensyarah lain kerana menyekat peluang kenaikan pangkat.

Di Fakulti Sastera perkara yang sama juga berlaku di mana prof yang  bersara disambung kontrek semata-mata untuk mengetuai satu unit  pendidikan jarak jauh yang mana ia boleh dikendalikan oleh kakitangan  yang lebih muda, bertenaga, berwawasan dengan dibantu oleh kakitangan
pentadbiran yang lain.Sebenarnya banyak lagi kes perlanjutan kontrek staf di UM yang tak justified. Yang penting ialah mereka boleh dan  pandai bodek ketua.

Warga UM juga boleh mempersoalkan perlantikan ramai orang luar  berkhidmat secara kontrek di UM dengan gaji yang mahal tetapi sebenarnya  tugas mereka pun boleh dibuat oleh kakitangan UM. Tetapi kenapa mereka  tidak ditamatkan kontrek. Contohnya jawatan Pengawal Kewangan, Pengarah Sumber manusia dan pendaftar sendiri. Mereka dibayar gaji yang besar tetapi apakah keuntungan yang UM dapat.kalau dilihat daripada kualiti  dan tahap pentadbiran ia tidaklah setanding seperti UPM, ITM, USM, UUM  dan lain-lain lagi malah UM cuba mempelajari pentadbiran mereka.Kenapa  perlantikan Prof Chanrda yang dapat menarik kemasukan ramai pelajar  dipersoalkan tetapi mereka tidak? ~C.I.A REFORMASI

Dalam kes Prof Chandra ia agak istimewa kerana beliau menjadi tenaga  pengajar di samping penggerak pusat peradaban. Sebaliknya pusat-pusat  atau unit yang lain boleh dikendalikan oleh sesiapa pun asalkan mereka  diberi peluang. Ini kerana tidak ada manusia pun yang indispensable.

Memang benar Penamatan kontrek Prof Chandra adalah kesan penswastaan  oleh Dr. Mahathir. UM melalui pengkorporatan hanya ditadbir oleh  beberapa kerat manusia dalam Lembaga pengarah yang membuat keputusan  atas sesuatu perkara berdasarkan pertimbangan kenalan, nepotisma,
kronisma, kedaerahan dan kepentingan pihak-pihak tertentu. Dalam Lembaga  Pengarah itu semdiri keanggotaannya didominasi oleh manusia dari satu  daerah yang tak perlu dikatakan lagi.

Sebenarnya UM kini telah jauh berubah berbanding di zaman Pak Ungku yang  benar-benar menjamin ketelusan dan bebas mengeluarkan idea.UM perlukan  satu reformasi. Untuk membuat reformasi manusia yang menjadi dalang  kepada kemalapan sinar dan imej UM selama ini perlu diganti dengan pimpinan yang dinamis dan terbuka serta adil.

Sumber: "Prof. bakal bersara".Terima Kasih.