TV3 Hina Raja – Raja Melayu

Laporan Buletin Utama ( BU ) TV3 pada 27.02.1999 ternyata merupakan satu tamparan dan penghinaan terhadap kemuliaan DYMM Raja  - Raja Melayu. Ini kerana laporan mengenai perlantikan DYMM Sultan Selangor sebagai Yang Di   Pertuan Agong baru ke 11 di buat selepas laporan  temuramah dengan TS  Benard Dompok ( KM Sabah ) mengenai PR sabah, atau lebih jelas lagi  mengenai senarai calon BN di Sabah. Ini jelas menunjukkan berita mengenai YDPA dan DYMM Raja – Raja menjadi kelas kedua. ~C.I.A REFORMASI

Ini juga menunjukkan betapa BN dan kerajaan telah kehabisan modal untuk  menawan hati rakyat terutama rakyat Sabah menjelang haru pengundian.  Sepatutnya siaran berita mestilah di mulakan mengikut keutamaan berita  bukannya kepentingan sesetengah pihak. Malangnya TV3 sebagai alat
propaganda kerajaan sanggup menggadai prinsip tersebut demi mengikut telunjuk pihak berkuasa.

Amat malang sekali dalam negara ini, jika kemuliaan DYMM Raja – Raja kini dipermainkan dan seolah dan dipergadaikan. Kepada ahli UMNO dan  bagsa melayu sekelian, saya menyeru supaya kita mengutuk sekeras  kerasnya tindakan TV3 melalui Bunya yang secara nyata menghina dan
merendahkan martabat DYMM Raja – Raja. Kita juga menuntut agar mereka yang berkaitan sama ada secara terang atau berselindung meminta maaf kepada DYMM Raja – Raja dan seluruh  rakyat Malaysia atas ketelanjuran TV3 tersebut.

Sudahlah para penonton telah dimomokan dengan pelbagai bahan dari Sabah dari pagi hingga ke malam, sedangkan isinya hanya untuk kepentingan segelintir manusia yang tidak yakin kepada kekuatan yang ada. Ini adalah merupakan satu bukti bahawa kerajaan akan menggunakan apa saja cara dan jentera untuk menangdalam PR di Sabah. ~C.I.A REFORMASI

Akhir sekali saya menyeru kepada semua rakyat yang cintakan institusi Raja Berpembagaan agar menghapuskan UMNO dan BN, mula – mula di Sabah kemudian seluruh bumi Malaysia ini.

Sumber:"Wira M”sia ".Terima Kasih.