Propaganda UMNO
 
 
  

          Selaras dengan sifat UMNO yang suka berbohong dan berputar belit dan dengan sokongan media-massa UMNO, propoganda berikut telah dikeluarkan oleh kaki putarbelit UMNO: 



   
Abdullah Badawi:  
          "Media asing mempersendakan mahkamah. Jangan percaya media asing."  

          Komen:  
          Bukan media asing sahaja, rakyat Malaysia pun tak percaya kpd Mahkamah Malaysia kerana jelas    korup. Ketua Hakim Eusoff Chin Korup berfoya-foya dgn Vincent Tan. 
         Rahim Tambi Chik dibebaskan oleh Mahkamah. Mat Taib juga bebas walaupun jelas korup.Dengan kerjasama 
Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ), mahkamah Malaysia jadi tempat untuk menghukum orang yang tidak berdosa dan membebaskan pesalah termasuk perogol. Siapa yang percaya Mahkamah Malaysia. Mahathir  telah menjadikan mahkamah Malaysia seperti circus. 
          Dollah pun sudah menjadi pembohong mengikut Mahathir. Dia mengamalkan budaya pembohong UMNO sejati. ~C.I.A REFORMASI


Mustafa Mohamad:  
          "Jangan percaya dengan penilai-penilai asing yang mengatakan BSKL tidak tulus. " 

          Komen:  
          Seperti biasa, jika pandangan itu positif, ia dibesar - besarkan. Jika negatif, orang lain juga tak betul. Mustafa hanya bertindak mengikut budaya UMNO sama seperti 
presidennya. Berputar belit, menyalahi orang lain adalah budaya UMNO sejati. 



          
Anuar Musa:  
         "Rakyat mesti sentiasa bersyukur kerana UMNO yang telah membawa kemajuan kepada negara." 

          Komen:  
          UMNO sekarang cuba mengharapkan orang Melayu setia kepada UMNO walaupun keadaan sudah berubah. Orang Melayu sudah insaf. Kesetiaan tidak boleh diberi 
kepada sesiapa atau pertubuhan secara membuta-tuli. Memandangkan UMNO sekarang sudah dimiliki oleh           kumpulan-kumpulan pembohong dan mereka yang telah memalukan bangsa Melayu, ia tidak layak lagi untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat lagi. Hingga ke hari ini, pemimpin UMNO   masih tidak insaf dan masih lagi cuba memperbodohkan rakyat. Oleh itu, saranan kepada orang Melayu untuk menyokong UMNO sudah tidak releven. Pemimpin UMNO telah menghancurkan dan membusukkan nama UMNO. ~C.I.A REFORMASI



  Najib Tun Abdul Razak 

          "A new party formed by Anwar's wife would not succeed because it lacked credible leaders. " "They also do not have a clear policy or platform," he was quoted as saying by the 
 official Bernama news agency." 

          Komen: 
          Jika Datin Seri Wan Azizah tidak berjaya ia adalah kerana pembangkang di Malaysia tidak berupaya seperti 
UMNO. UMNO kuat kerana Media, Money, Machinery dan Mahagoons.Media utama Malaysia seperti Utusan, TV3, RTM, NSTP dan lain-lain yang kuat dimiliki dan dikawal oleh UMNO. Mereka menjalankan tindakan propangada, berbohong, berputarbelit mengelirukan dan memperbodohan rakyat. Rakyat tidak dapat mengetahui keadaan sebenar 
kerana berita sebenar dipadam atau diputarbelitkan oleh media UMNO. Money atau Ringgit digunakan untuk berbelanja mengupah ketua-ketua UMNO dan kuncu- kuncunya untuk mengawal dan mengawasi rakyat.Melalui  kuasa ringgit, penyokong-penyokong disogok untuk mendapatkan kesetiaan. 
          Memandangkan orang Melayu amat nipis keimanannya adalah senang mempengaruhi mereka.Ringgit sudah menjadi tuhan kepada penyokong UMNO. Machinery atau ajensi- ajensi seperti PDRM, Kehakiman dll. digunakan dengan secara kotor untuk mempertahankan UMNO. Dengan 
alasan yang tidak menasabah, pejuang keadilan 'dihukum' Cara serupa ini berlaku di Serbia di mana pejuang-pejuang demokrasi di hukum dan dipenjara menggunakan mahkamah Milosevic. Polis rahsia mengintip rakyat dsb dan media memutarbelitkan berita sehingga rakyat Serbia keseluruhannya menyokong Milisevic. Mahagoons adalah 
penyokong-penyokong UMNO di mana sahaja yang bersedia melakukan apa sahaja mempertahankan UMNO. Mereka tidak berugama dan membenci pemimpin berugama. Mereka bertuhankan ringgit. Mereka takut jika kerajaan bertukar 
mereka tidak dapat hidup dalam kejahatan. Jika mereka berakal dan beriman, mereka tidak bertindak kejam seperti lanun memukul penunjuk perasaan. Ketua mereka pula bersubahat untuk menyiksa orang yang tak berdosa dan menyeksa mereka untuk mengaku salah. Di peringkat media 
pula , mereka tidak malu bercakap bohong, mengeluarkan berita bohong. Jika mereka beriman dan tahu perbuatan mereka berdosa, mereka berhenti bersubahat untuk menipu 
rakyat. Oleh kerana bagi mereka ringgit lebih penting daripada agama, mahagoons ini melakukan perbuatan jahat untuk mempertahankan UMNO. Di dalam alam siber pun terdapat kumpulan itu. Mereka menjulang-julangkan UMNO, memberi alasan-alasan kenapa kita mesti bersyukur, membohongi subscribers, berdolak-daleh, berpura-pura semata-mata untuk menghancurkan keadilan. Memandangkan mereka tidak berugama atau pun kurang pendidikan agama, mereka sanggup melakukannya perang siber tanpa malu- malu. Malahan ada pula di antara postings menunjukkan 
mereka berlakun seolah-olah mereka orang Islam walhal semua subscribers tahu, Islam mereka sama dengan Ummi Hafilda, Musa Hassan, Azhar, Khalid Jeffri, Khairuddin, Daim, Rahim Tambi Chik, Mahadir dll. Mereaka tidak boleh memperbodohkan rakyat. ~C.I.A REFORMASI
 
Sumber: JAja.Terima Kasih