PEMUDA UMNO BAHAGIAN 
BALING LUMPUH
 
 
PEMUDA UMNO BAH BALING LUMPUH 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KECUH SERTA 
MENJADI TEMPAT MENGHENTAM KERAJAAN & DR M 

Terbukti sudah Pemuda UMNO Bahagian Baling memang dah lumpuh !  Perkara ini dapat dilihat  ketika berlangsungnya Persidangan Perwakilan Pemudanya  di Dewan Tun Abd Razak di mana hampir separuh perwakilannya tidak hadir (boikot) di samping para perwakilan yang membahaskan usul ekonomi dan agama serta dalam ucapan penangguhan boleh dikatakan semuanya dengan beraninya melahirkan rasa ketidakpuashatian masing-masing ke atas  dasar kerajaan BN sekarang ini. Yang hebat lagi para perwakilan juga mengambil kesempatan ini turut menghentam Dr Mahathir dengan teruknya. Sekali imbas mesyuarat ini seolah-olah dijalankan oleh parti pembangkang ! UMNO Bahagian Baling memang tidak boleh menafikan ini kerana ia telah disaksikan oleh ramai pemerhati yang kebetulan berada di situ untuk menyaksikan satu Pameran Polis yang turut diadakan di kawasan itu. Apakah ahli UMNO sekarang ini sememangnya benar telah diserapi roh perjuangan Anwar Ibrahim untuk menegakkan kebenaran dan memerangi kebathilan ?~C.I.A REFORMASI

Pemuda UMNO Baling yang mengadakan Mesyuarat Agung tahunannya pada 24 April 1999 baru-baru ini benar-benar memberikan tamparan yang hebat kepada UMNO Baling. Apa tidaknya kerana jumlah perwakilan yang hadir cuma lebih kurang 165 orang sahaja daripada 297 kesemuanya. Tetapi yang lebih malang sebaik sahaja ucapan perasmian oleh saudara Aziz Sheik Fadzir (EXCO Pemuda UMNO Malaysia) dan selepas agenda pengundian dijalankan , hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang tunggu untuk agenda membahas usul dan ucapan penangguhan ! Kelihatan muka Abd Wahab Din (Ketua Pemuda UMNO Baling merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia ) masam sahaja kerana malu kepada ahli rombongan Pemuda UMNO Padang Serai yang datang sebagai pemerhati (wakil daripada Perhubungan UMNO Negeri Kedah). Apa lagi ketika itu ramai pemerhati lain turut ada iaitu orang ramai yang datang untuk menyaksikan pameran polis di dewan yang sama (Dewan Tun Abd Razak Baling).~C.I.A REFORMASI

Saya yang memang sengaja datang sebagai pemerhati untuk mendengar dan melihat sendiri persidangan itu berjalan memang sudah bersedia dengan perakam suara kecil        ( orang tak perasan punya) kerana desas-desus sebelum ini menyatakan banyak isu-isu panas akan dibangkitkan. 

Ucapan saudara Aziz tiada apa yang menarik .Kata beberapa pemerhati yang berdekatan dengan saya  memberi komen bahawa Aziz gagal menaikkan semangat Pemuda,mungkin kerana moodnya tiada sebab banyak kerusi yang dikhaskan untuk perwakilan kosong di depannya.Begitu juga dengan YB Dato’ Raja,ucapannya biasa saja. Ramai pemerhati berpendapat kerana mungkin beliau tidak berminat lagi untuk menerajui UMNO Baling selepas ini kerana ia rasa PM tak akan calonkannya lagi sebagai wakil rakyat sebab ia telah dicop sebagai penyokong DSAI. Ucapan saudara Wahab Din lagi teruk, walaupun diselit dengan beberapa potong ayat Al-Quran, tapi isinya hambar saja.Lagi teruk sebab berucap berpandukan teks. Tak ada tokoh sebagai EXCO Pemuda langsung ! Tapi ada hati juga nak jadi YB. ( Dengar khabar beliau menggunakan Mokhzani untuk berjumpa DrM dan merayu agar dicalonkan menjadi wakil BN untuk kerusi Parlimen Baling )..
Para perwakilan pun tidak bersemangat mendengar sebab jarang memberi tepukan.~C.I.A REFORMASI

Pemuda UMNO Baling memang berpecah sebab sebaik sahaja Aziz selesai berucap, seorang perwakilan bangun bertanya kepada Aziz mengenai sah atau tidak mesyuarat hari ini sebab ada dua orang AJK Pemuda UMNO Baling yang tidak menjadi ahli UMNO ketika bertanding tahun lepas. Sedikit pertengkaran berlaku antara Aziz,Wahab dengan perwakilan itu sehingga Aziz  sendiri terpaksa meninggikan suaranya . Beliau  tidak dapat menjawab pada masa itu dan akan memberi jawapan secara  bertulis. Malu sungguh,  sebagai seorang EXCO Pemuda perkara kecil macam tu pun tak dapat diselesaikan. Muka Wahab menjadi merah padam dan ketika menjawab suaranya terketar-ketar. Mungkin malu pada Aziz sebab tembelangnya sudah pecah di mana pengaruhnya tak seberapa sangat di Baling ni.Dengar-dengar khabar kes dua AJK inilah yang menyebabkan ramai pemuda UMNO Baling boikot mesyuarat kali ini dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Wahab. Sebab itulah sebilangan besarnya dah masuk PAS. 

Semasa perbahasan usul ekonomi, semua perwakilan menghentam kerajaan kerana dasar kerajaan BN yang gagal sebab rakyat miskin tidak dibela di mana harga getah terlalu rendah dan harga makanan terlalu mahal. Seorang perwakilan menyatakan bahawa di kalangan penoreh getah di Baling ni, semuanya marah betul pada PM sebab pecat DSAI daripada kerajaan dan UMNO. Mereka percaya sekiranya DSAI masih dalam kerajaan , nasib golongan penoreh seperti mereka tidak seperti sekarang! Hanya DSAI saja yang bersungguh-sungguh mahu membela nasib rakyat miskin. Perwakilan yang berani itu membuat perbandingan ucapan yang dibuat oleh DSAI dengan PM :-

Kata DSAI semasa merasmikan Persidangan Pemuda & Wanita UMNO di PWTC pada 18/6/98 . . . . . . “ Kita perlu memperjuangkan keadilan sosial & pengagihan saksama hasil ekonomi agar kekayaan tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya . . . . . .~C.I.A REFORMASI

PM berucap semasa Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 1998 ………..                           ” Kita patut bantu dan beri keutamaan kepada golongan kaya di negara kita,kerana merekalah yang memberi wang kepada kerajaan iaitu cukai 28% daripada keuntungan”.

Kelihatan Wahab dan rakan-rakannya di depan kurang senang dengan ucapan perwakilan ini dan pada satu ketika diganggu oleh Timbalan Pengerusi Tetap agar perkara ini tidak dipanjangkan. Sekarang sahlah bahawa memang ramai penyokong DSAI di Baling ini yang terdiri daripada ahli UMNO. Apa lagi di kalangan penoreh getah kerana pada tahun 1974. DSAI lah yang sanggup berkorban dimasukkan ISA selama dua tahun akibat tunjuk perasaan di Baling semata-mata untuk membela golongan miskin seperti penoreh getah ini. Dalam pilihan raya nanti, sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti BN lagi yang dipimpin oleh DrM iaitu orang yang bertanggung jawab memfitnah DSAI – pemimpin kesayangan mereka !
Pada pendapat saya, memang benar apa yang dikatakan oleh perwakilan itu.Apa tidaknya kerana Dr M telah menggunakan sejumlah RM 60 bilion daripada satu tabung untuk menyelamatkan beberapa kerat korperat kroninya dan anaknya ! Yang lebih malang nilai saham di BSKL jatuh sebanyak RM 70 bilion hanya untuk menyelamatkan TS Halim Saad !! Adakah patut rakyat miskin diminta menderma kepada danaharta negara yang hanya semata-mata untuk didermakan kepada korperat-korperat keparat itu ?  Apakah dunia sudah nak terbalik atau DrM sudah nyanyok ?

Antara kemarahan rakyat Baling ialah di mana kerajaan telah memberhentikan bantuan tanam semula getah oleh pihak RISDA. Benarlah apa yang dikatakan oleh perwakilan itu bahawa dasar ekonomi DrM hanya untuk orang kaya sahaja, sementara orang miskin biar mampus ! Seorang perwakilan lain mencadangkan agar diadakan tunjuk perasaan sekali lagi sekiranya paras harga getah tetap rendah seperti sekarang. Ini memboktikan bahawa orang UMNO sendiri yang merancangkan tunjuk perasaan ini. Sekiranya sekali lagi berlaku tunjuk perasaan di Baling, jangan tuduh parti pembangkang yang  memulakan. Adakah UMNO juga yang merancang rusuhan di KL selama ini ?

Rakyat Baling juga marah kepada kerajaan yang tidak menghiraukan masalah babi hutan yang bebas berkeliaran pada waktu malam yang merosakkan semua jenis tanaman di kampong-kampong. Masalah babi belaan Cina di bandar kerajaan sanggup habiskan berjuta-juta ringgit tapi bila orang Melayu miskin di kampong menghadapi masalah babi hutan,kerajaan hanya buat tak peduli sahaja. Inikah yang dikatakan  kerajaan BERSIH, CEKAP & AMANAH serta TRADISI MEMBELA RAKYAT ? Apakah undi orang Cina sahaja yang perlu dijaga ? Ingat lagi tak sedikit masa dulu di mana lembu dan kerbau ternakan orang Melayu bila kena penyakit kuku dan mulut  ditembak begitu sahaja tanpa membayar sesen pun pampasan! . Syabas kepada perwakilan Pemuda UMNO yang berani itu . Berani kerana BENAR !! ( Kalau UMNO Baling pecat anda, PAS / ADIL sentiasa menanti anda . . . . . . . . . . ) ~C.I.A REFORMASI

Mengenai pembahagian projek-projek kerajaan yang tidak adil seperti pembinaan jalan kampong juga  dibangkitkan oleh perwakilan.  Perkara ini diluahkan sendiri oleh seorang AJK Pemuda dengan nada yang marah. Mereka menyatakan banyak pilih kasih berlaku. Dasar kerajaan yang ada sekarang perlu diubah. ( Ubah kerajaan lagi bagus….) Kerajaan juga dikatakan lebih menyayangi peniaga-peniaga asing dari negara jiran daripada peniaga tempatan di mana banyak gerai-gerai diberikan kepada mereka. Inilah dasar kerajaan BN, bila rasuah bermaharaja lela, orang sebangsa dan seagama sendiri pun sanggup dijadikan korban.  Kalau dah tau dasar BN macam ni, buat apa undi BN lagi ? Bubarkan saja Pemuda UMNO Baling terus ………

Di dalam perbahasan usul ugama, isu murtad dibahaskan. Semua perwakilan sebulat suara bersetuju bahawa kerajaan perlu bekerjasama dengan parti pembangkang dan semua pihak yang berkenaan untuk merangka satu undang-undang murtad yang 100% mengikut hukum syara’ seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Kenapa baru sekarang sedar ? Bukankah inilah yang diperjuangkan oleh PAS ? Kalau nak hukum ini dilaksanakan, tinggalkan UMNO dan sertailah PAS ! Sebab UMNO pastinya 100% menentang usul ini di peringkat pusat.

Yang seronoknya semasa usul ini dibahaskan, seorang perwakilan menyuruh Wahab Din selaku Ketua Pemuda UMNO Baling dan juga EXCO Agama Pemuda UMNO Malaysia pergi menemui DrM dan menegur akan kesilapan DrM yang menyentuh tentang aurat wanita serta janggut Nabi Muhammad saw. ( Berani ke Wahab nak pi tegur DrM ? ) Perwakilan itu menyatakan bahawa selagi DrM masih degil dengan hukum akalnya itu, selagi itulah usul ini tidak dapat dilaksanakan. Perwakilan itu juga menyeru semua ahli UMNO membantu Peguam Zulkifli Nordin dalam usahanya mengatasi masalah murtad ini dalam apa jua bentuk. Ini bermakna sekiranya Zulkifli menjadi calon PAS / ADIL bagi kawasan Parlimen Baling, kita MESTI mengundi untuknya !  Dan kalau beliau mengadakan ceramah, marilah kita ramai-ramai datang mendengarnya untuk memberikan sokongan moral sebab dalam mesyuarat itu semua perwakilan setuju termasuk Wahab sendiri untuk menegakkan serta melaksanakan hukum murtad mengikut AL-Quran .. . . . . . . . Seorang perwakilan lain berkata DrM cakap tidak serupa bikin. Sebabnya ialah apa yang dilakukan sekarang ini tidak sama seperti apa yang dituliskannya di dalam buku “MALAY DELIMA” pada tahun 1970 dulu. Kalau beliau buat apa yang dituliskan itu,sudah tentu agama Islam boleh ditegakkan menurut hukum Hudud seperti yang dikehendaki di dalam Al-Quran. . . . . . . Jadi perwakilan ini mahu DrM hayati semula apa yang dituliskan di dalam buku itu serta mempraktikan. Bukannya pandai cakap saja tapi tak mahu buat .

Yang paling menarik sekali  ialah semasa ucapan penangguhan, di mana seorang perwakilan dengan beraninya menyuruh Datuk Ibrahim Bin Ali (Timbalan Menteri) bersumpah dengan Al-Quran samada ia telah diliwat atau tidak semasa ditahan sebilik dengan DSAI selama dua tahun di kem Kemunting semasa ISA dulu. Ketika ini ucapan perwakilan itu diganggu oleh Pengerusi Tetap untuk berhenti . Sedikit pertengkaran berlaku di mana beliau amat kecewa demokrasi dalam UMNO tidak membenarkan ahlinya bercakap di dalam forum UMNO sendiri ! Dengan perasaan yang amat marah ,  perwakilan itu berkata bahawa beliau jangan dipersalahkan nanti jika peti undi BN di kawasannya tidak menang atau tidak dibuka terus  semasa pilihanraya nanti kerana hak bersuara ahli UMNO cawangannya telah dinafikan ! Semua perwakilan , pemerhati , AJK Pemuda dan Wahab kelihatan terkejut dan dewan sunyi seketika kerana mungkin tidak menyangka ungkapan itu boleh dikeluarkan oleh seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan di dalam majlis seperti ini. Seorang pemerhati yang berdekatan dengan saya berkata perlahan pada rakannya …… “  patutlah ramai yang lari ke PAS,
baru diberi kuasa dua-tiga jam dah tunjuk ex, diktator sungguh . Berilah dia peluang bercakap dulu,………….. Kalau macam ni aku pun geram !! “ 

Pada pendapat saya, memang wajar Ibrahim Ali perlu bersumpah dengan Al-Quran supaya rakyat dapat kepastian daripadanya. Kalau benar seperti yang didakwa oleh UMNO bahawa DSAI seorang kaki liwat sejak dari penuntut lagi, sudah tentulah Ibrahim Ali sudah kena liwat beratus kali dalam masa dua tahun itu sebab sebagai orang yang kaki liwat dan kuat sex, keghairahan sexnya tidak dapat dikawal apabila dikurung begitu tanpa berpeluang bertemu dgn isterinya dan Ibrahimlah yang pasti menjadi mangsanya . . . . . .dan sudah pasti Ibrahim tidak dapat lari ke mana.
Kalau benarIbrahim Ali sudah kena liwat dengan DSAI,sewajarnya beliau dipenjarakan sepertimana Sukma & Dr Munawar sebelum ini di atas kesalahan membenarkan dirinya diliwat. Kalau benar beliau tidak pernah sekali pun diliwat oleh DSAI disepanjang tempuh dua tahun dalam kurungan itu, ini membuktikan bahawa DSAI adalah bersih daripada tabiat yang jijik itu dan sekali gus menunjukkan bahawa memang sahlah segala tuduhan liwat dan sex haram ke atasnya adalah dusta dan satu fitnah yang berniat jahat . Wahai Datuk Ibrahim Ali, kalau kamu betul-betul anak jantan, lekaslah bersumpah dengan Al-Quran sepertimana kamu mahu DSAI lakukan dulu untuk membuktikan satu kebenaran. Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu saat ini. Kalau tidak berani, disyurkan letaklah jawatan kamu sebagai Timbalan Menteri kerana rakyat sudah pastinya tidak mempercayai sebarang kata-kata kamu itu lagi !!! ~C.I.A REFORMASI

Tersentuh dengan pengakuan Datuk Ibrahim Ali ini, saya teringat satu lagi sumpahnya sedikit masa dulu di mana ketika beliau berada di luar UMNO, beliau ada bersumpah di hadapan penyokongnya   bahawa sekiranya beliau merujuk semula kepada UMNO, beliau akan MENJILAT JUBUR Dr Mahathir !!  Sekarang ini dah jilat ke belum ?  Saya cabar Datuk Ibrahim Ali supaya sekali lagi bersumpah dengan Al-Quran agar rakyat dapat tahu perkara yang sebenarnya. Kalau sudah, jangan malu-malu beritahu kepada rakyat bagaimana rasanya jubur mamak keling itu……. Sedap ke tidak ? Kalau belum , saya syurkan buatlah dengan segera sebelum kutukan Allah swt turun kepada kamu. Jangan lupa panggil semua stesyen TV tempatan dan CNN sekali agar peristiwa bersejarah ini dapat dilihat oleh dunia sejajar dengan slogan MALAYSIA BOLEH !
Saya cadangkan saat yang paling sesuai sekali ialah ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Malaysia pada Jun 1999 depan.. Kalau kamu anak jantan,sahutlah cabaran saya ini, kalau tidak kamulah orang yang paling bacul di dunia sekarang ini.
Lain kali beringat sedikit sebelum membuat sebarang kenyataan, jangan ikut sedap mulut saja. Kamu tahu tak wahai Datuk Ibrahim Ali, rakyat jelata segenap lapisan sekarang sudah naik muak dengan kenyataan-kenyataan kamu itu saban hari. Nak termuntah setiap kali mendengarnya……….cakap tak serupa bikin langsung . POOOORRRAAAAHHHH !!!!!!!   Boleh mampuslah kau Ibrahim Ali !!!!! 

Seorang perwakilan lain ada juga menuduh Pemuda UMNO Baling lesu dan takut untuk menganjurkan ceramah politik bagi menangkis segala tuduhan yang dilemparkan oleh parti pembangkang kepada UMNO. Beliau marasa amat malu dan terhina bila UMNO Greek mengatakan bahawa parti pembangkang telah menyerang UMNO Baling sudah lima kali dalam siri ceramah politik tetapi UMNO Baling diam saja – Bacul sungguh !
Ketika ini seorang pemerhati ada berkata bahawa macamana nak buat ceramah, orang tak dak nak pi aih kecuali kena panggil penyanyi atau pertunjukan pentas.nak harap macam PAS dok buat tu, pakai depa dua-tiga congoklah dok dengaq…..
Saya rasa ada kebenaran juga kata-kata dia tu, sebab kalau kita tengok pun macam tu lah
modal UMNO untuk menarik orang ramai datang di dalam majlis mereka, anjurkan satu majlis hiburan kemudian selitkan sedikit ucapan wakil rakyat. Buktinya semasa perhimpunan di stadium Alor Setar dulu, ramai penyanyi datang berhibur sebelum ucapan mereka. Di Baling ni pun macam tu juga, panggil RAIHAN dan sebagainya barulah beri sikit ucapan sepatah dua kata. Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah jelak dengan ceramah UMNO ni. Agaknya UMNO memang betul dah nak mampus. . . . . . ~C.I.A REFORMASI

Perwakilan yang sama juga mengakui bahawa semua orang masuk UMNO inginkan kekayaan dan ini diakui oleh seluruh perwakilan termasuk Wahab dan AJKnya  ketika perwakilan itu bertanya betul atau tidak. Lebih-lebih lagi para pemimpinnya yang suka inginkan jawatan yang lebih tinggi lagi. Semakin tinggi jawatan, semakin banyaklah peluang untuk membuat duit dan mengkayakan diri sendiri dan penyokong masing-masing. Nampaknya orang UMNO sendiri sudah mula berani membuka tembelang UMNO secara terbuka . Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa UMNO Baling memang cukup nazak sekarang ini.  Ditempat-tempat lain juga khabarnya begitu.

Wahai ahli UMNO Baling, apa lagi yang dok tunggu dalam UMNO tu, sudah jelas sekarang ni  di dalam UMNO sememangnya terdapat pilih kasih, rasuah, ketidakadilan , diktator dan seribu satu macam penyakit  sosial yang bertentangan dengan Islam. Orang UMNO agama apa ? Sertailah PAS kerana di dalam PAS apa yang perwakilan Pemuda UMNO mahukan seperti di atas tu semuanya boleh dicapai.

Sememangnya Pemuda UMNO Baling telah lumpuh sama sekali.  Saudara Wahab Din hanya mempunyai pengaruh sedikit sahaja.  Buktinya pada tahun lepas beliau dicabar  jawatannya dan hanya menang tipis sahaja. Lagi pun Wahab ni suka sangat buat janji, tapi tunai tak pernah pun. Andaikata beliau menjadi calon BN nanti, pasti PAS / ADIL menang mudah sebab la ni pun dah dok dengar dah, ramai yang kata ….. kali ini baru kita ajar dia …. .Menurut seorang rakan, mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan pun kalau ikut peraturan betul hanya sekadar 20 cawangan saja yang cukup korum. Yang lain tu pakai ketua isi borang saja. Memang nampak benar pemuda di Baling ini cukup anti UMNO betul !

 Perpecahan dalam pemuda sememangnya ada, buktinya seorang perwakilan berucap semasa ucapan penangguhan dalam mesyuarat itu menyebut bahawa ada lima-enam orang AJK Pemuda UMNO Bahagian Baling sekarang ini sedang bercakap untuk mencari penyokong bagi menubuhkan parti KeADILan , dan ketika beliau menyuruh sesiapa yang menyokong DrM bangun, hanya sedikit perwakilan sahaja yang bangun dan antara yang tidak bangun ialah termasuklah Naib Ketua Pemuda sendiri serta tiga-empat orang  AJK Pemuda. Ini membuktikan bahawa sebahagian besar ahli Pemuda UMNO Bahagian Baling adalah penyokong kuat DSAI kerana Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling itu mempunyai pengaruh yang cukup kuat !   Sekiranya parti KeADILan  ditubuhkan di Baling, pasti jumlah ahlinya boleh membuatkan UMNO Baling terus   mati. ! ! !
Kita nak tengok Wahab Din berapa hari masuk wad hospital . . . . . . . . . . .Sekiranya ahli Pemuda UMNO Baling menghormati Wahab, sudah tentu majlis mesyuarat seperti ini tidak digunakan oleh perwakilan untuk menghentam kepimpinannya dan kerajaan BN.

Semasa saya berjalan keluar, terdapat banyak rungutan yang mengakui bahawa memang UMNO Baling dah teruk. . . . . . . . . . . suara-suara mereka yang terdiri para perwakilan & pemerhati itu seolah-olah seronok UMNO Baling nazak macam tu. Dalam hati saya rasa cukup bersyukur sekiranya semua ahli UMNO berpendirian begitu. Kita nak tengok pula macamana jadinya bila Mesyuarat Agung UMNO Peringkat Bahagian Baling yang akan berlangsung pada 1 MEI 1999 ini. Rasa-rasanya lebih panas lagi . . . . . . . . Kalau ada wartawan HARAKAH di situ nanti lagi bagus untuk dibuat liputan  . . . . . . . Biar satu Malaysia tau macamana  UMNO tengah dok tenat la ni  . . . . . . . . . .

HIDUP PAS  !!   HIDUP ANWAR IBRAHIM !!   HIDUP REFORMASI !! JAHANAM BN  !!   MAMPUS MAHATHIR !!  HIDUP KeADILan  !! 
ALLAH HUAKHBAR !  ALLAH HUAKHBAR !  ALLAH HUAKHBAR !

** Insyaallah saya akan turut hadiri sebagai pemerhati di Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Baling pada 1 MEI 1999 ini dan akan hantar perkembangannya kalau ada kesempatan. Apa yang dilapurkan di sini adalah benar belaka. Saya rasa apa yang berlaku di majlis mesyuarat pemuda UMNO Bahagian Baling ini perlu dihebuhkan keseluruh pelusuk Malysia. Yang lebih baik perlu diterangkan oleh para penceramah PAS / ADIL seperti Md Sabu, Roslan Kassim, Kak Wan,Zulkifli Nordin,Mahfuz dan sebagainya di setiap kali mereka berceramah. Kita nak tunggu respon daripada pemimpin UMNO, setakat mana telatah mereka mengenai isu yang benar ini **~C.I.A REFORMASI

Sumber:Hamba Allah.Terima Kasih.