Pengundi Hantu Dipindahkan Ke Kelantan!!

Saya telah masuk ke laman SPR, Daftar Pemilih pada 26/04/1999, kerana saya hendak memeriksa tempat dan di mana saya akan mengundi. Alhamdulillah, no ic saya tepat dan tidak dipergunakan untuk dijadikan pengundi hantu.

Setelah itu, saya teringat bahawa di akhbar Harakah di laporan khasnya di muka surat 14, akhbar bertarikh 26 April 1999, setelah membacanya saya cubalah untuk masuk ke laman SPR itu kembali dengan mencari nombor-nombor ic yang telah diper'hantu'kan oleh pihak SPR, iaitu
A 0000000 dan A 0000013. .~C.I.A REFORMASI

Untuk pengetahuan semua, ic yang bernombor, A 0000000, telah dipadamkan dari semakan daftar tersebut, sama seperti kata Harakah hari ini, lagipun mengikut sumber dalam JPN bila nombor ic yang lama habis kiraannya maka nombor baru bagi ic akan bermula dengan A 0000001 bukannya A 0000000, dan tetapi berbeza sekali dengan A 0000013, di dalam Harakah, pemegang ic ini adalah seorang lelaki yang bernama Sulaiman B Jaafar dengan tarikh didaftarkan pada 02/07/89, kawasan Parlimen 101-Kuala Langat, kawasan negeri 44-Teluk Datuk dan daerah mengundi 01-Jenjarum dengan lokaliti 101/44/01/002-Sungai Rambai di negeri Selangor, tetapi dengan capaian yang saya perolehi di laman SPR itu capaian yang ke 1972791, saya mendapati pemilik nombor ic tersebut sudah bertukar jantina, dari seorang lelaki kepada seorang perempuan, bernama Jamaeyah Bt Ab Rahman dengan sama tarikh didaftarkan iaitu 02/07/89, kawasan Parlimen 031-Kuala Krai, kawasan negeri 38-Guchil, daerah mengundi 05-Kampong Bharu Guchil Selatan dengan lokaliti 031/38/05/001-Kg Kuchil Bharu Guchil Selatan di negeri KELANTAN.~C.I.A REFORMASI

Wah kalau beginilah halnya, sememangnya betullah ramai pengundi hantu telah dipindahkan ke Kelantan. Sepatutnya SPR mesti menggunakan bijaksana mereka untuk memperbetulkan kesilapan yang tak sengaja ataupun sememangnya disengajakan itu. Diharap juga SPR berbuat dan berlakulah jujur agar tidak menjejaskan imej mereka itu.

Sumber :  Aidil Ahmad,Kuala Lumpur.Terima Kasih.