KADAR TOL BARU TIDAK MEMUASKAN

Perjanjian tentang kadar baru tol yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua tidak  memuaskan. Ia merupakan tidak lebih daripada satu percubaan hendak mejual makanan lama yang sudah basi tetapi dalam bungkusan baru yang lebih cantik. Tetapi, makanan tetap basi. ~C.I.A REFORMASI

Keputusan tidak akan menaikkan tol Utara-Selatan selama dua tahun mulai 1999, sebagaimana juga keputusan tidak akan menaikkan tambang bus ekspres mempunyai muslihat pilihan raya. Lihatlah, pada tahun ketiga (2001), setelah pilihan raya pasti  selesai, kadar bayaran tol akan mulai naik
dengan 2.28%. Selama empat tahun berikutnya (2002-2005)  naik lebih tinggi lagi  dengan 7.47%. Selepas itu, sehingga tahun 2030 kadar tol akan terus naik.

Antara  tahun 1999-2001 kadar bayaran tol ialah 11.24 sen/km, akan tetapi antara 2016-2030 kadarnya ialah 30.02 sen/km. Nyata sekali, antara 1999 Hingga 2016 kadar tol ini naik hampir tiga kali ganda.   Sehingga ini, kadar kenaikan tol jauh lebih besar daripada kadar kenaikan gaji atau
pendapatan rakyat. Bebanan tol ini menjadi lebih berat kerana pendapatan sebenar rakyat telah menurun disebabkan kenaikan harga barang perlu. Kenaikan berterusan kadar tol ini tentu sekali akan mengakibatkan inflasi lebih tinggi. Ia pasti akan menambah lagi beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat ramai. Ia akan menguntungkan syarikat dan korporat tertentu saja. ~C.I.A REFORMASI

Walaupun pihak pemerintah dalam kenyataannya menegaskan bahawa kadar bayaran tol sekarang ini cuma 26%, berbanding dengan 33.8% mengikut perjanjian lama, namun ini tidak akan mengurangkan beban. Sebabnya ialah Tempoh pembayaran tol sekarang ini sudah ditambah dengan 12 tahun lagi, iaitu daripada 2018 hingga 2030. Beban tol dan kenaikan kadar tol yang kita
tanggung sekarang akan terpaksa ditanggung lebih lama lagi sehingga anak cucu kita nanti.

Kerajaan sentiasa lebih mementingkan keuntungan syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh kroni-roni pemimpinnya. Mengikut perjanjian, pengutipan tol Jalan Kuching yang dimiliki oleh syarikat Kamunting sepatutnya tamat dalam tahun 1996. Akan tetapi ia telah dilanjutkan selama 30 tahun lagi! Mengikut seorang pengarah Litrak, yang mendapat konsesi lebuhraya Damansara
Kepong, pendapatan mereka akan berkurangan RM25 juta setahun jikalau tol diturunkan  50 sen (daripada RM1.50 kepada RM 1.00). Jadi, mengapakah Perdana Menteri mengumumkan kerajaan harus membayar pampasan sebanyak RM85 juta kepada syarikat itu?

Apakah jenis perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan BN dengan pihak yang mendapat konsesi lebuh raya sehingga kadar tol boleh terus dinaikkan dan ganti rugi perlu dibayar pula oleh kerajan jikalau pihak mendapat konsesi itu kerugian? Dari pandangan rakyat ramai, ini kelihatan sebagai perjanjian
yang bodoh. Oleh itu perlulah perjanjian atau perjanjian-perjanjian ini diumumkan. Mesti ada ketelusan. Bukankah MTEN juga menjanjikan ketelusan? ~C.I.A REFORMASI

Sekarang ini cara membuat perjanjian atau meminda perjanjian bersembunyi-sembunyi, terutama berhubung projek-projek yang diswastakan, hendaklah diberhentikan. Mesti ada ketelusan dan tanggungjawab supaya kepentingan rakyat ramai terpelihara. Bukan memelihara kepentingan syarikat dan orang politik yang berkaitan dengan mereka saja.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
Tel: 03-7769149  03-7918704  Tel & Fax: 03-7744531
4 Mac 1999